Showing posts with label MotherHood. Show all posts
Showing posts with label MotherHood. Show all posts

Thursday, 20 August 2020

4th Pregnancy : Shopping at Baby Warehouse Sale Quill City Mall

Alhamdulillah, dah masuk 3rd trimester. Dah start feeling neves dah. Al maklumla, 5 tahun last bersalin dulu. Banyak lagi sebenarnya barang baby and barang mommy yang I belum habis beli lagi. Breast pump pun belum beli walaupun dah usha yang mana nk beli. Tp for now, still ada yang lama. Tp memang nk beli yang baru jugak la. Barang2 baby, almost 95% done la. So hari tu, I ajak husband pg ke Baby Warehouse Sale di Quill City Mall. I dapat free hospital bag dari Mommy, Daddy & I. So nak pg redeem la. So lepas redeem bag tu, I sempat shopping sikit. Budak2 tak dibenarkan masuk so husband I jage diaorang sementara I shopping kejap. TQ husband. Chayang sangat. Hehe

Menarik jugak Baby Warehouse Sale ni walaupun kawasan dia tak berapa nak besar tapi semua barang ada. I memang dah aim beberapa booth la. So I terus pg cari barang yang I nak beli. Humaira antara salah satu la. I memang dah aim nk beli kain lampin dia. Memang seronok la bila dapat tengok depan mata. Selalu usha IG jer. Hahaha. 

Time I disana, ramai jugak preggy mommy kat situ. Tapi tak crowded la. So next, I mencari additional items tuk baby la. Setakat ni, dah beberapa kali buat scan, gynea dah inform, insyaAllah gegurl katanya. Memandangkan tak pernah bertukar dari awal scan sampai la ke trimester ke3 ni, so harap2 memang gurl la. Tapi I banyak jugak membeli yang unisex. Tapi hujung2 ni dah start membeli kaler2 pink. Hehehe. Mana leh tahan, comel2 kot. Jom usha gambar-gambar sekitar warehouse sale hari tu.












 

So, ni antara barang yang I beli di baby warehouse sale. Ikutkan memang macam2 nak beli tp tahan diri. Hahaha coz nanti terbanyak la. Tapi overfall for me, memang best la Baby Warehouse Sale ni. Untuk preggy mommies, kalo ada warehouse sale ni, I sarankan untuk pergi. Semua barang boleh dpt terus di sini. I kalo ke warehouse, confirm akan mencari nursing bra. Memang murah n banyak choice. Sempat I sambar 2 helai. I x beli banyak coz dah beli beberapa helai sebelum ni.


Barang-barang dari Humaira


K, dah stat leh kemas my hospital bag. Haha. Risau jugak kalo tetibe bersalin awal. 

Wish me luck guys. InsyaAllah Sept Baby. ☺

Thursday, 13 December 2018

QQ Baby Store Taman Equine

Lama x masuk kedai baby. Sejak baby pun dah besar, so xde la menapak ke mana2 kedai baby sangat. Hari tu, singgah ke Maybank Taman Equine. So terjumpa kedai baby ni. QQ Baby Store. Saja masuk coz nk tengok apa yang ada. Mana tau lepas ni ada rezeki anak no 4. Hehehe..Seronok tengok barang-barang baby. Rasa happy jer n geram..coz barang-barang semua comel2. 

WELCOME!!

MITTEN, BOOTIES..

RM5

RM3 JE

ACCESSORIES

DIAPERS, SELIMUT & TOPI..COLOURFUL

PELBAGAI JENIS ROMPERS YANG CUTE 

Masuk-masuk jer, terus ada jualan murah di bahagian center kedai. Ada jual rompers, topi, mittens. Untuk ibu-ibu yang  tengah mencari barang-barang untuk newborn, dekat sini memang banyak. Stroller & baby car seat pun ada dijual kat sini. Yang paling rambang mata, adalah kasut2 baby la. Geram jer I tengok. Barut berwarna pun ada dijual. 

GERAM SANGAT TENGOK KASUT BABY

BARUT

Dekat bahagian atas dia pulak, untuk bahagian kanak-kanak dalam lingkungan 1 ke 4 tahun la. I sempat jugak sambar 2 helai baju untuk Uzayr. Tp kena check size la ea. Ada yang tulis 3 tahun tapi size dia kecik sedikit and size dia berbeza ikut baju. So kena check dulu la sebelum membeli. Ada baju tidur, baju set jalan..dresses..baju kurung pun ada tau dijual kat QQ Baby Store ni. Memang rambang mata.

