Showing posts with label Memancing. Show all posts
Showing posts with label Memancing. Show all posts

Friday, 22 November 2019

Short Weekend Getaway di D’Bukit Homestay Rembau


Kami ke resort ni pada September yang lalu. Sebenarnya I dah lama riki-riki tempat ni tapi bila tanya, asyik full house jerr. So hari tu, secara tak tersengaja, I nampak dekat FB, dia inform ada kekosongan, rasanya mesti sebab ada orang cancel last minute coz lima2 chalet tu open. So I terus inform husband, I nak book. Coz jarang ada peluang kosong tempat ni. Husband pun on jer, lagi pun, Rembau dengan Putrajaya, tak de la jauh mana pun. So terus I book satu rumah. 

Dekat D’Bukit Homestay ni, ada 5 biji chalet. Ada Rumah ABAH, Rumah MAK, Rumah ACU, NGAH & LONG. Kami hari tu, ambil rumah MAK, coz kami nk ruang besar sikit. Ada queen bed dan 2 extra Toto. 

So, bermula la episode kami ke short weekend getaway ke D’Bukit Homestay Rembau. Kenapa I dah aim tempat ni?? Coz ada kawasan untuk memancing. Hehehe. Itu antara main point kenapa I pilihla. Selain tu, ada swimming pool yang besar dan kawasan yang private la. 



Jalan nak masuk ke chalet ni agak ke dalam sedikit la sampai kami pun was-was, betul ke ni. Hahaha. Nak kata off road tu, tak la sangat tapi masuk ke dalam kawasan hutan sedikit la. Sampai-sampai jer, kami customer pertama yang sampai. N masa tu, dah nak start hujan. Nasib baik rumah kami, betul-betul dekat dengan kolam pancing dan kawasan depan. So bila dah hujan tu, xde la kami basah sangat coz kena angkat bag bagai. Chalet dekat sini ada banyak tangga tau. Kena hati-hati coz senang nak tergelincir atau tersadung. Owner dia pula sangat friendly. Senyum je sentiasa

RUMAH KAMI - RUMAH MAK


TOTO


Anak-anak I lak bila sampai, terus tak sabar nak mandi. Tp coz hujan lebat, tak dan la nak mandi kan. Tunggu reda sikit, terus I bagi diaorang green light and sepantas kilat gak rr, diaorang pg. Husband pun sampai2 jer, terus setup untuk memancing. I sebegai mandor ni, duk menjaga budak2 mandi saja. Nak mandi, sejuk ooo. So I jadi tukang photographer

Lepas tu, baru yang 4 rumah lagi datang untuk check in. N yang bestnye, ada ramai kanak-kanak. So anak-anak I memang ada banyak kawan la. Terus jadi geng dah. 



Dekat sini boleh juga sewa BB Pit dan kitchen. Memandangkan kami just berlima, so bawak makan & bekal siap2 la. Pagi tu kami order breakfast dekat luar. Owner dia bagi no fon untuk kami order. 

Kawasan memancing dia xde la besar mana tp just nice. Ada dua kolam. Nampak ikan dia berenang sana sini tp tak mau dimakan umpannye tu. Ikan pun dah bijak dah skang. Malam tu, ada sorang penginap tu dapat ikan jenahak. Besar lak tu. Tapi ikan jenahak tak leh bawak balik. Ada ikan tertentu saja yang dibenarkan bawak balik. Ikan patin pun ada yang dapat. Yang paling besar lak tu owner dia kata dia pernah nampak. Kami dapat Talapia je hari tu. Ok la dari takde. 



Overall for me, tempat ni memang sesuai sangat tuk buat family day. Kawasan dia sangat cantik ok. Chalet semua dari kayu, dan pemandangan pun memang indah sangat. Malam agak sejuk la, rumah kampung kan. Coz ada 5 chalet sahaja, so kalo tempah semua sekali gus (family day), dpt la privacy terus dekat chalet tu. Boleh terus check dekat FB dia ye, nama D'Bukit Homestay.



Friday, 23 August 2019

Fishing and Birthday Trip : Nelayan 3 Chalet Lumut

For my birthday bulan lepas, I cadangkan dekat husband untuk pergi bercuti sambil memancing. Memandangkan I pun dah start active dengan hobby baru ni, so kami dah start mencari chalet-chalet atau resort yang boleh buat activity memancing sekali. For husband’s birthday last January, kami ke Ajlaa Resort. Boleh baca di sini untuk trip kami ke sana tempoh hari.

