Showing posts with label Buffet. Show all posts
Showing posts with label Buffet. Show all posts

Tuesday, 28 May 2019

Iftar di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

Untuk tahun 2019 ni, kami dah jarang berbuka di luar. Kali ni I siap ambik cuti lagi coz risau jem time nak balik kerja. Hehehe Tiap tahun, office husband mesti ada buat acara berbuka bersama2. So I join venture sekali la. Tahun lepas dibuat di Tasik Cempaka Villa Bangi. Tahun 2019 ni pula, dibuat di Pak John Steamboat IOI City Mall. Dekat je la dengan rumah. 

Serba sedikit pasal Pak John. Pak John ni Halal tau. 

“Fry all you want or just get going with the food in soup,it is all up to your choice of sensational dish-mix! At Pak John, we serve urban cuisine consists of the most on-trend modern food yet reinvented into magnificent subtle creations that sum up as a one of a kind genre.By implementing our years of experience in the culinary industry, we proudly present you with the most sensual urban cuisines that will satisfy you no matter you are a steamboat fanatic, a Yong Tao Foo dinner or a regular cafe goer. We serve not one kind but all.” (www.pakjohn.com)

Dekat Pak John ni ada both Steamboat & BBQ. Choices dia pulak, ya rabbi, banyak giler ok. Sampai x tau nak makan apa. I selalu x makan banyak time berbuka. So hari tu, memang lama kot kami duk kat Pak John tu. Kami dapat seating di luar. Jauh sedikit la dr tempat makanan. Tp still ok coz anak2 I kaki berlari. Haha. Untuk choices of soup dia pulak, kami pilih miso soup. Coz anak2 I x berapa gemar pedas sangat. Tapi I suka miso soup dia. Lagi2 bila pairkan dengan barangan steamboat dan udon. Memang sedap. Cicah pulak dengan sauces dia. Memang bertambah. Tomyam dia agak sedap jugak. Xde la pedas pun sebenarnya. Next time leh cuba tomyam dia pulak la. Sauces dia pulak, ada pelbagai tau. My fav..Thai green Chillies & Spicy Thai Chillies. 



Dari segi choices steamboat dan BBQ, for me dua2 banyak. Lagi2 steamboat dia, coz ada ball2 dan frozen item yang I x pernah try sebelum ni so quite nice. Sayur2 pun banyak tp for me mcm kurang fresh sedikit. Selain dari steamboat dan BBQ, ada jugak nasi dan lauk pauk. X sure kalo ini adalah untuk bulan Ramadhan saja kerr atau memang sentiasa ada. Ada meehoon, pizza, sushi, dessert dan makanan snacks yang bergoreng.

GAMBO MEJA BELAKANG..HEHE

SEDAP!!

CHOICES MARINATED MEAT DIA MEMANG BANYAK

VEGGIE SECTION

ANTARA YANG SEMPAT MASUK DALAM PLATE. SIAP ADA SOTONG KERING BAKAR. YG TU SEDAP

UDON WITH MY CHOICE OF BALLS

BERTAMBAH2 I MINUM AIR LEMONADE DIA

Ada jugak kaunter untuk waffles, ice cream, dimsum dan kambing slices. Semua ni kami makan last2 coz awal2 tu memang ramai beratur situ. Time nk hujung2, dah sunyi sikit. Kambing slices dia memang nipis. Sedap di grill atau dimasukkan dalam soup. Sangat recommended. Ice cream dia pun banyak choice. Anak I siap dua tiga kali makan. I pulak..apa lagi..buat Float la..hehe

CHOICES OF ICE CREAM

BERATUR UNTUK ORDE WAFFLE, DIM SUM..ABC..

TIME NK BALIK..TETIBE DIAORANG DTG BAWAK POPIA BASAH NI..SEDAP GAK

Dari segi harga, for me, not bad la. Coz dia ada both Steamboat dan BBQ & makanan pelbagai yang lain. Tp coz I sendiri hari tu, defeat awal dh..perut x leh masuk banyak..haha tp still I rasa puas hati makan. Mungkin juga I minum 4 gelas kot malam tu. Giler haus. 

X BERAPA CLEAR..BOLEH TNGK HARGA DI WEB PAK JOHN JUGAK YE

Tak silap Pak John ni ada 2 cawangan. Satu di IOI City Mall dan satu lagi di eCurve Damansara. Overall, I sangat recommend kedai ni. Puas hati sangat makan. Next time I nak mai lagi sini. Hahaha.
K, chow for now. 

