Showing posts with label Thai. Show all posts
Showing posts with label Thai. Show all posts

Wednesday, 11 December 2019

Lunch @ Bangkok House Petaling Jaya

Makanan Thai bukanlah antara my preferences tapi bila lama tak pekena makanan Thai, boleh buat ngidam. So hari tu, sempena nak sambut birthday member, semua setuju untuk bawak dia pergi ke restoran Thai. Dia memang peminat makan nasi-nasi ni. Sebelum ni kami dah pernah pergi ke The Amarin atau The Basil so kali ini, nak cuba kedai resto yang lain pula. So sorang geng member ni dia sarankan, Bangkok House yang terletak di Petaling Jaya. Resto ni Halal tau. Bila kami google2 resto ni..ok on terus!!


Kami book grab saja coz malas nak drive. Hehehe. So, rupanya Bangkok House ni ada juga cawangan yang lain. Tapi kami ambil yang paling dekat dengan ofis. Menu dia, dia bagi yang set punya. Walaupun dekat set tu kata Menu Ramadhan, tp set tu still applicable lagi. Memandangkan kami ramai, so kami ambil set yang sedia ada la, just add on beberapa dishes yang lain. Set tu sendiri dah ada macam-macam jenis hidangan. Macam nak makan malam dah. Hari tu kami ambil set D.  


Kalo sudah pergi ke kedai Thai, antara menu add on yang wajib adalah Miang Kham. Daun kadok yang dibalut dengan pelbagai inti macam kacang, kelapa, halia, cili dan sos. Not bad la yang dekat sini tp I have tasted better la. So untuk main menu, Tom Yam and Green Curry tu wajib ye..hehe, yang lain, ikan siakap stim, sayur dan juga daging.




Ikutkan, makanan dia terlebih untuk kitaorang yang perut comel ni. Hahaha, so kami biarkan yang lelaki untuk habiskan makanan. So far, I suka Tom Yam dia dekat sini. Pekat dan sedikit pedas. Isi pun banyak. Green Curry Chickecn dia pun sedap. Overall, quite nice la. Tapi time lunch tu, xde orang sangat pun dekat kedai ni. So makanan dan service agak laju juga la. So, kalo u ols teringin nak makan Thai Food, leh try out Bangkok House PJ

Address: Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Thursday, 15 August 2019

Lunch @ Aroii Thai KL Gateway Mall

Kami baru tahu sebenarnya yang ada restaurant baru di KL Gateway Mall. Walaupun mall ni macam dh lama juga beroperasi namun tak banyak kedai lagi yang dibuka. Lagi-lagi kedai makan. So bila geng ofis bagi tau Aroii Thai baru je dibuka dekat sana, terus kami terjah KL Gateway Mall. Lagi pun, nak pergi ke Mr DIY sekali mencari barang.

INTERIOR

CONDIMENTS

Ni first time I nak try Aroii Thai. Kami memang datang awal sedikit. Kami x ramai pun, dalam bertiga sahaja. So time kami datang, tak berapa ramai lagi. So Aroii Thai ni menyediakan makanan dalam mangkuk-mangkuk kecil and semuanye berharga RM2.09. Air dan dessert dia pun berharga RM2.09.
So jom usha menu dia ye.

MENU

I akhirnya ambil 5 dishes (termasuk air). I ambil, Tom Yam Glass Noodle Soup, Beef Glass Noodle Soup, Classic Pad Thai dan Thai Fish Cake.  Air dia pulak, I order, Thai Green Tea. Sekejap je makanan sampai. Walaupun kami bertiga, tapi bila semua disusun atas meja, mak aii, penuh kot. Kena ingat sendiri la ea, kita order yang mana. Nanti termakan kawan punya pulak. 

OUR BOWLS OF HAPPINESS

Apa yang I suka, Pad Thai dan Beef Glass Noodle Soup. Pad Thai dia slighty spicy tapi sedap. Beef Noodle dia a bit manis tapi sangat berperisa. For me, all the food ada rasa. Geng ada jugak yang order Mango Sticky Rice. Yang ni pun recommended. Sedap wei. Mula-mula ingat 4 mangkuk macam tak cukup, tapi kenyang wei. Next time I nak rasa yang nasi-nasi dia. Ada Green Curry, Chicken Fried Rice and Nasi ala2 Pattaya. 

Time kami nak balik, dah start full house dah. For me, I suka rasa makanan dia. Tapi yang jenis2-jenis bersup tu, tak berapa nak panas. Kalo panas, confirm lagi sedap. Apa pun, harga reasonable, fast service, makanan sedap, kawasan luas, all in all, semua ok. Confirm akan repeat balik kedai ni. Tapi kena ajak geng lagi ramai la. 


