Thursday, 11 June 2020

Tasik Villa International, Lukut

#OfficeStaycation2019 #throwback

Selalunya setiap tahun, akan ada office staycation la. But last year, 2 kali staycation kitaorang. This time around, untuk our Business Planning for 2020. So tempat pilihan adalah di Tasik Villa International Lukut. Truth to be told, I tak tau pun pasal resort ni. So bila diberitahu, terus google. Memang cantik tempat dia. Urus setia siap bagi tau, diaorang tempah bilik kitaorang semua yang ada jacuzzi..What?? Hahaha, sempat ke nak berjacuzzi bagai.

Memandangkan ramai geng dari Putrajaya dan sekitar, so I car pool saja hari tu. Malas wei nk drive. Hehehe. So sebelum tengahari dah sampai. Kami 2 hari satu malam je disana tapi jadual kami memang pack la. Brainstorming session dan juga session makan-makan. Hahaha. Breakfast, Lunch, Hi Tea and dinner tu. Sehari je leh naik berat badan tau.

WELCOME

RASANYA TU RUMAH YANG ADA INDOOR POOL

POOL DENGAN TASIK BUATAN. TP TIME UNDER CONSTRUCTION KAWASAN KANAK-KANAK

POOL DENGAN TASIK BUATAN

KEDAI SERBANEKA

BOLEH SEWA

Resort ni agak baru juga so facilities dia semua baru. Dia ada jenis rumah atau yang apartment. Kami dapat yang apartment la. Apartment ni yang ada Jacuzzi tu. So, jom usha apartment kitaorang ni ye. Memang besar. Boleh lari-lari dalam bilik. 

TWO QUEEN BEDS

OUR BATHROOM

TOILETRIES


Ada dua katil queen. Kami berempat so cun-cun je muat. Bilik dia agak luas. Tandas ada 2, bilik air dia satu la. Tapi yang best, siap ada jacuzzi. Tapi jacuzzi dia di bahagian balcony. So kena berhemah sikit la. Tak leh sexy2. Hahaha. Tapi kami di tingkat atas so sebenarnya orang tak nampak pun. Akhirnya I tak sempat nak mandi pun. Setakat isi air. Hahaha. 

JACUZZI

JACUZZI

VIEW DARI BALCONY

VIEW DARI BALCONY

Antara plus point dekat hotel ni, breakfast, lunch dan dinner spread. Heaven wei. Banyak giler choice makanan dia. Dari segi rasa tu, ada hit n misses la. Tapi dari segi variety tu, memang too many. Sampai rasanya banyak kali I refill pinggan I.





Dari segi sekitar kawasan resort ni, seriously tak sempat nak usha. Swimming pool dia agak besar, Lebih kurang amcam inifinity pool la. Tapi tak nampak ada sesiapa yang mandi. Habis jerr session, terus kami chow balik. Elak jem semua. Tapi overall, tempat ni memang best giler. Dari segi harga, tak berani nak tanya berapa, coz rasanya macam mahal. Hehehe. Rezeki. Dapat merasa duduk di Tasik Villa International. Walaupun 2 hari yang memenatkan, tapi it was a fun experience.

Opps sebelum terlupa..Malam tu, ada pertunjukan air. Memang memukau la. Hehehe


Rasa rugi sangat coz memang tak menyempat nak see the whole place. Jadual pack sangat. Diaorang ada gak rumah with indoor pool. Rasanya kalo dapat stay dalam rumah yang ada private pool tu mesti syok. Lagi-lagi time musim Covid ni. Tapi I tak ada pics rumah dengan indoor pool tu. Sorry guys. If you happen to come here, memang best. Tenang and very clean.

#staysafe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...