Address: GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya

Friday, 5 October 2018

Lunch @ Restaurant Rebung Tasik Perdana

Yeah, big boss mau belanja. So apa lagi, tadah perut je la. Hehehe. Hari tu, kami naik grab jer. Malas wei nak drive pergi sana. Bukan sebab apa, malas nanti bila balik ofis, kena cari parking. Dekat ofis I ni, free parking sangat limited. Kami gerak awal sikit. Maklum la, lapo. Perjalanan dari ofis nk ke Restaurant Rebung ni, x jauh mana la. Dalam 15 minit gitu..campur jem lagi kan. Sampai2 jer ke Restaurant tu, kami antara yang terawal. Hahaha. Ni kiranya kali kedua kitaorang datang sini. First time hari tu, untuk high tea. My verdict time tu, x berapa best la. Tapi for lunch, I might change my mind. Restaurant Rebung ni kepunyaan Chef Ismail yang femes tu. Last time I datang, dapat la jumpa and bergambo. This time, xde lak. 

Menu dia, semua masakan ala2 kampung gitu. Perghh..kalo tengah berdiet, this is definitely not the place. Bila masuk jer, confirm akan menjeling ke arah buffet table yang penuh dengan pelbagai lauk pauk melayu. Asam pedas pari, patin masak tempoyak, gulai sana sini, siput sedut masak lemak..pelbagai aneka kerabu, ulam-ulam, laksa, mee kari, sup tulang, rebung masak lemak..ABC...nak cakap semua, penuh page nanti..

I kalo pergi buffet cam ni, nasi kena sikit. Kena all out untuk makan lauk pauk. So dapatla merasa macam-macam. Kalo x, cepatla kenyangnye. So I ambik laksa, nasi with asam pedas ikan pari, siput sedut n sayur..My favourite dekat sini..kerabu2 dia wei. Dah la ada macam2, yg paling awesome, kerabu kerang dengan taugeh dan pucuk paku..pedas dan manis2 gitu..sedap giler..bertambah-tambah. 

Untuk dessert dia pulak, ada pulak pulut durian, roti jala, ubi rebus dengan kelapa, beraneka jenis kuih, goreng pisang, kopok lekor..hampir semua la merasa. Tapi merasa sikit. Berkongsi-kongsi pinggan la. So jom usha gambar-gambar makanan di sana..

ROJAK..

LEMPENG..ROTI JALA

KUIH MUIH

MACAM-MACAM JENIS KERABU..

BERANEKA CICAH, ULAM ULAMAN

PELBAGAI LAUK

PELBAGAI LAUK 

ANEKA BUBUR

LAKSA

MEE KARI

UBI REBUS

KERABU KERANG YANG SEDAP..DENGAN PUCUK PAKU SEKALI..

ASAM PEDAS PARI N SUP TULANG

Dari segi harga, maaf la, x tau lak berapa harga buffet dia hari tu. X sure dapat pakej murah sikit ke coz kami ramai hari tu. I kena tanya tuan organizer. Hehehe. Overall..lunch buffet dia..meletups!! I suka..rata-rata semua suka. Just semua merungut..perut beso lepas tu. Hahaha..

K, chow guys..

Address: 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Monday, 4 June 2018

Buffet Ramadhan 2018 : Tasik Cempaka Villa by Felda D’Saji Bangi

Apabila mr hubby ajak makan luar, I pun on je la. Berbuka bersama geng-geng ofismate mr hubby. Ofis I ada jugak buat tp I x dpt nak pergi. So kali ni, berbuka puasa di Tasik Cempaka Villa, by Felda D’Saji di bangi. Bangunan ni betul2 sebelah tasik (tp malam-malam x berapa nk perasan), n belakang kawasan McDonald Bangi Seksyen 9. Memandangkan mr hubby belanja kitaorang semua berbuka, so I x berapa pasti harga dia berapa. Tp bila google, harga dewasa dalam RM58 and kanak-kanak dalam RM33. Kira ok la kan. Rata-rata skang buffet mesti atas RM80. 