So untuk birthday I, I cadangkan ke Lumut Perak, di Nelayan 3 Chalet. Tempat ni terpencil jer. I terjumpa chalet ni time I tengah google-google pasal tempat memancing. So lepas baca review semua, kami pun setuju untuk kesini. Lagi pun, ni kiranya first time I nak memancing di Laut Air Masin. Selalu nye di sungai atau tasik jer. 

Kami ambil chalet yang ada balcony memancing sekali. Ada dua buah chalet jer yang ada balcony. Chalet Tanjung namanya. Kami gerak agak pagi jugak la coz agak jauh jugak Chalet ni. Kami bersarapan di rumah dulu then baru gerak ke sana. Untuk tengahari pulak, kami singgah di Nasi Bamboo Sungai Klah. Antara tempat yang I teringin sangat nak makan. Time kami sampai, dalam 12 tengahari. Belum pack giler lagi time tu. Parking pun banyak lagi. Giler banyak lauk pauk disini. Kalo boleh, banyak benda yang kami nak cuba. Tapi kami pilih ikut kemampuan perut saja. Tadaaaa!!

NASI BAMBOO

LUNCH. 

Lepas makan, kami sambung perjalanan. Dalam kul 3 jugak la kami sampai ke Chalet. Sampai-sampai jer, kami terus pasang joran semua. Jiran sebelah kami dah masuk n dah start memancing dah pun. Ni dia, gambar2 balcony kawasan tempat kami memancing dan gambar kawasan sekitar. Bilik dia pulak, comel saja. Ada 2 single bad, bilik air, tv & aircond. Sebelum kul 4, joran dah baling dah. Kawasan balcony dia agak besar jugak la. Kami siap bentang tikar bagai kat situ. Senang anak2 nk bermain or makan2.

BILIK COMEL KAMI. 

VIEW BELAH KIRI

TERMENUNG FIKIRKAN..BANYAK IKAN DALAM TU

JORAN DAH TERSEDIA

BALCONY. YANG KAT PINTU TU KONON POSING. HEHEHE. KASI CHANCE LA

BALCONY. TIME NI NAK BALIK, SO KAMI SIAP BASUH LANTAI.TENGAH TERIK SO CEPAT KERING

CHALET KAMI

TEMPAT MEMANCING

TEMPAT MEMANCING

ANTARA CHALET2 YANG ADA. WARNA WARNI

LALUAN NAK KE CHALET KAMI

ANTARA CHALET2 YANG ADA

Kawasan dia agak tenang jer. Memang betul2 di muara. Time petang tu, x ramai pun yang memancing di kawasan situ. Tp petang tu, anak-anak dah inform nk mandi pool. So I bawak diaorang pi have fun dekat swimming pool. Agak besar jugak la pool dia kat situ. Budak2 ni seronok la lagi2 ada geng2 yang mandi jugak. Gembira I tengok anak2 berkawan. Siap tanya, leh tak nak pergi ke bilik budak tu. Coz budak tu ajak lawan beyblade kat bilik dia. Cheh, sabar je la. 

POOL

THE POOL

KANAK-KANAK RIANG

Malam, husband keluar jap cari makanan. Ada kedai2 sepanjang perjalanan ke chalet ni. Tapi kat sini, nyamuk giler banyak. Nasib baik jiran kami bagi kitaorang ubat nyamuk n ubat spray dekat badan tu. Lega la sikit. Kalo pagi n petang lak, kawasan situ penuh dengan lalat. mungkin sebab ada bau2 ikan atau seafood. So lalat sentiasa ada. Tak tau nak halau cm ne dah.

Petang n malam tu, I x dpt ikan pun. Dapat rasa tarik2 jer. Pagi tu baru I dapat. Tu pun anak2 ikan saja. Ziyad lak, siap dapat 2 sekali. Ketam n Tuka serentak. Patut joran sampai melengkung. Hebat anak I. Seronok dia. I, dapat la beberapa ekor anak ikan. Semua kami lepaskan. Ketam tu pulak, kami ambik, Husband pun dapat ketam gak, so petang tu, apa lagi..terus masak Maggi Ketam. Perghh..sedap giler kot. Ketam fresh. Boleh lupa nak ambil gmbr maggi..excited nak makan punya pasal.

ANTARA HASIL TANGKAPAN ZIYAD

Habis je check out, kami singgah sekejap dan bersantai di Teluk Senangin dan Lumut Waterfront. Rehat2, makan2, dan chill kan diri. Dekat Lumut Waterfront ni ada banyak playground. So anak-anak memang seronok la. Habis main jer, minum ABC lak.
By 6, kami dah mula gerak balik ke Putrajaya.

