Showing posts with label Bangi. Show all posts
Showing posts with label Bangi. Show all posts

Wednesday, 17 July 2019

Dinner @ Eid Korean Restaurant Bandar Baru Bangi

#Throwbackdinner
Kami ke sini during anniversary kami yang lalu. I suggestkan dekat husband untuk makan dekat Eid Korean Restuarant. Dekat je dengan rumah kami, di bandar baru bangi saja. I, husband dan Ziyad memang gemar makan Korean food ni. So bila I cadangkan untuk kesini, husband pun on jer. I memang dah aim lama dah nak kesini.  Hari tu, lepas lepak-lepak ke taman, dalam 6.30, kami dah sampai dah ke Restaurant ni. 

WELCOME!!

I dengar Restaurant Eid ni menyajikan makanan authentic Korean Food. Based on review2 yang I baca la so my hopes are a bit high untuk kedai ni. Time kami sampai, x ramai lagi la time tu coz mungkin awal lagi la kan. Kami pun sengaja nk early dinner hari tu. Jom usha menu dia dulu la ea. (sorry..blur2)




BLUR PULAK TIME AMBIK GAMBAR NI

Untuk Ziyad, seperti biasa, Ramen. I pulak, Kimchi Jigae tp dekat sini, xde daging atau tuna. Tp coz hari tu memang nak makan Kimchi Jigae, so order jugak la walaupun just ada ayam. I memang jarang makan Kimchi Jigae ayam ni, so feel dia lain sikitla. Husband pulak, ambik Beef Bibimbap. Kami xde ambik yang jenis Fried Chicken atau Bulgogi so tak dpt la nak review yang tu. 

Makanan hari tu, agak lambat jugak sampai walaupun x ramai dlm kedai tu. Coz kami ada dua budak bawah 6 tahun, so bila makanan x sampai lagi, memang susah la diaorang nk duduk diam. Budak2 ni duk makan Banchan dia. Ada sausage dan carrot. Banchan yang lain, taugeh n kimchi la. Kimchi dia not bad la. I suka. ☺

Ni Ramen Ziyad. Dumpling Ramen. Ehm…kuah dia a bit cair sedikit.. Definitly not the best Ramen la.  Tapi coz anak I relax je makan, so kami pun redha. Hahaha. Tapi dumpling dia I suka. Kuah ramen, kurang sedikit for my taste. 

DUMPLING RAMEN

This is mine. First time I x leh nak habiskan Kimchi Jigae. Why no beef or Tuna?? Huhuhu..sedih. Tapi yang buat I susah nak habiskan adalah nasi dia. Nasi dia a bit off sedikit hari ni. Susah I nak describe. So bila nasi dia pun x berapa sedap, agak sukar untuk telan. Beef Bibimbap, jgn ckp la. Dengan penuh kepayahan kami nak makan.  Nasib baik daging dia n sayur2 dia ok. 

KIMCHI JIGAE CHICKEN

BEEF BIBIMBAP

OUR DINNER

Tapi bila kami tengok meja lain, kebanyakan order yang Bulgogi atau Gochujang. Mungkin tu sedap la kot. So, yang tiga main dishes yang kami order, semua for us, kurang sedikit. Sedih sangat. I terus kata nanti kita repeat dinner anniversary tempat lain la..hahaha..

Yang ini pula, dessert yang kami order. Dessert yang kami nak sebenarnya tu sudah tak dijual. Tapi yang ini, serious sedap. Cheesy Corn Sausage. Kami mintak sauce dia diletak kan dekat tepi. Ikut gambar, patut cheese tu letak atas sausage tu. Crunchy giler okey. Berebut kot makan. This one I like.


So time nak balik tu, I dah siap2 komen time nk bayar tu la tentang nasi dia. So harap2 ada improvement. Ke time kami datang tu je, nasi dia x berapa ok. Time hari lain, elok jer.. Ntahla. Just wasn’t our luck. So, husband dah ban dah tempat ni. Pandang I semacam coz I yang cadangkan. Huhuhu...

Happy Anniversary Sayang!! ❤❤

Address: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Thursday, 21 February 2019

Dinner @ Nippon Sushi Bandar Baru Bangi

Hari tu plan sebenarnya nak makan KFC. Tup tup time tengah scroll IG, nampak kedai ni. Bila google, berdekatan dengan rumah jer rupanya, di kawasan Bandar Baru Bangi. Bila I tanya anak-anak nak makan KFC atau sushi, semua nak sushi. So beralih arah la malam tu. Kita ke Nippon Sushi Bandar Baru Bangi. Rupanya kedai ni di belakang kawasan kedai baby Manjakku tu. Kedai dia agak baru lagi la. 


