Showing posts with label Eating time. Show all posts
Showing posts with label Eating time. Show all posts

Wednesday, 26 August 2020

Lunch @ Daun.KL Mahsa Avenue

Still mood menyambut birthday lagi walaupun birthday dah sebulan yang lepas. Geng-geng ofis kata nk belanja so apa lagi, JJCM ON!! Tapi coz hari tu, tetibe ada yang bawak ala-ala potluck pagi tu, so perut dah agak kenyang. I ajak makan dessert and mengopi sahaja. Tu yang kami ke Daun.KL di Mahsa Avenue ni. Tak silap, ni adik beradik dengan Pokok.KL la. Pandai diaorang pilih nama kan. Satu Pokok, satu lagi Daun. Senang nak ingat. 

Time kami sampai, ramai kot dekat Pokok.KL tu, tp kedai Daun.KL di kawasan atas Pokok ye. Hahaha. Sebelum datang situ, dah usha sedikit dah apa yang ada. So antara yang menarik perhatian adalah Pavlova. Coz cantik sangat, siap ada bunga-bunga. I ni jenis jarang pergi ke tempat-tempat mengopi ni atau tempat jual bakery atau dessert sahaja ni. Nak ajak family, mcm tak berapa sesuai. So kalo ke tempat mcm ni, memang akan pergi dengan geng2 ofismate sahaja. Tempat untuk lepak-lepak and bergossip.


Kawasan dia tak berapa luas sangat tapi banyak woo cahaya masuk so memang cantik untuk ambik gambar. So jom usha menu dulu ye. Untuk air, I order Matcha Latte Cold. lepas dah order tu, baru perasan, eh ada Pink Latte..kalo tau, order yang tu..hehehe..





So untuk dessert, ini yang kami order. Favourite antara semua, Kek Marble tu ye. Hahaha. Nampak simple, tapi seriously sangat sedap. Very warm and moist. Tak cukup satu. Yang Beef Bacon and Bechamel pun sedap. I pilih, Nutella Croissant. Yang ni pun not bad. Pavlova dia pulak, for me, walaupun dia cantik giler, dan sayang betul rasa nak makan, tapi it is actually very very sweet. Memang la patutnye manis pun..tp macam oversweet. So tu antara yang last kami habiskan. 



Overall, Daun.KL ni quite a nice place. Choices bakery items agak banyak jugak la. Semua nampak sedap-sedap. Tapi kalo nak makan solely for lunch, rasa x kenyang kot. Kalo lapo betul, kena pg ke Pokok.KL la. Daun ni memang tempat chill2 lepak-lepak sambil minum latte and kek. 

To the geng, thank you so much for your treat. Ngada-ngada kan mak buyong ni. Macam-macam dia nak try. Hahaha. Nasib geng semua sporting. Muah cikit kat semua..

Address : Address: MAHSA Avenue, Block B, Level 2, Jalan ilmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


Tuesday, 30 June 2020

Lunch @ MyBurgerLab Bangsar

#sebelumpkp

Hari tu kami sebenarnya nak membeli barang-barang untuk jamuan ofis. Ada kedai stationery berdekatan. So lepas je membeli barang-barang untuk ofis, kami menyinggah di MyBurgerLab Bangsar. I tak pernah makan cawangan sini. I pernah makan cawangan Kelana Jaya n Cyberjaya saja. Walaupun time tu lunch hour, tapi tak ramai sangat orang la, lagipun kawasan situ memang ada banyak kedai makan. 

Dekat sini, boleh beli burger sahaja, atau add on set dia. Set dia akan dapat refillable air, then sidekicks dia la. Sidekick dia boleh pilih, nak fries, curly fries, mash potato atau pun salsa nachos. Seriously, I tak berapa ingat geng-geng I makan apa. Hahaha. Ada juga time tu limited edition burger, just I tak berapa ingat apa nama burger dia. So sorry.

Jom usha menu and gambar burger-burger kami. Hehe.




I ordered their The Bomb burger. I kalo bab burger ni, memang akan beli patty daging la. Jarang-jarang nk beli patty ayam ni. Yang beza MyBurgerLab dengan kedai burger yang lain, bun dia charcoal burger. Bun kaler hitam. Tapi rasanya skg dah ada banyak jugak kedai yang buat bun mcm ni tp MyBurgerLab ni antara yang pioneer la. 

Rasanya geng sorang ni ordered The Ultraman n sorang lagi ordered the limited edition burger time tu, n sorang lagi ordered Joe's Dirty Burger. Coz I dapat merasa semua burger, I suka burger I, coz dia pedas-pedas sikit (The Bomb) and member nye Joe's Dirty Burger. Ni burger patty ayam tapi serious sedap giler. Rasanya kalo next time datang, nak order yang itu. Leleh kuah dia. Perghh..Sos cicah pun leh ambik dekat kaunter kalo dah habis. Sos dia sedap!!