BAJU KANAK KANAK

BAJU KANAK KANAK

BAJU KANAK KANAK

GIRL'S DRESSES

BAJU KURUNG

For me, harga dia sangat affordable. Variety pun banyak. Tapi coz I memang xde barang specific yang I tengah duk mencari, so xde la membeli sakan. So kepada parents yang tengah mencari barangan baby tu, leh la singgah sini untuk menyopping

Address: 22, Jalan Equine 9b, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Saturday, 14 July 2018

BONDAHAVEN, your Friendly Motherly Breastfeeding Specialist & Spa

Siapa yang x suka dipampered. Sebagai seorang ibu yang sibuk, pagi sibuk dengan hal kerja di ofis, lepas balik  kerja pulak, sibuk menguruskan anak-anak dan hal rumah, everyday is a never-ending story. So bila dapat bernafas sedikit, terasa la badan kita sebenarnya sengal-sengal, sakit pinggang dan sememangnya kadangkala, terasa seperti kehabisan tenaga. So bila dapat extra “ME TIME” boleh la manjakan diri dengan pergi ke Spa dan juga Tempat Urutan yang sesuai. 

Baru-baru ni, I dpt mencuba Traditional Malay Massage di Bondahaven yang terletak di Bandar Puteri Kajang. Bondahaven ni berdekatan dengan Tesco Bandar Puteri. Berpandukan Waze, insyaAllah x sesat. Bondahaven ni terletak di kawasan atas rumah kedai ye. Signboard besar gitu.

No 2-3 , 3rd Floor, Jln Puteri 2A/2,
Bandar Puteri Bangi
43000 Kajang
Selangor Malaysia
(5 mins from Putra-Mahkota exit on PLUS highway)

Contact Details
hello@bondahaven.com
+603-89122221

WELCOME TO BONDAHAVEN

TEMPAT MENUNGGU

Bondahaven ni, adalah the first Holistic breastfeeding in Malaysia yang integrate sekali dengan Modern Science with Traditional Maternal Care. Urutan and service semua diuruskan oleh pakar-pakar physio yang sememangnye terbaik dalam bidang meraka. Memandangkan I belum pregnant lagi, planning to, tapi belum lagi, hehehe dan jugak bukan sedang breastfeeding, so I ambik Traditional Malay Massage. Ada juga urutan untuk ibu-ibu yang pregnant. Tp di galakkan bagi mereka yang 16 weeks above ye. Yang bestnya disini, meraka akan bertanyakan pasal pressure urutan tu sebelum memulakan sesi. I pilih yang light coz I memang jenis x berapa tahan sangat bab-bab urut ni. Kalo tekanan kuat, ada masa leh mengalirkan air mata. Hehehe. 

SERVICE..I AMBIL TRADITIONAL MALAY MASSAGE

PELBAGAI BARANGAN DIJUAL DISINI

HERBA-HERBA

MINUMAN HERBAL TEA

Dekat Bondahaven ni, bukan setakat ada service spa dan urutan, juga terdapat pelbagai package yang merangkumi selepas berpantang, ketika menyusu, barangan retail pun ada dan juga consultation. 
Hari tu, sebelum memulakan sesi, I diberi minum Herbal Tea. Sememangnya menghangatkan badan dan membuatkan kita rasa lebih relax. Boleh juga upgrade kepada Bird’s Nest, tp ada extra charge RM12. I x pernah try so x berani lagi untuk mencuba. 

LOCKER

HUSBAND & ANAK-ANAK LEH TUNGGU DI SINI..

Dekat sini, barangan kita akan disimpan rapi dalam locker. Kunci pun kita yang akan pegang. Facilities seperti toilet, surau, tempat menyusu, dan juga waiting room untuk husband dan anak-anak menunggu pun ada. A definite eco-friendly place that caters all needs. 

