Wednesday, 12 September 2018

Dinner @ Mee Tarik Warisan IOI City Mall Putrajaya

Cuti empat hari yang lalu, tetibe mr hubby ajak untuk pergi kedai kasut, nk try size sebelum dia nk beli secara online. Kami memang xde plan apa2 pun untuk 4 hari tu. Mula2 nk pergi bercuti, tp bila call and try cari tempat yang dekat2, dah fully booked. So, kami balik kampong saja. Hehehe. So sabtu tu, kami pergi ke IOI City Mall untuk mencari kasut untuk mr hubby. 

IOI City Mall ni dengan rumah, x sampai 10 minute gitu. Ada masa kami datang semata2 untuk ke tesco pun ada. So malam tu, kami x mau makan yang berat2. Tapi serious, ramai giler orang dekat situ. Dengan Family Mart baru bukak nye dekat IOI City Mall, mostly kedai makan memang full la. 
So last2, kami try Mee Tarik Warisan. Mr hubby pernah makan dengan kawan2 dia. I je yang first timer ni. I selalu makan Salam Noodles je kalo bab Mee Tarik ni. 

Menu dia x banyak tau. So, untuk anak2 I, dah confirm la. Soup yang ada ayam. Senang untuk buat pilihan. I lak, order, Mee Tarik Goreng. Mr hubby, order Wet Mee with Ziran Mutton. Air dia pulak, x banyak choice. Lagi2 untuk budak2. So kami pilih, Roselle Tea, Plum Tea and Jasmine Tea. Tp anak I x minum pun, coz diaorang x suka jenis ada “benda” dalam air. Nasib baik I memang ada membawa air kosong siap2 dalam beg. 


PART OF THE MENU

Malam tu, ramai jugak dekat Mee Tarik ni. Tapi nasib baik makanan dan minuman sampai sekejap jer. Untuk Mee Tarik Soup tu, for me, biasa saja. Macam masin sedikit pun ada, or is it just me..tp anak I habis je makan, sampai x cukup. Kami top up dengan mee kitaorang, rendam kan dalam soup dia.

MEE SOUP WITH SLICED CHICKEN

Ni pulak, my Mee Tarik Goreng. Portion wise, ok. Just nice for me. Dari segi rasa, sedap jugak. Tp hujung2 tu I dah start rasa muak sikit. Ke I dah kekenyangan. Tp overall rasa memang sedap la. 

MEE TARIK GORENG

Yang ni pulak, Wet Mee with Ziran Mutton. Yang ni, memang rasa ‘mutton’ dia. Memang sedap..mutton dia pulak, banyak. Memang puas la makan. 

WET MEE WITH ZIRAN MUTTON

Air roselle dan air plum dia pulak, perghhh..rasa macam nk tambah. Untuk tekak2 I and mr hubby, dua2 suka. I ambik the Plum Tea. Tea tu itself memang dah sedap. Campur dengan sedikit plum, memang rasa best. 


So overall, semua kekenyangan. Makanan dia not bad. Dari segi harga, still affordable. Air tea dia sedap. Confirm akan repeat Tea dia la. Ada pelbagai jenis tea lagi. X snap lak gambar menu tea dia. 

Address : LG - 79A, IOI City Mall Putrajaya (belah Home Pro)

K, chow guys

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...