Memandangkan kitaorang memang dah selalu bawak anak-anak pi makan sushi, dah jadi kegemaran diaorang dh. Lagi-lagi bab makan udon. Memang favourite Ziyad & Lily. Si Uzayr pulak, suka duk makan Tamago jer. Husband pun kaki Japanese food, so memang selalu la kami makan sushi ni. Kalo ada yang baru, lagi kami suka try. Hehehe

Time kami sampai, hampir nak full house. Nasib dapat seating. Jom usha menu dia ea. First time tengok menu dia, mak aii..banyak giler wokey..sampai x tau nak order apa. Blurr kejap. Banyak jugak yang jenis set. Nasib semua tu ada visual gambar. 















Last-last I pilih Beef Teppanyaki, anak2 macam biasa Kitsune Udon dan husband pulak, ambil Sashimi to Tempura Set. Plate sushi tu, macam biasa la, masing2 ambil kegemaran masing2 la. 

ENVIRONMENT

X CAPTURE PULAK GAMBAR ROBOT..TP ADA VIDEO EA DI BAWAH
Yang unique nye dekat sini, ada mini waiter robot. I bagi nama sendiri. Hehehe. Mini waiter robot ni akan send makanan terus ke meja customer. Tapi bukan semua jenis makanan. Dia akan hantar macam sushi atau sashimi. Jenis set2 tu, waiter diaorang akan datang hantar la. Anak2 I tiap kali benda tu lalu jer, nk usik benda tu. Panggil robot nak datang. For me, features yang agak unique jugak la. Tp rasanya kedai lain ada jugak tp ni first time kami dine in such a place la. 

Dr segi rasa, for my Beef Tepanyakki, I pernah rasa yang better. Daging dia agak liat sedikit for me. Average for me. Portion wise, sangat banyak ok. Macam boleh dikongsi. Just add on nasi tambah jer. Set husband pun biasa saja. Salmon Sashimi dia sedap. Tempura dia not bad. Just not that crunchy. Coz kami dah try macam2 tempat, so ada preference la jugak mana yang kami suka. Dari segi Udon anak I, pun sedap jugak. Yang I notice dekat sini, portion wise agak besar jugak la. So malam tu, serious kenyang giler. 

MY BEEF TEPPANYAKI

SET HUSBAND

TEMPURA

SASHIMI

KITSUNE UDON

Dari segi service, memang tip top. Interior pun best, tp seating dia sekali pandang, xde la besar mana pun. Macam kedai Japanese yang lain jugak la. I suka environment dia. Repeat?? Of course. Why?? Coz menu dia extensive sangat. Harusla try benda lain jugak la. Kami selalu makan sushi ni, dalam sebulan, max 2 kali la. Tp tiap bulan tu mesti ada. Kalo x pun, setakat beli sushi dekat Aeon atau Empire sushi jer. Dari segi harga, for me, normal range for Japanese Food. Bukan yang jenis mahal sangat la. Still affordable. 

HOW OUR PLATES LOOK AFTER

So to those Japanaese Food Lovers, gotta try out this new place in Bangi. Good food, good environment. 

Address: Jalan Medan Pb 2a, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Monday, 4 June 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Tasik Cempaka Villa by Felda D’Saji Bangi

Apabila mr hubby ajak makan luar, I pun on je la. Berbuka bersama geng-geng ofismate mr hubby. Ofis I ada jugak buat tp I x dpt nak pergi. So kali ni, berbuka puasa di Tasik Cempaka Villa, by Felda D’Saji di bangi. Bangunan ni betul2 sebelah tasik (tp malam-malam x berapa nk perasan), n belakang kawasan McDonald Bangi Seksyen 9. Memandangkan mr hubby belanja kitaorang semua berbuka, so I x berapa pasti harga dia berapa. Tp bila google, harga dewasa dalam RM58 and kanak-kanak dalam RM33. Kira ok la kan. Rata-rata skang buffet mesti atas RM80. 


I dari KL so petang tu, dah start hujan renyai2. I sampai pun dalam 530 dekat rumah. So bersiap semua, dalam 620 jugak la baru nk bergerak. Ke arah Bangi, jem sedikit la, tp kami ikut jalan dalam. Sampai je depan pintu Tasik Cempaka Villa tu, hujan selebat-lebatnya. Nasib baik pekerja dia ada sediakan payung. So xde la basah kuyup. Di bahagian luar ada jugak gerai2. Bahagian western, soup2, kambing golek semua di bahagian depan. Kena berhadap dengan hujan untuk sampai ke kawasan menu yang itu. Pekerja dia memag cemerlang. X putus bawak kitaorang pergi dan balik dari kawasan situ. Seriously, ni first time I pergi ke buffet, x perlu berautur untuk makan kambing golek. Banyak giler malam tu. 