MERENDAM KAKI

Lepas simpan barang semua, I dibawa ke tempat untuk merendam kaki. Sesiapa yang nk buat pedicure atau foot massage, di sini la tempat dia. Sedikit garam akan ditaburkan kedalam mangkuk air, dan kaki kita akan direndam sekejap dalam tu. Bak kata orang-orang tua, kena basuh kaki dulu, supaya badan x terkejut. 

KAWASAN BERURUT DI LANTAI

MY AREA

Then, I terus di bawa ke bilik untuk berurut. Di sini, ada pelbagai jenis bilik. Setiap bilik ditentukan untuk service-service yang tertentu. Untuk yang scrub atau yang memerlukan rendaman, ada bilik khas dimana ada jakuzi dan bilik air, bagi menyenangkan lagi pergerakan. 

Ni tempat urutan I. I pilih Juniper Oil, dimana minyak ni, sesuai untuk membuang angin-angin jahat. Nasib baik la I xde membuang angin kat situ. Kalo x, kesian orang sebelah. Hahaha. Minyak lagi satu, Tropical Energy, adalah minyak untuk menyegarkan badan. More to energized. 
Urutan kali ni, a bit different dari tempat-tempat lain yang I pernah pergi. Bermula dulu dengan urutan di kaki, dan berakhir dengan urutan di kepala. Cara urutan pun sedikit berbeza. Tapi for me, I suka. Sesuai dengan citarasa I. Pakej yang I ambil, adalah 90minutes Traditional Malay Massage. Sememamngnye a relaxing and unstressful 90 minutes. Seronok bila ada orang urut-urut ni lagi-lagi bila badan kita memang tengah sengal-sengal. Rasa fresh je.

Habis je urutan, kita akan diberi air minuman Herbal Tea lagi sekali bagi menyegarkan lagi badan kita. Minyak yang dekat badan kita pun, disuruh untuk dibiarkan selama dua jam, supaya essence dia dapat meresap ke dalam badan kita. I lebih 2 jam la. Lepas berurut, teus shopping. Hahaha. 
Semasa I berada di situ, ada seorang pregnant mom tengah buat sesi urutan jugak. I x tau la cara sebenar urutan utk pregnant mommies ni coz I sendiri xde pengalaman but future wise, probably I akan mencuba. 

SILA DATANG YE!!

Kepada mereka yang mahu mencuba services di BondaHaven, boleh mendapatkan diskaun 15% on all service bila sebut nama I. Hehe. Effa Ezzwin aka mrsenoxis ❤❤

Have Fun Guys!!

Monday, 2 April 2018

Menu Inspirasi dari Dumex Dugro

After event Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro tempoh hari, kami diberi buku resipi yang mengandungi 6 menu items yang boleh dicuba oleh kami semua. So weekend hari tu, I mencuba salah satu resipi dari 6 menu items iaitu Kebab Ikan Comey. Mengikut resipi yang diberi, pakai ikan dory. Tapi memandangkan anak-anak I x berapa nk makan ikan dory, so I gantikan dengan Udang. Kita ubah suai sikit ikut cita rasa anak-anak sendiri. Anak-anak I memang a big fan of udang. Kebab Ikan Comey ni ala-ala food on a stick. Kita cucuk bahan-bahan yang telah diperap semua, dan di masak kemudiannye. Budak-budak memang suka makan makanan yang dicucuk ni. 

Bahan-bahan yang I guna, I ikut citarasa anak-anak I. 
The below is the original recipe:

Bahan-bahan
130g kepingan ikan dory, dadu 10
5 tomato ceri, dibelah 2
10 potongan brokoli, dicelur
1 sudu besar kicap manis
½ sudu besar sos plum
1 sus besar minyak jagung
Hirisan salad untuk sajian

Sos
3 sudu besar susu Dugro®
2 sudu besar air suam
2 sudu besar Thousand Island Dressing
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Gaul ikan, tomato, brokoli, kicap dan sos plum. Biar 10 minit
2. Cucuk ikan, tomato, brokoli pada lidi koktel
3. Panaskan minyak, masak kebab sehingga ikan masak
4. Untuk Sos, kacak semua bahan sehingga sebati. Titiskan ke atas kebab


KEBAB UDANG COMEY

SUSU DAN MAYO JEPUN

MARINATE UDANG, BROKOLI, NENAS DENGAN SOS

Untuk resipi yang I guna, I gantikan ikan dory dengan udang. Tomato ceri tu pun I gantikan dengan nenas. Bagi rasa manis dan masam2 sikit. Sos plum tu juga, I gantikan dengan sos tomato. Semasa memasak udang tu pun, I gunakan sedikit butter instead of minyak. Udang and butter always a good combo. Hehe.

