Tuesday, 28 May 2019

Iftar di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

Untuk tahun 2019 ni, kami dah jarang berbuka di luar. Kali ni I siap ambik cuti lagi coz risau jem time nak balik kerja. Hehehe Tiap tahun, office husband mesti ada buat acara berbuka bersama2. So I join venture sekali la. Tahun lepas dibuat di Tasik Cempaka Villa Bangi. Tahun 2019 ni pula, dibuat di Pak John Steamboat IOI City Mall. Dekat je la dengan rumah. 

Serba sedikit pasal Pak John. Pak John ni Halal tau. 

“Fry all you want or just get going with the food in soup,it is all up to your choice of sensational dish-mix! At Pak John, we serve urban cuisine consists of the most on-trend modern food yet reinvented into magnificent subtle creations that sum up as a one of a kind genre.By implementing our years of experience in the culinary industry, we proudly present you with the most sensual urban cuisines that will satisfy you no matter you are a steamboat fanatic, a Yong Tao Foo dinner or a regular cafe goer. We serve not one kind but all.” (www.pakjohn.com)

Dekat Pak John ni ada both Steamboat & BBQ. Choices dia pulak, ya rabbi, banyak giler ok. Sampai x tau nak makan apa. I selalu x makan banyak time berbuka. So hari tu, memang lama kot kami duk kat Pak John tu. Kami dapat seating di luar. Jauh sedikit la dr tempat makanan. Tp still ok coz anak2 I kaki berlari. Haha. Untuk choices of soup dia pulak, kami pilih miso soup. Coz anak2 I x berapa gemar pedas sangat. Tapi I suka miso soup dia. Lagi2 bila pairkan dengan barangan steamboat dan udon. Memang sedap. Cicah pulak dengan sauces dia. Memang bertambah. Tomyam dia agak sedap jugak. Xde la pedas pun sebenarnya. Next time leh cuba tomyam dia pulak la. Sauces dia pulak, ada pelbagai tau. My fav..Thai green Chillies & Spicy Thai Chillies. 



Dari segi choices steamboat dan BBQ, for me dua2 banyak. Lagi2 steamboat dia, coz ada ball2 dan frozen item yang I x pernah try sebelum ni so quite nice. Sayur2 pun banyak tp for me mcm kurang fresh sedikit. Selain dari steamboat dan BBQ, ada jugak nasi dan lauk pauk. X sure kalo ini adalah untuk bulan Ramadhan saja kerr atau memang sentiasa ada. Ada meehoon, pizza, sushi, dessert dan makanan snacks yang bergoreng.

GAMBO MEJA BELAKANG..HEHE

SEDAP!!

CHOICES MARINATED MEAT DIA MEMANG BANYAK

VEGGIE SECTION

ANTARA YANG SEMPAT MASUK DALAM PLATE. SIAP ADA SOTONG KERING BAKAR. YG TU SEDAP

UDON WITH MY CHOICE OF BALLS

BERTAMBAH2 I MINUM AIR LEMONADE DIA

Ada jugak kaunter untuk waffles, ice cream, dimsum dan kambing slices. Semua ni kami makan last2 coz awal2 tu memang ramai beratur situ. Time nk hujung2, dah sunyi sikit. Kambing slices dia memang nipis. Sedap di grill atau dimasukkan dalam soup. Sangat recommended. Ice cream dia pun banyak choice. Anak I siap dua tiga kali makan. I pulak..apa lagi..buat Float la..hehe

CHOICES OF ICE CREAM

BERATUR UNTUK ORDE WAFFLE, DIM SUM..ABC..

TIME NK BALIK..TETIBE DIAORANG DTG BAWAK POPIA BASAH NI..SEDAP GAK

Dari segi harga, for me, not bad la. Coz dia ada both Steamboat dan BBQ & makanan pelbagai yang lain. Tp coz I sendiri hari tu, defeat awal dh..perut x leh masuk banyak..haha tp still I rasa puas hati makan. Mungkin juga I minum 4 gelas kot malam tu. Giler haus. 

X BERAPA CLEAR..BOLEH TNGK HARGA DI WEB PAK JOHN JUGAK YE

Tak silap Pak John ni ada 2 cawangan. Satu di IOI City Mall dan satu lagi di eCurve Damansara. Overall, I sangat recommend kedai ni. Puas hati sangat makan. Next time I nak mai lagi sini. Hahaha.
K, chow for now. 

Address: GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...