I dari KL so petang tu, dah start hujan renyai2. I sampai pun dalam 530 dekat rumah. So bersiap semua, dalam 620 jugak la baru nk bergerak. Ke arah Bangi, jem sedikit la, tp kami ikut jalan dalam. Sampai je depan pintu Tasik Cempaka Villa tu, hujan selebat-lebatnya. Nasib baik pekerja dia ada sediakan payung. So xde la basah kuyup. Di bahagian luar ada jugak gerai2. Bahagian western, soup2, kambing golek semua di bahagian depan. Kena berhadap dengan hujan untuk sampai ke kawasan menu yang itu. Pekerja dia memag cemerlang. X putus bawak kitaorang pergi dan balik dari kawasan situ. Seriously, ni first time I pergi ke buffet, x perlu berautur untuk makan kambing golek. Banyak giler malam tu. 

Dari segi kawasan, memang agak privacy sedikit. Tempat dia xde la besar macam hotel2. Tp untuk office event, rasa cukup ni. So memandangakn orang x berapa padat dalam tu, so x perlu nk beratur pun untuk mengambil makanan. Makanan dia, by Felda D’Saji. I memang dah selalu makan dah Felda D’Saji ni. Ofis I memang customer tegar. Makanan dia malam tu, agak sedap la. Tp ada jugak hit and misses. Ada yang telebih masin, tawar, tp overall, choice and variety memang best. .For me I suka. 

KAWASAN DALAM

Antara kegemaran, I suka kambing golek, salad, Sup kambing, Carbonara (sedikit tawar) tapi anak I habis makan 3 mangkuk, kuih muih dan sambal2 dia. I dah lama x makan kambing, so bila buka jer, terus pening bila makan. Hahaha. Patahkan selera jer. Ada juga mee goreng, soto, nasi campur, rojak, pecal, desert dan macam2 lagi. 

KAMBING GOLEK..

CARBONARA..MARINARA PUN ADA..

ASAM-ASAM

PECAL & KERABU

PLATE MR HUBBY..HEHE

SUP KAMBING..KONGSI DENGAN HUSBAND

SOTO

MR HUBBY KATA SAMBAL DIA SEDAP

MINUMAN

BUBUR LAMBUK & BUBUR PULUT HITAM

ABC

GORENG2

SOME OF THE DESSERT..BYJ YANG DAH HABIS

Surau dia dalam bangunan tu sendiri. Di bahagian depan receptionist. X berapa besar so kena take turn untuk solat la. I lepas makan terus pg solat coz kalo lambat, confirm penuh. Banyak telekung disediakan dalam tu. 

Overall..tempat ni memang best. X berapa crowded, banyak choice makanan, senang untuk jaga budak2, pekerja dia pun cepat je ambik pinggan dari atas meja, harga pun affordable. Time balik, still hujan renyai2 lagi. Tapi kami redah saja. So, its time to head back home, Perut dah macam nk meletup dah. Badan pun dah start panas. Terlebih kambing ni..huhu

Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua !!

Lake Cempaka Villa
Taman Tasik Cempaka, 
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 
43650 Bangi
FB : Lake Cempaka Villa Official atau IG : @lakecempakavillaofficial


Wednesday, 19 July 2017

Jamuan Raya Office 2017

Jamuan Raya di office sudah bermula. Level kami buat pada minggu lepas. Time tu x ramai lagi department yang buat jamuan berbanding dengan minggu raya last ni. Minggu ni jer, berderet jemputan sampai x sempat nak terjah semua. Isnin hari tu jer dapat 4 jemputan department. Sorry la geng, memang x sempat nak pergi semua. Lepas pergi 2 jemputan, teus sakit perut..huhuhu..sensitive pulak perut..sampai ke petang lak tu sakitnye..

Sepatutnye level kitaorang ni, buat ala-ala potluck..tp last2 semua order jerr..outsource dari luar..hehehe..memang kami ni x berapa nak rajin la bab2 masak2 besar2 ni..so kali ni, setiap team kena bawak dish masing2..team kami agak besar so kami bawak cake2 dan laksam..i yang cadangkan laksam tu..lama x dapat. Nasib baik budak ofis ada contact dengan orang yang pandai buat laksam. Selalu orang order laksa kan, so kali ni, kelainan sikit. Order laksam pulak.. 