Ini la dia hasil ‘twist’ Kebab Udang Comel..hehehe. Anak-anak memang suka la. Habis semua disambar. Walaupun sayur tu I nampak ada yang letak tepi. Tapi udang tu memang habis licin di makan. Senang saja penyediaan dia. Leh settle dalam 15 minute untuk penyediaan bahan. Untuk marinate, lagi lama lagi sedap la. So boleh marinate malam sebelumnye dalam peti sejuk (dalam masa 12 jam), dalam bekas yang tertutup ye. Senang saja. Lagi-lagi untuk ibu-ibu yang busy macam I ni yang terkejar-kejar apabila balik dari bekerja. Boleh sediakan malam sebelumnye.  Balik aje, terus leh ready kan kebab untuk anak-anak. 

SORRY LA LIGHTING OUT SIKIT. NAMPAK TERANG. HUHU. YG PENTING SEDAP. HEHE

Another resipi yang I cuba sendiri pakai susu Dumex Dugro untuk anak-anak I adalah Peanut Butter Banana Dugro Popsicle. Anak-anak I memang penggemar ais krim. So this time, I nak try buat peanut butter ice cream. Menu ni xde pun dalam resipi tapi coz dah teruja, teruskan buat dessert pulak pakai Susu Dugro.

Bahan-bahan (6 batang ice cream).
2 Biji pisang (yang besar)
2 Sudu besar peanut butter. (I pakai Ladies Choice yang smooth. I x mau yang crunchy2 tu)
½ Cawan susu Dugro® (2 sudu susu Dugro® campur dengan air suam)
1 Sudu kecil gula (boleh guna madu juga)
½ Ekstrak vanilla

Cara Penyediaan
1. Blend semua bahan di atas. 
2. Tuangkan ke dalam mold ice cream (I beli dari Ikea)
3. Bekukan dalam masa 6 jam, atau sampai solid. 


BAHAN-BAHAN UNTUK POPSICLE

DI BLEND

MASUK KAN DALAM ACUAN

BEKUKAN

Tadaa..ini la dia hasil dia. Peanut Butter Banana Dugro® Popsicle. Sangat sedap K. Penuh dengan rasa peanut butter yang berlemak. Orang dewasa pun suka. Anak-anak memang suka habis la, dapat aiskrim la katakan. I guna peanut butter cause anak-anak I memang suka sangat makan peanut butter. Kekadang kena sorokkan botol peanut butter tu. Kalo x, tau-tau je diaorang dah makan begitu saja. 


SIAP DAH. ICE CREAM DIA AGAK PEKAT SIKIT. NEXT TIME, KENA ADD ON CHOCOLATE..

Harapan I adalah untuk memberikan makanan yang sihat dan terbaik untuk anak-anak. Walaupun kekadang masa menjadi penghalang, di mana sebagai ibu bekerjaya, terpaksa kejar masa untuk settle kan semua benda, termasuk la memasak dan menyediakan makanan untuk anak-anak. Walaupun, anak-anak I boleh juga dikategorikan seabgai picky eater, tapi setakat ni, mereka akan makan apa jua masakan yang I masak untuk mereka. Terharu coz I sendiri tau I x berapa arif bab-bab masakan ni. Jadi I akan buat sebaik mungkin bagi memberikan anak-anak makanan yang terbaik untuk tumbesaran mereka. 

Ditambah pulak, anak-anak I memang x boleh ketinggalan minum susu Dugro® setiap hari. Celik mata je mintak minum susu. Hahaha. Pakar nutrisi recommend pengambilan dalam 2-3 gelas dalam sehari. So setakat ni, anak-anak I memang mengikut piawaian recommendation pihak Dumex Dugro la. Hehe. Diaorang memang selalunya minum 3 kali sehari. Apa pun, I really do hope that there will be more future events organized by Dumex Dugro. Memang banyak sangat membantu dalam memberikan info berkenaan kepentingan nutrisi anak-anak. Keep it up #teamdugro.