Sidekicks dia, kami order fries n I ordered curly fries la. Memang sedap la. I pernah makan mash potato dia, pun not bad. Memang set yang memuaskan la. Dari segi harga, memang pricey sedikit la compared dengan Fast Food Burger. Tapi memang worth it la. 




Kawasan sini, agak terhad jugak la parking dia. Just so happens, kami dapat berdekatan dengan kedai MyBurgerLab ni. Apa pun, time PKPP ni, banyak sebenarnya kedai makan I nak terjah. Tapi coz sampai sekarang belum bawak anak-anak keluar makan lagi, tetibe rasa awkward..hahaha. Esok pun baru nk start pergi ke ofis. I pun dah nk masuk 7 bulan preggy ni..Ngidam macam-macam time PKP ni..nak all out lepas ni. Hehehe

K, chow u guys.







Friday, 19 June 2020

Dinner @ RSMY Best Cheese Naan Diplomatik Putrajaya

Sebelum PKP hari tu, sempat menyinggah ke Sebelum PKP hari tu, sempat menyinggah ke RSMY Best Cheese Naan di kawasan Diplomatik Putrajaya. Kami pernah makan di cawangan Bangi. Ni kiranya first time nak cuba di cawangan Putrjaya pula. Time tu kami baru lepas bawak anak-anak berbasikal di Taman berdekatan. So lepas je dr tu, I ajak husband pi makan sini. Kedai ni bersebelahan dengan Dayang Sarawak Corner. Corner Lot lagi so kawasan dia agak besar jugak la.


Time kami sampai tu dalam kul 6 lebih tp ramai giler orang time ni. Semua early dinner la kot. So jom check menu dia dulu. Kami take time jugak la nak pilih. So last-last kami ambil satu Nasi Beriyani Ayam, Set Cheese Naan dengan Ayam Tandoori, add on garlic Naan dan Naan Biasa plus Keema Daging. I memang suka makan Keema ni. Kalo nak kuah kacang dhal tu, kena add on jugak. Air, husband terorder Lassi biasa. I order Ice Lemon Tea la. 

MENU

MENU

NAAN BIASA

GARLIC NAAN

NASI BERIYANI

Nasib makanan sampai agak cepat jugak la. Naan dia dimasak dalam bekas seramik tu. 
Ni Nasi Beriyani. Ziyad yang nak ni. Dia memang jenis pemakan. Alhamdulillah. Semua dia makan kecuali benda hijau. Hahaha. So bila tanya dia nk Naan ke Nasi, of course jawapan dia akan jadi Nasi. Portion nasi agak banyak jugak la. Terkejut. Kalo I, memang tak boleh nak habiskan tu. Dari segi rasa, for me, rempah dia agak kuat jugak la. Tapi ok je I tengok anak I makan. Habis licin. 

CHEESE NAAN AYAM TANDOORI

Yang ni pulak, Cheese Naan dengan Ayam Tandoori. Berebut kot anak-anak makan Cheese Naan. Dah macam pizza kan. I dapat la rasa secubit gitu. Yang lain, semua anak-anak makan. Yang Naan biasa dengan Garlic Naan diaorang tak sentuh pulak. Cheh..nak yang cheese leleh jer. Ayam Tandoori dia pulak, untuk kami, biasa saja taste dia. Tak berapa wow la. 

KEEMA DAGING

Yang ni, Keema daging. Sedap giler. Sedap dimakan bersama dengan Naan Biasa. Antara dish yang kami akan order. Tapi coz portion dia memang banyak n kami berdua je makan, so the rest memang tapau bawak balik la. Sambung tengah malam lak. 

Air dia lak, husband kata rugi x order Mango Lassi. Rasanya dia tersalah sebut. Nak sebut Mango Lassi, tertinggal mango dia. Haha. Hari tu, ada gak order time musim PKP. Bukan time PKP awal-awal la. Husband nye tempat kerja berdekatan dengan kawasan situ, so dia singgah kejap la. Kami order Cheese Naan tu la. Tu rasanya yang paling win. Leh top up cheese dia kalo nak. Tapi kami ambil yang biasa sahaja. 

#staysafe kengkawan


Monday, 15 June 2020

Lunch @ Restaurant Sana Sini D'Pulze Cyberjaya

#sebelumpkp

Banyak entry kedai makan yang tertunggak yang I terjah sebelum PKP hari tu. Time musim PKP ni, memang dah xde makan luar la. Rindu sangat nak makan kat luar. Tapi coz belum berani nak bawak anak-anak makan luar sekali, so kita tunggu bila semua dah redha sedikit. So ni restaurant I sempat terjah sebelum PKP. I bawak 2 anak I time tu. First time datang ke kedai ni. I sengaja datang sini coz I tau ada mini playground. So saja nak bagi anak-anak I main kejap lepas window shopping sedikit. 


