Thursday 30 August 2018

Short Trip to Penang 2018 : Leisure Cove Hotel & Apartments

Musim cuti sekolah dengan Raya Haji hari tu, kami decide tuk bawak anak-anak pergi bercuti di Penang. Lama x jejak kaki kat sana. Rasa last pergi, dalam 5 tahun yang kot. Lama dah. So 2 minggu sebelum nk pergi bercuti, kami dah start nk booking tempat penginapan la. Kami dah usha banyak hotel & apartment dah, tp banyak jugak yang dah fully booked. Dan kalo yang ada pun, x muat untuk kami berlima. Skang bila anak-anak dah start besar, kami kalo boleh, kena cari family room atau two rooms la. So lepas baca review semua, last kami decide tuk book 3 hari 2 malam di Leisure Cove Hotel & Apartments, situated dekat Tanjung Bungah. Kami pilih two bedroom apartment. Luas sikit. Memandangkan ni apartment, so xde breakfast la. Kami book via Traveloka Apps. Senang dan mudah. 

Kami sampai dalam pukul 4. Check in memang senang la. Kena letak duit deposit RM100 tau time nk check in. Bila check out, claim balik. Nk cari apartment ni pun senang. Berpandukan waze, InsyaAllah akan sampai. Time sampai tu, anak I yang kecik tengah tido, so terpaksa la angkut dia bawak naik atas. 

 Jom usha gambar-gambar apartment 2 bili kami hari tu ea..

CHECK IN

LOBBY

HARGA BILIK. 

MINI KITCHEN..DAPUR MASAK XDE YE. ADA MEJA MAKAN SEKALI. SENANG UNTUK MAKAN2

RUANG TAMU

MASTER BEDROOM

BATH TUB DI BILIK MASTER

SECOND BEDROOM. 2 SINGLE BEDS. ANAK TENGAH KEPENATAN. 

VIEW FROM TINGKAT 1

AMENITIES

Kami pilih sea view, tp malangnya dapat tingkat 1. So xde apa sangat la yang boleh di view kan. Banyak pokok2 la. Tapi still leh nampak laut. Kami sengaja pilih two bedroom apartment coz untuk 3 hari 2 malam, at least budak2 ada ruang tidur sendiri dan ada ruang untuk main kejar2..hahaha. Lagi pun, bilik ni, ada bath tub tau. Tu antara plus point apartment ni. Swimming pool pun ada. Dekat kawasan roof top apartment ni. Leh swimming sambal enjoy the view. 

Swimming pool dia not bad. Ada kids pool, an adult pool, and a round pool tuk duduk2 sambil tengok pemandangan luar. Tp duduk atas bumbung kan, angin dia, sejuuukkk. Anak-anak I mandi sekejap jer coz asyik duk mengadu sejuk jer..Adult pool dia best. Dalam, so seronok berenang. Dapat la swimming dalam sejam jer, so lepas tu, budak2 ni sambung mandi dekat bath tub pulak. 

ADULT POOL

KIDS POOL

VIEW DARI ROOF TOP. NAMPAK MASJID TERAPUNG

Overall, for me, cara layout dan susunan apartment ni ok. Just ada a few items yang perlu dipebaiki la. Faucet dekat toilet dua2 bermasalah. Air asyik menitik jer. Towel pulak hari first tu, diaorang lupa nk letak. Nasib kami ada bawak spare. Tp still x cukup la. Hari kedua, baru diaorang sediakan towel. Parking pun agak susah, coz very limited. Malam first tu, kami terpaksa letak kenderaan dekat luar kawasan coz dah penuh. First come first serve. Lambat, sila parking luar la ea..Yang lain, semua ok. Water pressure ok, air cond ok, bersih, dapat 8 botol air, and additional ameneities coz duduk 2 malam kan..overall, memang berbaloi dengan harga yang kami dapat. Bilik luas, Kedudukan hotel pun just nice. Dekat dengan pantai. Ada laluan di sebelah hotel ni untuk ke pantai.

Apa yang kami buat selama 3 hari 2 malam di Penang???? Tunggu entry seterusnya ye. ☺☺

Address: 563, Jalan Wee Hein Tze, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang





Sunday 19 August 2018

Lunch @ Oiso The Sphere Bangsar South

Lama x menapak dekat the Sphere Bangsar South ni. Sejak renovation hari tu, kami dah xde ke sini la. So hari tu, member bagi tau yang diaorang dah pergi ke The Sphere tu, dan makan Oiso. Sebelum ni, Oiso tu memang dah lama bukak dekat situ. So kami pun teruja, lagi2 geng ofismate. Lama x pekena makanan korea. I selalu jugak makan Oiso, tp cawangan IOI City Mall la. 

Member sorang ni, dari dalam ofis duk cerita yang dia teringin nk makan Chicken Ginseng. I x pernah cuba la pulak dish tu, so x leh nk comment. Kami gerak tengahari, naik grab jer, senang. Sampai2 jer, perghh..dah lain dah The Sphere ni. Serious nampak menarik bila dah revamp ni. Banyak kedai makanan baru dekat sini. Tu yang buat kami teruja. Tp kami focus..ke Oiso saja..hahaha. Takut tersinggah masuk kedai makan lain. Sampai je kat Oiso, kena tunggu pulak. Fullhouse wei. So usha menu nye dulu. Menu dia sama je macam menu di kedai Oiso yang lain. Sorry x terambik lah gambar menu dia.

Apa yang kami order, I macam biasa, x leh move on lagi, my favourite, Kimchi Jigae. I sendiri pun x tau kenapa x leh move on. I just love the taste. Yang lain, BBQ Chicken, Seafood Ramen & Ginseng Chicken. 

MEJA KAMI

Walaupun ramai orang, tapi makanan n minuman cepat gak sampai. Tp menu yang paling menarik sekali, ada Ginseng Chicken. Besar giler portion dia. Rupanya, nasi dia dalam mangkuk tu sekali. Macam bubur dah. Kami take turn jugak la merasa. For me, I sendiri x tau nk cakap apa. Hahaha. Macam makanan orang berpantang kot. Bila hirup, rasa badan panas. Soothing la. Bila makan tu, tau tu makanan sihat. Garam pun macam xde. Member siap pesan soy sauce lagi. Katanya ni first n last la order. Hahahaha. Tp kagum la, dia try habiskan jugak. Tapi last2 tapau bawak balik. 

GINSENG CHICKEN

Kami yang lain ni, memang habis licin la. BBQ Chicken dia seriously sedap. Seafood Ramen jangan cakap la. Memang sedapp giler. Member yang order ni, x suka Korean food pun. Tp dia gagahkan jugak ikut kitaorang. So I rekomen order seafood ramen. Memang habis la dia makan. 

BBQ CHICKEN

KIMCHI JIGAE RM19.90

SEAFOOD RAMEN RM 17.90

Overall, semua puas hati la. Seronok dapat makan Korean food ramai-ramai. Sambil makan, sambil membawang, hahahaha. Harga Oiso ni, for me, affordable. I memang peminat tegar Oiso la. Lps je makan, kami ke Family mart pulak. I lagi teruja bila nmpk ada family mart kat situ. Terus I ajak semua makan ice cream pulak. Lepas ni, kalo mengidam nk matcha ice cream, leh la kitaorang le situ. 

Lepas ni, The Sphere akan jadi antara tempat makan hot spot kami la. X sabar nk try kedai makanan dia yang lain. 


K, chow guys!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...