If you are in KL Gateway, leh try out Aroii Thai. See ya!!

Thursday, 11 April 2019

Lunch @ STREAT Thai Nexus Bangsar South

Kami tak tahu pun sebenarnya ada kedai STREAT Thai ni di Nexus Bangsar. Setahu I kedai ni ada di Jaya One. Hari tu, kami bawak colleague dari Singapore untuk makan-makan lunch kat luar. Plan nak ke Pappa Rich, coz tekak dia x berapa nak sedap katanya, tapi last-last kitaorang bawak dia ke Streat Thai ni. It turns out dia peminat Thai Food rupanya. Dia pun suka jer bila kitaorang terus ajak ke sini.  Sebelum masuk, kami dah tanya whether its Halal or not. Semua certified halal, just diaorang ada jual alchohol dekat kawasan bar dia saja. 

Kami sampai before 12 so nak dapat seating agak mudah lagi la. Tapi lepas tu, punya ramai nye yang beratur untuk dapatkan tempat kat situ. Memandangkan kami x ramai, so x leh la nak order makanan berlauk sangat. So last2, kami order ala carte semua. I macam biasa, sudah menjadi penggemar Pad Thai. So this time around pun, I order Stir Fried Pad Thai with Prawns. Yang lain order, Braised Beef Noodle Soup, Braised Chicken Noodles (Dry) & Chicken Pad Krapow.

Jom lihat parts of their menu items.


MENU

ADA BILIK KHAS JUGAK KAT TEPI TU..

ENVIRONMENT

MENU

MENU

MENU

MENU

MENU

MENU

Air dia pulak, I ordered Butterfly Pea Ice Soda dan member pulak ordered their Honey Dew Smoothies. Air I, memang x habis la. Tak kena dengan tekak I. Tapi Honey Dew Smoothies dia, memang sedap giler la. Next time I nak order yang tu la. 


Dari segi makanan, antara empat2 dish, paling win, Braised Beef Noodle Soup. Broth dia sedap woo..portion pun just nice. Antara yang terbaik la. Yang ni memang kena cuba. I nye Pad Thai pulak, not bad, just I pernah makan yang lebih sedap la. Chicken Pad Krapow pulak, yang ni, memang a bit sedih la. X seperti yang digambarkan. Probably next time tak akan repeat yang ni la. Chicken Noodle Dry pulak, I x leh comment coz I tak rasa. Tapi dari gaya dia makan, sedap rasanya.

PAD THAI WITH PRAWNS

CHICKEN PAD KRAPOW

CONDIMENTS

BRAISED CHICKEN NOODLE DRY

BRAISED BEEF NOODLES

Kami sempat jugak try their dessert. Ruby Red with Coconut Milk. At first, kami nak order their Mango Sticky Rice, but unavailable pulak. Ruby Red dia, not bad. Not that sweet and very colourful. Kami kongsi berempat, hehehe.

RED RUBY

Banyak lagi menu dia yang tempting. Sepanjang kami makan, asyik duk tengok meja orang jer. Tomyam dia I rasa mesti sedap. Hampir setiap meja order. Rata2 ramai datang sini untuk makan berhidang la, nasi dan lauk pauk. Probably next time kami pun nak makan berlauk jugak la. Dapat rasa tomyam dia. Repeat?? Definitely, coz x rasa Tomyam dia lagi wei. So sesiapa yang ada berdekatan, n tengah craving untuk makan Thai Food, leh mai sini ye. Tapi kalo nak mai, I recommend, before lunch hour or after. Or else, kena beratur la untuk dapat tempat.

Address: No. 7, Unit G-3, Level G, Nexus, Bangsar South City, Jalan Kerinchi, Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

Saturday, 2 February 2019

Lunch @ Basil Thai Restaurant Bangsar Village


Dah jadi habit, tiap kali ada birthday geng ofismate, kitaorang akan belanja makan makanan yang birthday girl nak. Walaupun dah belated 2 bulan, tp still kami nak sambut. Hehehe. Birthday girl mintak nak makanan Thai. Puasla kami ni mengoogle untuk check resto mana. I bukan jenis kaki tomyam sangat, so kalo nak pergi ke kedai Thai, selalu pg time dinner, dekat kedai2 biasa saja. So untuk time tengahari ni, memang jarang la pg ke kedai Thai ni. Tu yang kena google tu. Hehehe

So bila bincang-bincang, last-last kitaorang decide tuk pergi ke Basil Thai Nudle Bar yang terletak di Bangsar Village. Kalo boleh, x mau yang jauh-jauh sangat. Memandangkan kami ramai hari tu, dalam 10 orang, so ambil dalam 2 grab. 