I memang suka pg ke D'Pulze Cyberjaya tapi ikutkan banyak lagi kedai makan dalam D'Pulze yang I belum cuba lagi. Restaurant Sana Sini ni di floor (LG) yang sama dengan Jaya Grocer. Belah hujung, berdekatan dengan mesin ATM semua. Time kami datang hari tu, weekdays, and orang pun x ramai. Kawasan dia agak besar juga. Kalo nak buat party, memang sesuai jugak la. Yang syok dekat sini, ada FREE Ice cream EVERYDAY tau. Popcorn pun ada. 


Dari segi menu, I tak snap la pulak versi dekat. Hehe. Tapi hari tu, kami order Ginger Beef Kueh Tiaw & Fish n Chips. Air dia pulak, jenis Cup besar-besar tu. Xde nye small-small cup ni. Terbeli 2 lak tu so bawak balik la gamaknya. Service agak laju jugak kat sini. Makanan pun cepat je sampai. Ada macam-macam jenis makanan yang boleh diorder disini. Nasi Goreng, Noodles, jenis menu lauk pauk pun ada. 

FISH N CHIPS

GINGER BEF KUEH TIAW

I orderkan Fish n Chips untuk anak-anak I tapi last-last diaorang x makan pun. Tapau terus. Diaorg lagi suka menu I, Kueh Tiaw tu. Habis licin kami makan. Menu yang ni memang sedap. Portion dekat sini boleh tahan gak. For me, quite huge jugak la. Tu yang boleh bertiga makan tu. Lepas makan, terus diaorang ambil ice cream. Ntah berapa kali refill ntah. Tapi choices dia x banyak la. Tapi for me, its a plus point. Tak banyak restaurant yang ada this kind of service tau. Ada Free ice cream bagai. So memang sesuai untuk bawak anak-anak n family datang sini. 

RUANG YANG AGAK BESAR DAN CATCHY. WARNA WARNI

ADOI..ANAK SAPA TU..HEHE


Setakat ni belum sempat nak repeat lagi. Tak sure la time PKPP ni, mini playground dia buka ke x. Kebarangkalian tak bukak la kan. So apa pun, kalo korang datang ke D'Pulze Shopping Center Cyberjaya ni, boleh la singgah ke Restaurant Sana Sini. 

Chow
#staysafe





Thursday, 4 June 2020

Cupcake comel dari Keikeu

Hari tu I ada tournament bowling di Aeon Shah Alam. So lepas je habis main, I n the geng pergi jalan-jalan dalam mall tu. Sementara nak menunggu husband I sampai untuk ambik I dkt situ. So bila jalan-jalan tu, ternampak kedai Keikeu ni. Memandangkan booth dia sendiri kaler pink and sangat memukau, so kami menyinggah la sebentar.


So it turns out, its a cupcake place. So kami decide tuk minum-minum di situ. I pulak plan nak beli cupacke tu buat habuan untuk anak-anak I nanti. Comel-comel giler cupcake dekat sini. Jom lihat cupcake apa je yang ada ea. 







So last-last, this is what I picked out. So sementara tu, kami order air minuman dulu. Lepak2. Keikei ni berasal dari Korea. First cawangan dia dekat One Utama. Sekarang, dekat IOI City Mall pun dah ada. Latest outlet dia la. 



So, bila dah sampai rumah, anak-anak semua berebut. I paling suka yang itik tu la. Coz perisa Lemon. Carrot cake tu pun sedap. Yang ada krim putar oren tu. hahaha. Mostly memang sedap la. Tapi kalo terlebih cream, jadi tak berapa best jugak la. Coz manis. 

This one pulak, time I menang Giveaway dari Keikeu. So I redeem di IOI City Mall tempoh hari. Time tu dah malam so choices tak banyak sangat. This time, I banyak ambil jenis yang macam cake sikit. Paling sedap..Yang kaler ala-ala purple tu. Sweet Potato tu. Memang citarasa orang dewasa sikit la. Yang belakang tu, x silap, durian puff. Pun agak sedap. I redeem time birthday anak I hari tu. Hahaha. Kami kalo beli cake memang jarang nk habis. Kalo nak, beli satu atau dua slice je. 




