Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

Tuesday, 22 January 2019

Short Trip to Taiping : Muzium Perak

Lama tak pergi ke Muzium wei. Tak ingat bila last pergi. Short staycation kami di Taiping hari tu, kami masuk kan Muzium Perak antara tempat untuk kami lawati la. Kami singgah sekejap di Muzium Perak yang terletak berhampiran dengan Penjara Taiping. First time jugak kitaorang bawak anak-anak pergi Muzium. Probably next time, nak bawak diaorang pergi ke Muzium Negara pulak. 

SEBELUM MASUK..AMBIL GAMBAR DULU..TENGAH TERIK..SEMUA X DPT NAK BUKAK MATA



Serba sedikit mengenai Muzium Perak 

“Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi”

TEPI MUZIUM

MINI REPLICA MUZIUM PERAK

PENGENALAN

MASUK-MASUK JE TERUS NAMPAK BENDA NI

Muzium ni x berapa besar pun. Ada dua tingkat tapi tingkat atas dia kecik jer. Yang paling best dekat muzium ni, probably bahagian replica-replica binatang dan juga tulang2 binatang. Memang menarik la. Banyak juga replica dia. Rasanya kitaorang paling lama kat kawasan yang ni. Coz anak-anak duk tanya macam-macam. Sempat jugak la anak-anak bergambar dalam Muzium tu. Bangunan dia still cantik lagi. I suka design bangunan dia. 




GAMBO NGAN CIK NYET

PEACE U OLS


SEPAK TAKRAW




For me, tempat dia x berapa besar. Simple je muzium dia. Tapi anak-anak sememangnya seronok. Tempat baru kan. Price dia pulak, sangat berpatutan. 

Adult (MyKad) – RM2.00. Kids enter for FREE. Warga Emas dan OKU – RM1.00
Waktu Melawat – Isnin ke Ahad (9.00 am – 6.0 pm)

Time kami pergi tu, ada tourist dari Jepun, dalam satu bus jugak la. So ramai la jugak time kami masuk dalam Muzium tu. Overall, walaupun Muzium dia agak kecil tapi still menarik. Kalo sesiapa nak plan untuk ke Taiping, boleh masuk kan Muzium Perak ni sebagai salah satu destinasi lawatan. Banyak tempat untuk bergambar sekitar Muzium ni. Ada jugak gift shop. Kami setakat membeli Kitchen Magnet saja. Beli untuk dijadiikan kenangan..hehehe..dalam sejam lebih je kami kat situ. Lepas tu, mencari kedai untuk lunch pulak..K , chow guys!!


Address: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Negeri Perak


Thursday, 10 January 2019

Short Trip to Taiping : Novotel Hotel Taiping

Musim cuti sekolah yang lepas, kami decide tuk bawak anak-anak pergi jalan-jalan n tidur hotel. Plan asal nak ke tempat lain. Tapi kami lambat booking so kitaorang decide tuk ke Taiping. Tetibe je nak pergi ke Taiping ni. Kami x pernah tidur di Taiping lagi sebelum ni. Setakat jalan-jalan tu ada la. Husband pun setuju. Bila google tempat penginapan di Taiping, Novotel Hotel ni diantara yang dicadangkan la. So kami pun book 2 malam di Novotel Hotel Taiping. 

Musim cuti sekolah, so dah boleh agak la jem dia macam mana. Sepanjang perjalanan ke Taiping, jalan slow jer. Dengan accident bagai. Memang x dpt nak dielakkan la. Kami ikut jalan dalam, start dari sungkai, tapi still jem jugak. 

Novotel Hotel ni, dia bersambung dengan Taiping Mall, dan betul2 berdepan dengan Pusat Penjaja yang femes dengan Yong Tau Fu tu. Parking hotel ni pulak, di bangunan parking yang sama dengan mall just hotel parking atas lagi. Check in ke hotel ni pun cepat jer. Bilik yang kami tempah ni, x dpt pemandangan ke arah Bukit Larut tu. Kami dapat kearah bandar, to be more precise..ke bumbung taiping mall. Hahahaha. Memang kami tutup langsir je sepanjang di bilik. 