For more info please visit Dumex Dugro Facebook Page -->click HERE




Monday, 26 March 2018

Sesi Mama-Mama Penyayang Dumex Dugro Event

Dua minggu lepas I attended satu mommies event by Dumex Dugro, “Sesi Mama2 Penyayang Dumex Dugro”. Anak-anak I sememangnye minum susu formula Dumex Dugro ni. Memang satu experience yang luar biasa bila dapat bersama-sama dalam event tu. Event ni encourages mommies-mommies untuk berkongsi dan juga belajar from one mommy to another. Ramai pernah dengar pasal susu Dumex Dugro ni kan. Susu Formula Dumex Dugro ni dirumus dengan lebih lagi DHA*, Omega 3 dan Omega 6 serta lcFOS unik, serat untuk para ibu yang sentiasa ingin memberi Si Manja mereka lebih lagi nutrisi.

MY FIRST TIME JOINING DUMEX DUGRO EVENT

Dumex Dugro® mengandungi kandungan DHA tertinggi*. DHA adalah komponen utama otak dan retina mata. Dugro® juga mengandungi Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 & Omega 6 adalah acid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya mesti diperolehi daripada makanan ataupun susu formula. Pengambilan Omega 3 dan Omega 6 yang secukupnya dapat membantu pembelajaran dan pemikiran Si Manja.

Dumex Dugro® merupakan satu-satunya jenama yang mengandungi IcFOS (long-chain fructooligosaccharides), sejenis serat.

Dengan ramuan yang memberikan si kecil penuh nutrisi, sememangnya ramai mommies-mommies di luar sana yang menjadikan susu Dumex Dugro sebagai pilihan untuk anak-anak.

Semua yang hadir dalam event hari tu adalah mommies-mommies semuanya. Seronok apabila dapat berjumpa dan berkongsi pengalaman dan tips-tips parenting masing-masing dalam event tu.

Semasa di event tu, kami dikejutkan dengan kehadiran celebrity Chef, Chef Lin dan juga dua artis yang sememangnya cukup terkenal. Two hot mummies which are Yana Samsudin dan juga Diana Amir. Seronok jumpa artis. Haha. Topic event kami hari tu adalah “6 days dinner recipe menu that are affordable, simple and nutritious”.  Bersama-sama dengan Chef Lin hari tu, kami diberi tips dan cara-cara menyediakan menu-menu yang ringkas dan simple menggunakan susu Dugro dalam masakan harian untuk anak-anak.  Chef Lin juga telah membuat demo masakan menu-menu dengan mengunakan susu dugro. Chef Lin makes it so easy. Nampak mudah dan cepat je bila Chef Lin buat demo. During demo tu, kami diberitahu yang kitaorang semua kena masak dua hidangan yang sama dengan apa yang Chef Lin masak. Oh My!! Hahaha. Cabaran diterima. I sendiri tak pernah terfikir nak gunakan susu dugro sebagai salah satu ingredients dalam masakan untuk anak-anak. Memang an eye opener. Rupanya pelbagai menu kita boleh pelbagaikan dengan menggunakan susu Dumex Dugro ni. Yana dan Diana juga banyak menghidupkan suasana di mana mereka juga banyak memberi pertanyaan dan juga berkongsi pengalaman dengan anak-anak mereka.

 6 menu yang dipamerkan 

BURGER AYAM SAYANGKU

PASTA SI MANJA

NASI GORENG MERIAH

QUICHE AYAM CENDAWAN

BUBUR IKAN RIANG RIA

KEBAB IKAN COMEL

Di event tu, kami diberi dua resipi untuk kami hasilkan. Cooking Class bersama-sama dengan mommies-mommies semua. Berdebar jugak la kan. Haha. Nasib baik kami semua buat secara kumpulan untuk menghasilkan 2 resipi yang diberi iaitu, Quiche Ayam Cendawan dan juga Kebab Ikan Comel. For me, resipi dia sangat mudah dan rasanya sangat sedap. Bukan kanak-kanak aje yang suka. Orang dewasa pun suka. Sebagai seorang ibu yang berkerja, memang perlukan masa untuk menyediakan makanan yang sihat dan cepat untuk anak-anak ni. Tapi dengan adanya menu-menu ni, ia memberikan kita mommies ni the inspiration to try. Dalam 30 minit, pelbagai menu boleh dihasilkan untuk si kecil.

