Thursday, 26 December 2019

Breakfast @ Soto Shah Alam

Kami jarang dapat breakfast di luar. Selalu breakfast simple-simple jer dekat rumah. Its so happen hari tu, I ada bowling tournament (Office Tournament) dekat AEON Mall Shah Alam. So husband I nak hantar I la pagi tu. So sebelum sampai ke AEON Mall tu, sempat google kedai resto untuk kami bersarapan. So keluar la Soto Shah Alam ni sebagai salah satu option dekat google. Terus kami pergi sini pagi tu. Rupanye kedai ni otw nak ke Taman Botani Shah Alam tu. Time kami sampai pagi tu, orang dah start ramai and seriously, I can see why. Sebab ada macam-macam jenis makanan dekat kedai ni. Rambang mata ok bila masuk kedai ni.


Sebelum kami cari meja, kami buat satu round check..hahaha..tengok dulu kuih dan lauk pauk apa yang ada. Mata masing-masing dah terbeliak dah. Anak-anak pun sama. Dah siap tunjuk nak kuih itu la, kuih ini la. I pun dah siap aim nak ambik apa. So lepas duduk, kami order dan ambil kuih masing-masing la. I order Soto dia, coz nak rasa sedap ke x. Dah nama kedai pun Soto Shah Alam kan, ni mesti antara best seller dia. Anak lak, ambil roti canai, meehoon sup dan kuih muih.  Husband, ambil yang berat sedikit, so Nasi Lemak. 

SOTO

ROTI CANAI

NASI LEMAK

Yang bestnye dekat sini, ada lempeng dan pelbagai jenis lepat. I memang peminat lepat. Lagi-lagi lepat pisang. So memang gembira la bila dapat kuih kegemaran di pagi hari. Untuk Soto dia pula, bagi I, agak sedap jugak la. Begedil dia lak comel-comel. Memang kenyang sangat. Roti canai dia pun agak sedap. Lembut je roti dia. 




ANEKA KUIH MUIH

ANEKA KUIH MUIH

ANEKA KUIH MUIH

ANEKA KUIH MUIH

Sebelum nak gerak ke AEON Mall tu, sempat kami tapau kuih.  Husband pagi tu nk gerak pi Klang. Kuih muih dia, tak ingat lak harga dia berapa, tapi ada kuih-kuih yang tertentu mahal sedikit dari yang lain. I rasa pagi tu I sudah terlebih kenyang. Hahaha. Sampai ke event bowling tu, ada breakfast jugak. Tapi dah tak mampu dah perut. Overload. 

So overall I memang suka kedai ni. Memang nak repeat lagi. Tapi coz agak jauh dengan rumah, so lambat lagi la nak repeat. Lagi2 untuk breakfast. Kedai ni buka dari jam 730 pagi ke 11 malam (based on google).

 Address: No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...