PINTU MASUK

LOBBY..ADA JUGA MINI CAFE..BANYAJ KEK DIA

Bilik dia, memang cantik. Serious x sempat nk snap gambar bila masuk bilik, coz anak2 terus jer melompat nampak katil. Kebersihan memang tip top la. Hotel baru la katakan. Tp hotel ni memang more to business visitors kot. Kalo tengok pada amenities dalam bilik tu, more functional untuk business traveller. Tp kami dengan anak kecik ni pun, boleh aja. Bilik xde la besar mana sampai boleh berlari2. Tapi cukup untuk buat anak-anak teruja dan gembira. Siap main2 dlm almari bagai. 

MAAF YE..ANAK-ANAK DAH MELOMPAT DAH

KETTLE AND MUGS

TV

ALARM CLOCK 

FRIDGE & SAFETY BOX

I LIKE THE LAMP

SHOWER

BATHROOM

BEST!! WANGI

Barang mandian dia, yang ni kitaorang suka. Unique, barang mandian berasaskan cane sugar tau. Sabun dia wangi jer. Kitaorang hari tu, xde ambil breakfast pun coz memang niat kitaorang nk breakfast kat luar jer. Lagipun, banyak kedai makan berdekatan dengan hotel. Tapi pagi tu kami lalu depan kawasan buffet breakfast dia. Nampak menarik gak. 

Dekat hotel ni jugak, ada swimming pool, gym dan jugak kids room. I xde masuk pool pun, just tengok kan anak-anak yang syok mandi pool. Tak lama pun kami mandi pool. Sementara husband pg ke gym, kami tunggu kat pool saja. Bersebelahan dengan gym ada kids room. Kecik jer tp ok la. Anak-anak I xde masuk pun. Diaorang x perasan ada bilik tu. 

Pemandangan dari pool memang best. Dapat tengok view bukit. Dengan kabusnye, memang agak sejuk jugak pagi tu. 

KIDS POOL

SWIMMING POOL

LANJE GAMBAR ANAK-ANAK BERMANDIAN

GYM

KIDS ROOM

Overall, location memang best. Bersebelahan dengan Taiping Mall dan juga berdekatan dengan pelbagai kedai makan. Facilities dan amenities setakat ni semua ok. Memang tip top la Hotel ni. 
So kalo ke Taiping, Novotel Hotel boleh dijadikan salah tu choice staycation korang. 

#lasttrip 2018
#dahkenaplanpercutiancutisekolahseterusnya

Address: No 1, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Negeri Perak



Tuesday, 13 September 2016

Short Trip to Taiping : Dinner @ Doli Kuey Teow

Sebelum bergerak hari tu pi ke Taiping, I dah start google2 tempat makan menarik di Taiping. Taiping ni boleh la dikira food haven jugak..banyak sangat cadangan bloggers2 yang lain kalo tuk tempat makan yang sedap di taiping..so memandangkan kitaorang sehari je kat sana..so x blh la nk cuba banyak sangat..i teringin nk makan di Doli..so apa lagi..turn on waze..its time to jjcm taiping

Memang macam luck hari tu..dapat parking betul2 berhadapan dengan kedai..takdir namanya tu..hehe
Doli ni kedai dia dekat kawasan rumah kedai..and jalan depan kedai memang one way jerr..nasib baik mr hubby terer jalan2 kt taiping ni..

DOLI..HERE I COME!!
Bila masuk je ke dalam kedai..dah hampir full house dah..tu dalam pukul 6 ptg..dinner ke minum petang tu..hahaha..menu dia x banyak..kalo dah sedap..x payah berjela-jela menu..sikit je menu dia tp kaw2 semua..usha punya usha..i order Kuey Teow Biasa, mr hubby order Mee Rebus dan untuk budak2..nasi ayam. 

SUASANA..
MENU
Xde la lama sangat tunggu..tp bila tengok makanan sampai ke meja sebelah..bau aroma dia..menusuk kalbu gak la..terus perut buat bunyi lagu sayu2…

Ni la rupa dia..the famous Kuey Teow Doli..ada gak td nk terorder yang besar..tp mr hubby dah buat muka semacam jerr..so trs x jadi..i suka order banyak2..tp last2 x habis..