ANGIN SEPOI2

MAIN PLAYGROUND SEKEJAP

MINUM PETANG

Overall, chalet ni ada pro n cons. Plus point, ada pool dan rumah khas tuk memancing. Tapi coz hasil tangkapan x berapa umph..x seperti yang digambarkan, so just a bit kecewa. Teringin jugak nak dapat Siakap, tp x kesampaian tp still ok la, coz I dapat Baby Gelama. Baby pun baby la. Tapi I lepaskan balik dgan harapan dia jadi besar. Hahaha. Dapat ikan ni memang suatu rezeki dan sepanjang memancing ni, memang mengajar erti kesabaran. Bukan rezeki kami hari tu. Apa pun, I dan family seronok sangat. Dapat memancing dari petang kemalam ke pagi. Serious..berapa jam je kami tido. Fun giler and thanks to my husband yang supporting sangat. Love you.

Kami dah plan dah trip seterusnya..tunggu..hehehe



Tuesday, 25 June 2019

Birthday & Fishing Trip to Ajlaa Village Resort Hulu Langat

Our first trip for 2019. Tahun ni, belanja husband untuk short getaway trip sempena birthday dia Januari lalu. Lama dah trip ni sebenarnya, baru sekarang nk update. Hehehe..Sambil bercuti, sambil activity memancing sekali. So lepas google2 semua, akhirnya, I tempah, 2 days 1 night dekat Ajlaa Village Resort yang terletak di Hulu Langat Selangor. Kami pun kalo boleh x nak ke tempat yang jauh-jauh. So dalam pukul 10, kami dah start gerak untuk ke Ajlaa Village Resort ni. 

Antara attraction yang ada di Ajlaa ni, ada kolam pancing sekali. Tu antara reason kenapa I pilih Ajlaa ni. Coz tujuan birthday trip ni pun, memang untuk pergi memancing as a family. N kalo boleh, husband nak I dapat ikan untuk pertama kalinya. 

So dalam pukul 2 lebih kami sampai. Nasib dapat check in awal. Kami dapat bilik di bahagian depan resort. Kami x pilih pun resort atas kolam tu, coz katanya toilet dia dekat bahagian luar. Dengan anak kecik ni, better ada bilik air sendiri dalam bilik. Kami ambil bilik besar sikit. Ada one queen bed plus one single bed. Quite nice. Bersih dan kemas. Toilet agak kecik sedikit tp functional la. Yang bestnye, kami dapat betul-betul depan swimming pool. Ada dua lak tu. Belakang dia pulak, adalah kolam pancing. Facilities semua dekat. Xde breakfast ea. Kami breakfast sendiri saja. 

WELCOME TO AJLAA..

OUR ROOM..YANG HUJUNG SEKALI. SAMPAI2 JE KE AJLAA..AKAN NMPK BANGUNAN PUTIH NI DULU

KOLAM 2

KOLAM DEPAN BILIK

TERIK2 PUN MANDI..NAMA PUN BUDAK..HAHAHA

QUEEN BED

SINGLE BED

Sampai je ke Ajlaa tu, anak-anak dah x sabar dah. Dengan cuaca panas nye, semua pg terjun mandi kolam. Senang je nk monitor. Dekat dengan bilik. Petang sikit, husband ajak pg memancing dekat kolam. Xde la besar mana tapi not bad jugak la. Ramai jugak yang duk memancing. Petang tu jugak, I dapat my first ever ikan. Ikan Talapia Merah. Berjaya bawak naik ikan tu sendiri tanpa bantuan husband. Anak pun dapat ikan jugak. Tapi lepas tu kami release balik la ikan2 tu.

ME AND MY FIRST FISH..

MASING2 NK PEGANG IKAN. KAMI SIAP PICNIC TEPI KOLAM TU. 

Malam tu, kami masak steamboat sendiri. Bawak bekalan semua dr rumah. Habis je makan, husband pi sambung memancing lagi..anak-anak pulak, pi sambung mandi..I duk  tengok je la. Sejuk kot air dia. Air dari bukit kot. Tp diaorang relax je mandi. Lepas tu baru ngadu sejuk. 