BASIL

MENU

MENU

Sampai-sampai jer, dah nak full. Kami pulak memang x booking. Nasib dapat tempat. I memang dah aim nak makan apa. Teringin nk makan Pad Thai. Lagi pun, recommended dekat situ. Yang lain, order makanan hidang la. Ada tomyam, ikan steam, seafood sweet sour, kangkung belacan, tauhu, dan macam2 lagi la. Penuh la meja kitaorang. 

PAD THAI

So this is the Pad Thai. Macam kueh teow goreng. Cili serbuk, kacang dan tauge diletak kan di bahagian tepi pinggan. Kalo nak digaulkan, boleh ajer. Tapi I x gaul pun. I ambil mana yang I nak makan. Hehehe. Macam salah jer cara I makan. Ingatkan macam Chinese style, tp lain rasanya. For me, agak sedap jugak, coz I memang peminat kueh teow pun. Portion pun just nice. Cili serbuk dia pulak, memang meletops ea. Makan sikit2 je cili serbuk tu..

MENYELERAKAN

FISH FILET

TAUHU

IKAN STIM

RASA YANG NI - SEAFOOD SWEET SOUR

TOM YAM CAMPUR

I sempat gak merasa tomyam dia. Perghh..sedap wei. X berapa pedas sangat. Just nice for me. Inti pun banyak. Yang lain, for me, biasa saja. Kat Basil ni, ada jual makanan ala carte dan yang jenis berhidang. Dari segi harga, up sikit la dari kedai thai yang normal. Service for me, agak laju dan waiter pun semua sangat cekap. Ni sebenarnya kali kedua I ke kedai Basil ni. Tapi first time, dah lama dah. Makan berhidang jugak time tu. Overall, I suka ambiance dia. Makanan pun sedap2 semuanya. Perut membuncit je lepas keluar kedai ni. Hehe

Gembira birthday girl dapat Thai Food. Next birthday girl, agak2 ke mana ea. Kami ni memang geng kaki makan. Tu yang seronok tu. Hahahaha.

#happybelatedbirthdaykakiz ❤

 Address: G10, Ground Floor, Bangsar Village, 1, Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Tuesday, 25 April 2017

Dinner @ Medina Thai Tom Yam Putrajaya

Bila tengok dapur kemas semacam, mula la episode kecek mr hubby untuk makan luar..hehehe..so kali ni, mr hubby bawak pi kedai thai di kawasan berdekatan Ayer@8 Putrajaya..kedai ni terletak di persimpangan nk masuk ke arah ayer@8..x sampai kawasan ayer@8 tu pun..time kitaorang datang hari tu, baru je lepas hujan renyai2..n belum ramai lagi..mr hubby bg tau, tempat ni ramai kalo waktu malam..

WELCOME..ADA MACAM2 DALAM MENU DIA



Sampai di kedai tu dalam kul 8 gitu..customer x ramai lagi time tu..kitaorang duduk jer..dalam 10 minit gitu..ramai tetibe..perghh..macam nak tengok bola..rasanya xde game malam tu..meriah la..dah sampai kedai thai..harusla cuba tomyam..so kitaorang order, tomyam seafood, kerabu mangga, ayam masak kicap (tuk budak) dan pulut mangga as the dessert.

SO-SO SAJA..TP HABIS JUGAK..

Pulut Mangga sampai dulu..so jadi appetizer la malam tu..for me..kureng sedikit la..kuah santan dia tu..x cukup lemak n masin2..biasa saja..tp kalo teringin, leh jer nk makan..i malam tu, terus berangin perut..sensitive betul perut..makan pulut terus jer berangin perut..cheh..

KERABU MANGGA YANG SEDAP

Kerabu Mangga dia..yg ni sedapp..pedas2 sikit..masyuk la..presentation pun agak cantik..makan macam tu jer pun dah sedap..

TOM YAM..PEDASS JUGAK

Order Tom Yam Seafood..seketul udang beso..yang lain comey-comey jer size..hehehe..kuah dia sedikit pedas la..tp nasib baik Ziyad nk makan..tekak melayu sangat..hahaha..sedap la tomyam dia..kitaorg order tomyam putih..next time nk cuba tomyam dia yg lain pulak..

AYAM MASAK KICAP

Ayam masak kicap..yg ni pun sedapp..just nice untuk budak makan..kalo keluar..mesti at least kena order lauk yg berayam..kalo x..memang budak x makan la protein lain..susah betul nk suh anak2 I makan ikan..tp alhamdulillah jugak..Ziyad kalo bab ikan..hanya makan ikan pari..coz katanya rasa macam ayam?? Hahaha..boleh la dari xde makan langsung..

Overall..quite nice la jugak tempat ni..banyak seating..banyak menu dia..so kalo tekak tetiba nk makan ala thai..leh la try tempat ni..MEDINA Thai Tom Yam..