Dari segi kawasan, memang agak privacy sedikit. Tempat dia xde la besar macam hotel2. Tp untuk office event, rasa cukup ni. So memandangakn orang x berapa padat dalam tu, so x perlu nk beratur pun untuk mengambil makanan. Makanan dia, by Felda D’Saji. I memang dah selalu makan dah Felda D’Saji ni. Ofis I memang customer tegar. Makanan dia malam tu, agak sedap la. Tp ada jugak hit and misses. Ada yang telebih masin, tawar, tp overall, choice and variety memang best. .For me I suka. 

KAWASAN DALAM

Antara kegemaran, I suka kambing golek, salad, Sup kambing, Carbonara (sedikit tawar) tapi anak I habis makan 3 mangkuk, kuih muih dan sambal2 dia. I dah lama x makan kambing, so bila buka jer, terus pening bila makan. Hahaha. Patahkan selera jer. Ada juga mee goreng, soto, nasi campur, rojak, pecal, desert dan macam2 lagi. 

KAMBING GOLEK..

CARBONARA..MARINARA PUN ADA..

ASAM-ASAM

PECAL & KERABU

PLATE MR HUBBY..HEHE

SUP KAMBING..KONGSI DENGAN HUSBAND

SOTO

MR HUBBY KATA SAMBAL DIA SEDAP

MINUMAN

BUBUR LAMBUK & BUBUR PULUT HITAM

ABC

GORENG2

SOME OF THE DESSERT..BYJ YANG DAH HABIS

Surau dia dalam bangunan tu sendiri. Di bahagian depan receptionist. X berapa besar so kena take turn untuk solat la. I lepas makan terus pg solat coz kalo lambat, confirm penuh. Banyak telekung disediakan dalam tu. 

Overall..tempat ni memang best. X berapa crowded, banyak choice makanan, senang untuk jaga budak2, pekerja dia pun cepat je ambik pinggan dari atas meja, harga pun affordable. Time balik, still hujan renyai2 lagi. Tapi kami redah saja. So, its time to head back home, Perut dah macam nk meletup dah. Badan pun dah start panas. Terlebih kambing ni..huhu

Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua !!

Lake Cempaka Villa
Taman Tasik Cempaka, 
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 
43650 Bangi
FB : Lake Cempaka Villa Official atau IG : @lakecempakavillaofficial


Sunday, 14 January 2018

Lunch @ Omar Sharif Rojak Penang Bandar Baru Bangi

Minggu tu, ingatkan ada wedding yg berdekatan, tp bila check balik, rupanya di tanjung malim. Dan majlis sampai kul 4 jerr..time tu dah pukul 1 lebih dah. So last2 x pergi pun wedding tu, tp kitaorang semua dah bersiap. Hahaha. adoi!!!! Ini la akibatnya bila x baca alamat dekat kad kawen. Nasib baik belum masuk kereta lagi. So memandangkan dah bersiap (i tukar dr baju kurung ke seluar la), so keluar jugak la. Lum lunch lg. Ingatkan nak makan dekat kenduri la kan. So last2, makan dekat luar jerr..tp nk makan yang ringan2 jerr..merangkap minum petang sekali la. 


Bila google, terjumpa kedai ni, Omar Sharif  Rojak Penang di Bandar Baru Bangi. Time kami sampai, ada jugak customer2 yang sedang makan late lunch macam kami ni. Dari segi harga, for me, still affordable lagi..jom usha menu dia ye. 

MENU

I teringin nk try Mee Rebus dia, so i ordered Mee Rebus Sotong. Budak2 ambik Nasi Ayam n mr hubby lak, order mee goreng mamak. Add on, cendol..

MEE REBUS SAMBAL SOTONG

Mr verdict, Mee Rebus Sotong dia sedap. Pedas dan manis2..memang sesuai sambal sotong tu. Tp last2 i x dpt habis..i mintak tukar dengan mr hubby. Al maklum la..bukan kaki pedas sangat..lg2 bila time lapo. Mee Goreng Mamak dia pulak, serious sedap. Boleh jugak nk tambah sambal sotong ke apa, tp mr hubby ambil yg plain sj. Rasa kalo tambah, lagi sedap rasanya. 

MEE GORENG MAMAK

CENDOL BIASA + CENDOL JAGUNG

NASI AYAM

Nasi Ayam dia pun not bad. Sambal dia sedap. Siap tambah nasi lagi. Cendol dia, for me, biasa saja. Susah nk jumpa cendol yang kaw..

Kedai dia comey jerr..Selalu jugak sebenarnya lalu kat sini, just x penah stop sebelum ni. Kedai ni belakang Manjakku. Kedai sebelah dia pun nampak menarik (The Hob). Hehehe. 
Apa pun, the food is quite nice kt sini. Leh repeat balik. Memandangkan memang xde plan, so kami pun balik. Keluar semata2 untuk makan saja. 

For those yang nk makan mee rebus, leh mai sini ye!!

Address : No. 3A-G-01, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9
Bangi, Malaysia 43650
Phone : 016-666 8104

☺☺



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...