Dekat Keikeu ni, boleh pilih 3 saiz packaging. Size yang I beli n dapat for Giveaway tu, size yang kecik tu. Muat for 5 pieces. Harga RM19.90. Nak pilih macaroons pun ada juga dijual disini. So kalo berminat, boleh check out their website --> Keikeu 

#sebelumPKP #staysafe


Wednesday, 3 June 2020

Roti Kaya Junus Resepi Asal Dapur Kayu

Hari tu, ternampak van ni berdekatan dengan Stesen Minyak Shell (berdepan Andorra Hospital). So bila tengok, dia jual Roti Kaya rupanya. Rasa mungkin roti ni viral kot tapi serious I tak tau pasal Roti Kaya Junus ni. Hehehe. Bila google, banyak jugak lokasi yang menjual Roti Kaya Junus ni. Bila nampak roti kaya ni, terus teringat zaman I kecik-kecik. Ada satu kedai di kampung, memang sedap ya amat Roti Kaya dia. Sampai ke hari ni, I tak pernah jumpa lagi mana-mana roti kaya yang boleh lawan kedai tu. 




So bila nampak Roti Kaya Junus ni, terus order kat abang tu. Time tu kena beratur jugak la coz abang tu akan buat terus Roti Kaya tu disitu. Bun roti dia dah siap2 ada la. Just nk letak kaya dia saja. Dia ada jual pulak Roti Kacang. Memang my favourite la. So I order satu bungkus Roti Kacang n satu bungkus Roti Kaya. 

ROTI KAYA & ROTI KACANG

ROTI KAYA

Balik dari membeli, try la satu bun. Still tak dapat nak lawan kedai kat kampung I tu. Tak dapat nak mengubat rindu. Roti Kacang dia pun biasa-biasa saja. Tapi tak ada la sampai menghampakan. Sedap tu still sedap tapi mungkin expectation I tinggi sangat kot. Hahaha. I teringinkan rasa dia seperti time zaman I kecik-kecik dulu. 

So rasanya kalo google, boleh jumpa Roti Kaya Junus ni kat pelbagai lokasi. Tapi tak sure dia ada lagi ke tak dekat Shell tu coz dah lama tak pergi kawasan sana. Rasanya nanti kena singgah jugak ni Kedai Roti Kaya dkt kawasan kampung I tu. 

K, chow for now. 



Monday, 1 June 2020

Lunch @ Restaurant Gegey Putrajaya

Throwback sebelum bermulanya PKP hari tu. Banyak sebenarnya entry yang tertunggak. Hahaha. So we take baby steps balik. Kasi setel entry yang lama-lama. 

Time ni I dengan husband apply cuti. Bukan berdating coz anak I Ziyad pun ada time ni. So time lunch tu, kami singgah di Restaurant Gegey di Presint Diplomatik Putrajaya. Time kami sampai, betul2 sebelum lunch hour. So belum ramai. Lepas je kami order, terus berpusu-pusu orang datang beratur. Konsep disini, kena order n bayar dulu. Macam fast food la kiranya.



Ada pelbagai juga menu dia. Nasib time kami order, tak ramai yang beratur belakang kitaorang. So kami sempat la membelek menu dia. Last-last I pilih Nasi Kerabu Ayam Percik. Untuk Ziyad, kitaorang order kan Nasi Gegey Ayam Cincang. Husband pulak order Spicy Ramen Chicken Chop. Tetibe lak tengahari tu makan Ramen. Selalu pekena nasi. 

NASI KERABU AYAM PERCIK

NASI GEGEY AYAM CINCANG

My verdict untuk Nasi Kerabu Ayam Percik, boleh la. Ayam percik dia agak sedap la. Tapi overall, biasa-biasa saja. Nasi Gegey Ayam Cincang dia pulak, not bad. Sambal dia agak sedap. Ayam dia pulak panas. Memang syok la. 

Yang ni yayah punya. Ok, untuk kaki tahan pedas, boleh cuba yang ni. Untuk customer macam I, yang jenis sambal tak pedas pun kata pedas, memang x sesuai. Hahaha. I suka makan makanan yang pedas, tapi perut I selalu tak boleh tolerate. So I akan restrain dari makan benda-benda yang pedas ni. Spicy Ramen Chicken Chop dia, memang spicy la, n agak sedap juga walaupun pedas. 


SPICY RAMEN CHICKEN CHOP

Overall, quite nice jugak tempat ni. Full pack kot time kami dine in hari tu. Tapi sejak PKP ni, I sendiri dah lama tak pergi menapak ke Presint Diplomatik. Harap2 kedai ni ada lagi la, coz for me, berpotensi. Makanan dia tak de la mahal giler. N service dia agak cepat jugak. So untuk weekdays yang selalu pack, memang agak sesuai la. Selain tu, antara feature menarik kedai ni, ada tempat khas untuk kanak-kanak bermain. Mini Playground gitu. So memang sesuai bawak anak-anak mai sini. 

MINI PLAYGROUND WITH SLIDES. 

KAWASAN MASAK MASAK

Lepas ni, lama lagi la nak makan di luar. Lagi2 nak bawak anak-anak. So kita tunggu sampai betul2 reda. Hopefully soon. 

Address: Jalan Diplomatik 1, Presint Diplomatik, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...