KUEY TEOW GORENG BIASA
CLOSE UP SIKIT
My verdict on the Kuey Teow..memang kaw!! I mmg peminat kuey teow pun..tp dia punya ni..mmg sedap la..sedikit kering..tp still..i suka rasa dia..tup2 time I makan tu..Lily n Uzayr pun nk jugak..last2 diaorang x makan pun nasi ayam..duk mintak di suap kuey teow..patut order yg besar. ni..hehehe…last2 I kenyang jugak..

Mee Rebus mr hubby..sangat la pekat..nice!! kuah dia memang terasa la udang2 semua..tp tengok mr hubby mcm x kenyang..xpe..dia tukang habiskan nasi ayam si Ziyad..

MEE REBUS
Nasi Ayam dia..sedapp gak la..i suka sos cili dia tu..rasa dia unique sikit..tp overall..memang sedapp..

NASI AYAM
Memang patut la Doli Kuey Teow ni selalu menjadi tempat tumpuan bila datang ke Taiping..makanan dia tip top..layanan pun mantap..

K, dah kena gerak balik ke Putrajaya..jauh perjalanan ni..bubbye taiping..


Address : No. 5 Regat Tupai, 34000, Taiping, Perak, 34000, Malaysia
Phone : +60 5-841 0525





Short Trip to Taiping : Naik Swan Boat

Lama betul x naik ala2 paddle boat ni..last yg I ingat, time zaman dating2 dulu..hahaha..poyo je kan..dating pi naik paddle boat..konon romantic la kan..tu la aktiviti zaman2 remaja dulu..

So hr tu, bila pusing2 kat kawasan Tasik tu, ternampak la Taiping Lake Ride & Cruise..nmpk banyak sangat swan & paddle boat kat kawasan tasik tu..aktiviti riadah petang2..

Anak I si Ziyad dah start teruja..terus bg tau yg dia nak naik swan boat tu..memandangkan kitaorang xde plan nk kemana lepas tu..so ikut je la permintaan dia..cari parking dekat2 sikit ngan kawasan dia..so x yah jalan jauh sangat. 

Time kitaroang dtg tu..xde la ramai sangat..ramai yg tengah berkayuh..tp still banyak lagi swan/paddle boat yg x digunakan..

RULES & REGULATIONS
KALO X NAK PADDLE, SETAKAT AMBIK GAMBAR PUN BOLEH
 Yg ni kelakar..i duk snap2 gambar..bila nk check balik gambar yg I snap tuk harga ticket..rupanya I x snap pun harga ticket yg available..x nampak di sebalik kertas putih yg diaorang tampal..i pulak x berapa nk ingat..yg in-service time tu yg di bawah ni

Ticket A – Twin Paddle
Ticket B – Swan Paddle

So kitaorg ambik ticket B..boat yg besar sikit la..yg bleh memuatkan 4 people..Twin Paddle tu tuk couple2 la kan..hehehe..tp dr segi harga..x berapa nk ingat..maklum la..mr hubby yg bayar..hehehe

Jom usha sekeliling dulu..ada kawasan rides tuk kanak2..rides ni still pakai 50 sen yg lama tau..n sekali masuk duit jer..bg i..rides dia agak lama jugak..dalam 5 minit lebih rasanya each ride..rides kalo dekat shopping complex tu..dah capai rm1 atau rm2 dah..dah la sekejap..nasib baik la i ada duit dyiling 50 sen dalam beg..hahaha..ada jugak kawasan ikan dekat sini..

KAWASAN RIDES TUK KANAK KANAK
IKAN..KECIK JER KAWASAN DIA..
Petang tu..x ramai..lepas je beli ticket..tunjuk dekat pekerja kat situ..then diaorang akn bg life vest yang kaler oren tu..uzayr pun kena pakai..vest tu lagi besar dr dia..tenggelam uzayr..last2 I buka je..rimas lak I tengok..

READY DAH TUK NAIK BOAT
USHA PEMANDANGAN SIKIT
Dh agak dah..confirm la I ngan mr hubby yg akan kayuh..nak harapkan ziyad..terus kata dia penat..cheh..sabo je la..i dengan gigih kayuh..maklumla..berbaju kurung..hahaha..
I ingat xde la berpeluh sakan nk kayuh2 ni..rasa x larat sangat kaki nak berkayuh..ride ni untuk 30 minute..so kitaorang try la habiskan dlm masa 30 minute tu..walaupun I berharap sgt2 utk berkayuh sekejap je..x larat nk kayuh dah..getar kaki wei!!!