Diantara menu yang ada :
Big Boss sponsor Satay. Yang lain, ada nasi impit, kuah kacang, lemang, rendang, kuah lodeh, pelbahai jenis kuih dan kek-kek, laksam, mee sup utara, buah-buahan, nasi putih, lauk pauk (patin tempoyak, daging salai masak lemak, ayam paprika…) & chocolate fountain. Macam2 ada. Jom usha gambar dan deco2 jamuan office i..hehehe

DAH MACAM CANDY BOOTH DAH..COMEY

BOSS BELANJA CHOCOLATE FOUNTAIN

BIG BOSS SPONSOR..

OUR LAKSAM..

MEE SOUP UTARA..

MY FAV PART..DESSERTS

X INGAT KEK APA NI..A BIT MANIS TP SEDAP..

Alhamdulillah, semua sedap2..lagi2 laksam..hehehe..walaupun masin sedikit, tp still sedap..dapat la lepas gian..berkali2 gak la i tambah..bila nak makan makanan yang lain, dah x muat dah perut..sebu terus..esok nye, terus bloating..huhuhuhu..

K, next week ada one more big Raya event yang melibatkan the whole department. Mesti meriah habis. Siap tema Bazaar Raya gitu. Perut dah sedikit terjojol gak ni..lemak2 dah start terbentuk..jangan2 baju raya pun dah sendat..huhu

Selamat Hari Raya U Ols!! 💗😁


Tuesday, 18 July 2017

Hi Tea @ Restaurant Rebung Chef Ismail

Ni kisah sebelum puasa lagi ye. Banyak rupanya entry yang belum tertulis lagi. Huhuhu

Macam biasa la, sebelum puasa bermula hari itu, department I ada buat makan-makan. Kali ni, di Restaurant Rebung. Mula-mula ingatkan di bangsar. It turns out yang dekat bangsar tu dah tutup. Nasib baik I x drive terus pergi sana. Hahaha..Yang kami pergi ni, di Taman Botani Perdana KL. Berpandukan waze, alhamdulillah sampai. Hehehe. I bab2 jalan di KL ni memang fail sikit la. Memang kena mengharapkan gps. Nasib baik senang jer nak sampai ke sana. Time tu x berapa nak jem lagi la..time sampai, nak cari parking pun senang. Parking dia banyak dan jenis bertingkat. 



Kali ni, sebenarnya nak menyambut macam2 sambutan. Yang keluar dari department, April to June Babies, New newborns & newbies to the department..so ada pelbagai sambutan pada hari tu.  Kitaorang booking private room. Sukahati kitaorang la nak bising macam mana kan. (coz memang bising pun kitaorang..heheh) Siap ada karaoke session lagi. Kawasan dia agak besar jugak. Boleh memuatkan agak ramai orang pada suatu masa. 



Focus kepada makanan dan minuman pula…Sebenarnya expectation I, agak tinggi la. Lagi-lagi makan di restaurant Chef terkenal. Hari tu, sempat jugak bergambar dengan Chef Ismail. Ntah camera siapa time tu..sampai sudah x dapat2 gambar dia..hahaha..

Makanan dia variety jugak la. Tp for me, dari pemerhatian hari tu, makanan macam x berapa nk cukup untuk satu2 masa. Ramai kot time tu, termasuk group2 lain. Untuk mendapatkan makanan, kena beratur agak panjang. Bila I beratur, tetibe habis pulak. Diaorang baru nak masak yang lain. Dari segi rasa, for me, boleh la. Xde yang mengancam sangat la tp semua berasa. I pernah makan dulu, di restaurant dekat Bangsar. Time tu, untuk lunch. Verdict nye lebih kurang sama jugak la..tekak masing-masing kan. 

KUIH - BUAH MELAKA

LAKSA

MEE SOUP

MEE GORENG

PISANG GORENG

BERANEKA BUBUR


Paling win dekat sini, goreng pisang & mee goreng..i bab2 goreng pisang ni, memang x leh dipisahkan..i memang penggemar goreng pisang. Sedap giler..lagi2 baru diangkat dari kuali panas..masyuk. Mee goreng dia pun sedap. Line beratur x putus-putus. 

Overall, i quite like the atmosphere. Not too crowded, not too big. Just nice. Makanan pun ok..dari segi harga, i x tau..kena tanya organizer..hehe..

Ehm..agak-agak lepas ni luncheon ramai-ramai di mana pula ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...