K, chow..hujan dah start nak lebat..balik boleh ngorok dah..hehehe

Tuesday, 4 April 2017

Lunch @ Boat Noodle KL Gateway Mall

Bila kebosanan melanda ofis, bermula la episode untuk makan di luar..kami gagahkan jugak la..sorang tu dah aim dah nak makan Boat Noodle..so plan untuk keluar awal sedikit untuk chop tempat..arah tuju kami adalah di KL Gateway Mall..x banyak lagi kedai yang bukak..Kedai makan yg ada, Boat Noodles..KFC..itu je la yg I tau setakat ni..hahaha..last time terjah ke Boat Noodles ni..full house habis..so this time, memang mengharap sangat dapat tempat..

Kami pergi dalam dua group..so kami yang sampai awal ni, chop tempat dulu la..once dah duduk tu, baru tau..yang xde sorang pun dr kitaorang ni yg pernah makan boat noodle..including myself la..i selalu baca bloggers lain makan boat noodle ni..so this is my first time experiencing it la..time nak order tu, mmg megambil masa sedikit la..confusing sikit..hahaha..tp semua teruja nk mencuba makan boat noodles ni..yang diet pun x jadi nak berdiet..

WELCOME TO KL GATEWAY BRANCH

Time sampai tu, still belum full house lagi..mgkn jugak coz tengah cuti sekolah..Mall ni bersebelahan dengan sekolah..so xde la budak2 sekolah berlegar2 dekat mall minggu tu..menu dia pulak..x banyak sangat pun..so last2 I order Thai Milk Tea, satu mangkuk boat noodle dan Yum Seafood Salad dan x lupa jugak Roti Sangkaya tu (Steamed bread)..i baca ramai bloggers recommend Sangkaya tu..so I order siap2..

MENU ITEM

MENU ITEM

Walaupun time tu customer x ramai, tp the service was a bit slow.. I punya la tunggu I punya Yum Seafood..it turns out, diaorg terlupa nk punch in dalam order..so tertinggal..so lagi lama la nk sampai..i makan la kudapan2 yang ada..

Sangkaya kitaorang tu, sampai agak lambat jugak la..tp bila makan, memang terasa kesedapan, kelemakan cicah pandan dia tu..dish ni, memang wajib order..memang sedap..rasa kalo nk habiskan sorang pun boleh..(yela tu..kalo ada mr hubby, mesti dia la tukang habiskan)

YG NI PUN SEDAP..CRUNCHY2 GITU..

MEMBER ORDER YANG INI..

JEMPUT2 MAKAN YE

INI YANG TERBAEK..WAJIB ORDER..SEKALI CUBA..X LEH BERHENTI..

Boat Noodles dia, ada dua jenis kuah. Pathumtani & Ayutthaya. I prefer Pathumtani la..for me lagi sedapp..Ayutthaya berasaskan santan sikit..so not for my liking sangat..rasanya kalo i xde ambil dish lain..i boleh makan around 5-6 pinggan ni kot..hehe..air dia pulak, both Thai Milk tea and Thai Green Tea dia memang marvelous.. sedapp..air dia memang limited sikit dekat Boat Noodle ni..x banyak choice..

ONLY ONE OF IT IS MINE...HEHEHE

CLOSE UP SIKIT

CHILL CHILL

Lama gk la baru Yum Seafood I baru nk sampai..giler pedas dish ni..kalo x silap..ni mcm special menu..limited time only kot..tp seriously, for me memang pedas la..dan biasa saja la rasa dia..i dah makan macam2 dah..air chill chill i pun dah nak habis..so nk menghabiskan yg itu..jenuh jugak la.
My verdict..service ok..just makanan mmg sampai lambat giler..kenapa?? I x sure la..sebab kedai baru ke?? X cukup training ke?? Hopefully in the future their delivery time to the customer can be improved. Apa pun, makanan2 dia memang tip top la..for me, memang sesuai dengan tekak i la..kecuali yg pedas meletop tu la..hahaha..

YUM SEAFOOD YANG PEDAS GILERZZZZ...AWAS KEPADA PEMAKAN..HEHEHE

X SURE APA NAMA DISH NI..TP MEMBER KATA SO-SO SAJA

Lunch kali ni, boss belanja..TQ TQ..seronok bila ada orang belanja..hehehe..overall..an interesting experience..i will definetely come again, especially for the Sangkaya..tp kalo i nak pergi, probably ke cawangan yang lain la kot..Boat Noodles ni ada banyak cawangan..yang berdekatan dengan rumah i setakat ni, dekat IOI City Mall & D'Pulze Cyberjaya..senang nk terjah nanti..

psst mr hubby...jom dating ke Boat Noodles pulak..😁😁

K, chow guys..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...