Lily n Ziyad memang seronok la..tengok pemandangan..tegur orang kiri kanan yg naik boat jugak..angin pun tiup2 sepoi2 jerr..so just nice la..

BANYAK LAGI
USHA PEMANDANGAN LAGI..
DAH NAK HABIS PUSING DAH NI..GETAR KAKI.!!
Nk kembali ke sini untuk paddle...no no no..hahaha..bukan sebab x syok..sebab kaki getar..nampak sangat x exercise..hahaha..apa pun, quite a nice experience. 


Thursday, 8 September 2016

Short Trip to Taiping : Jalan-jalan di Taman Tasik Taiping - Playground

Yeah, dapat pi jalan-jalan lagi..hahaha..kali ni sebenarnye nk pergi ke kenduri kawen budak ofis mr hubby. Kali ni, di Taiping. Lama dah x pg ke Taiping..Plan asal, nk tido sana…tp last2, x jadi..pergi balik hari saja..So pagi2 dah gerak dah pi Taiping. Stop makan breakfast dulu otw..lapo kot..sampai ke kenduri, dalam pukul 1 lebih..betul2 tengah peak hours..cuaca hari tu pulak..panas yang amat..berpeluh2..

Lepas pergi kenduri tu..kitaorang terus gerak pi ke Taman Tasik Taiping..nk jjcm..ehmm..baru je lepas makan..so jjcm petang sikit la..mula2 tu..ada gak terfikir nk pg ke zoo taiping..tp dah la x bawak stroller..dgn berbaju kurung lagi..menyesal x bawak baju spare..huhu..so last2 x jadi nk masuk ke zoo..xpe la ye..next time..kalo nk ke zoo ni..kena wat preparation sikit..kena ada air..makanan..proper kasut..jauh kot nk berjalan dalam zoo..pernah bawak bebudak ni pg ke zoo Melaka jer..tu pun penat nk pusing semua..hahaha..

Jom baca sikit pasal Taman Tasik Taiping ni 
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan taman tasik di bandar Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar.

Sampai ke Taman tasik dalam kul 3 lebih dah..cuaca memang terik giler..panas sangat hr tu..tengah pusing2 tasik, terjumpa kawasan playground yg agak besar..mula2 ingat nk tunggu redup dulu..tp bebudak dah x sabar..so belasah jer main dalam panas..nasib baik x demam budak2 ni..time ni, si kecik tido..so Uzayr n mr hubby duk beraircon dalam kete..i ngan Ziyad n Lily duk main n usha playground. 

SEBAHAGIAN PLAYGROUND DIA..
SLIDES NI MACAM BEST..ORG DEWASA PUN TERINGIN NK TRY..HEHE
AGAK BESAR PLAYGROUND DIA..
CLOSE UP SIKIT
MACAM SPACE SHIP PUN ADA
MACAM2 KALER SLIDES..PILIH SAJA
BANYAK POKOK2..
Menarik gak la..besar kot playground dia..tepi2 kawasan playground ni..byk kerusi2 dan shades untuk parents memantau anak2 ketika bermain..

Ada jugak orang jual2 berdekatan dgn playground ni..kitaorang sambar gk roti aiskrim..lupa lak nk snap gambo..duk syuk makan..dah x ingat nk snap2..

Habis jer main kat playgroud ni..kitaorang stat pusing tasik..ramai jugak hari tu yg ambik wedding photo sekitar tasik ni..pusing punya pusing..terjumpa lagi playground lain..memandangkan playground dia agak unique..so kitaorg pun berhenti la kejap..playground ni..x besar mana pun..tp still menanarik..

OCTOPUS PLAYGROUND
MENARIK TERTARIK
UNIQUE
Bila petang sikit tu..dah 2-3 kali gak la pusing tasik tu..lepas google2 tempat menarik di Taiping..kitaorg teruja jugak pasal Spritzer Ecopark..tp coz dah petang sangat..dan bertentangan dengan arah nk balik..so x jd nk pg..so kitaorang ke mana??? Kena la tunggu next entry pulak..hehe





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...