 
MEMASAK PUN KENA ADA STYLE, SAMBIL2 TU BERGAMBAR DENGAN YANA DULU

WORKSTATION HARI TU. 

AHLI GROUP MOMMIES
SEBELUM KE OVEN

HASIL TEAMWORK 

Habis jer sesi masak-masak, mesti la sesi makan-makan pulak. Sedap hasil tangan mommies-mommies semua. Makanan penuh kasih sayang. Sesi Q&A di penghujung event juga memberi banyak sangat information yang sememangnye berguna. Bersama-sama hari tu, diantara pasukan Careline Dumex Dugro yang sememangnye arif pasal nutrisi anak-anak. Ramai yang bertanyakan soalan pasal penyimpanan dan penyediaan makanan untuk si kecil. Dugro sangat professional dan sangat proactive dalam memberikan response kepada participants semua.


CARELINE DUMEX DUGRO YANG SANGAT EXPERIENCE 

SESI Q&A

Kalo korang nk tahu, Dumex Dugro ni ada 24x7 Careline tau. Penasihat pasukan Careline Dumex Dugro terdiri daripada para ibu, bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia mendengar dan menawarkan nasihat untuk anda dan Si Manja. Boleh menghubungi 1800 38 1038 untuk meyuarakan sebarang masalah berkenaan anak anda.

Dumex Dugro sememangnya banyak membantu mommies-mommies dengan memberi sokongan dalam journey mommies’ semua untuk membesarkan anak-anak. Jadi mommy ni banyak cabaran dia. Memang kena equip kan diri kita dangan ilmu pasal parenting dan nutrisi anak-anak. Events like this, which are organized by working mommies for mommies like us, memang sangat terbaik.

Pengalaman I sendiri apabila join event hari tu, memang best la. Dapat bersama-sama dengan rakan media semua, berkongsi tips, dapat pulak jumpa Yana, Diana Amir dan juga Chef Lin, yang mana mereka juga banyak bertanyakan soalan dan memberi positive feedback. Pasukan Dumex Dugro Careline juga sangat berpengalaman. Antara tips-tips yang menarik adalah cara penyimpanan makanan. Tips to freeze food. Lepas masak semua, pastikan kita bekukan item makanan tu satu persatu ye. To be frozen individually. I selalu kalo nk bekukan, bekukan semua sekali. Memang satu tips yang I sendiri tak tau sebelum ni. Kekadang sebagai ibu ni, x sempat nk menyediakan makanan bila balik dari keje. So bila kita bekukan makanan siap2, senang je untuk kita lepas tu panaskan makanan tu untuk anak-anak kita. Kami diberi 6 resipi menu sihat. Kebab Ikan Comel, Bubur Ikan Riang Ria, Nasi Goreng Meriah, Burger Ayam Sayangku, Quiche Ayam dan Cendawan Enak dan juga Pasta Si Manja. Wah..x sabar nak mencuba. All six menu ni, memang sesuai untuk ibu bekerjaya yang busy macam I ni. Hehe

BERGAMBAR DULU DENGAN ARTIS SEBELUM BALIK. KENANGAN

Before heading back, kitaorang semua dapat goodie bags from Dugro. Thank you so much for all the items. One that caught my attention, was the Play Mat. Now, Dugro tengah offer gift with purchase, the 2-in-1 Playmat + Storage Bag. This Playmat + Storage Bag memang sangat berguna. Anak-anak siap berebut kot. Beli mana-mana 2 Pek 900 gram (Any variant & While stock last tau), boleh dapat this 2-in-1 Playmant + Storage Bag. Three designs all together. I got the pink one. Banyak kegunaan Playmat + Storage Bag ni. Its good for story telling and playtime for the kids, storage, pack for picnic and its washable. A feature mommies semua memang suka.

PICS FROM DUEMX DUGRO WEBSITE

Untuk more info, boleh dapatkan di website Dugro tau. Click disini : DUMEX DUGRO

Event tu telah berlangsung :

Date : March 18th
Time : 10am-2pm
Location : The Cooking House, 173, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hopefully there will be more events like this in the future. Looking forward to one.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...