Esok paginya, kami sambung lg memancing. Baru I tau, time memancing ni, kita x sedar pun waktu tu berjalan. Rasa sekejap, tp sebenarnya dah berjam kat situ. I dapat Ikan Talapia Hitam pulak. Not bad la kan. Dekat sini, ada banyak kawasan chalet2 dia. Kami dapat yang bahagian bawah. Setiap kawasan dia pulak, memang ada swimming pool dia tersendiri. Tapi rasanya yang best, kat sini ada jugak Banglo atas air. Rasa kalo keluarga yang besar, boleh ambil yang tu. Terus boleh memancing dari balcony. Kami x pergi memancing pun dekat kolam atas. Kami just lepak kolam bawah jer. 

BAHAGIAN CHALET YANG LAIN

SENANG NK PANCING


BOLEH PANCING TERUS DR BALKONI

SWIMMING POOL BAHAGIAN ATAS

Overall, I memang suka tempat ni. Walaupun bilik kami tiada TV, dan kawasan sini memang seriously susah giler nak dapat line, but by the end of the day, kami anak beranak semua happy. Mungkin time kami pergi minggu tu, x full house. Maklumla, baru je bukak sekolah. So kawasan kat situ, memang nyaman, quiet, and so calming. Yang bising-bising just anak-anak I je. Hahaha.

I book through  number Ajlaa Resort ni. So urusan tempahan bilik semua thru WA saja. Boleh check di FB Ajlaa Resort ye : --> AJLAA

K, now dah plan another fishing trip..for my upcoming birthday pulak. Stay tune!!




Saturday, 29 December 2018

Aktiviti Memancing di Joran Rimba Tekala Semenyih

Out of the blue, husband ajak I pergi memancing sekali. Selalu dia pergi dengan geng2 dia. Tengah musim cuti ni, so geng2 pun balik kampung la agaknye. I pun dah start berjinak dengan memancing ni, so rasanya husband nak I dapatkan pengalaman dapat ikan. First time I pergi memancing di Taman Wetland Putrajaya. Dapat la rasa tarik2 ikan..tp last-last x dpt pun. 

So pagi-pagi kami dah gerak pergi ke Joran Rimba Tekala di Semenyih. Dalam 45 minit jugak la dari rumah, tp kami siap singgah beli sarapan dulu, so dalam kul 8, kami sampai ke Joran Rimba Tekala ni. Kami berpicnic sambil memancing la kiranya ni. Husband pernah datang sini sebelum ni, n hasil dia banyak jugak la. Tu yang kami berkobar-kobar hari tu..Excited sangat sampai bekas coleman pun tertinggal. Gelak jer time dah sampai.

KAUNTER BAYARAN N TIMBANG

CAFE 

Dekat sini ada jugak chalet-chalet yang boleh disewa. X sure berapa harga dia, mungkin boleh tngk dkt FB diaorang la kot. Tp hari tu, memang ada penyewa chalet tu semua..sebelah chalet tu pulak, ada air sungai yang boleh mandi2, tp kami hari tu x jadi nk mandi coz I tengok air dia agak deras..kalo anak-anak I mandi, confirm terbawak arus nye..ada juga surau dan cafe kecil kat sini. 

SURAU

CHALET

CHALET

SUNGAI. AIR DIA DERAS SEDIKIT.

Kami setting tempat, cari dekat kawasan tengah2 kolam. Kat sini ada kolam harian dan juga kolam pertandingan. Kolam petandingan penuh dengan ikan besar2 la. Kolam harian ni, nk ambil, kena timbang la. Untuk setiap joran, kena bayar RM10..bila dah pakai 4 jam, akan dapat balik RM4..kira dalam RM6 saja la..lebih kiranya macam deposit. Kalo pakai 8 jam..habis la RM10. Kiranya next hour after 4 jam tu, dikira RM1 saja..

1 jam pertama, xde hasil gak. Sampai jiran memancing kami pun datang. Diaorang menginap kat chalet tu..katanya dari semalam x dpt ikan. Waduh..memang xde rezeki la nampaknya hari tu. Memang betul la, 5 jam kami pancing, seekor je yang naik, tu pun orang depan yang dapat. Ikan Patin. Yang lain, duk tengok je la. Nibble dekat pancing pun xde..dari atas I leh nampak ikan2 berenang semua tp satu pun x mau gigit. Kami pakai umpan roti dan dedak. I hampir2 nk pakai coklat sebagai umpan..mana tau ikan suka..tp sayang pulak..hahahaha..

TIME NI XDE PENGHUNI LAGI YANG DUA DEPAN TU..

TENANG JE AIR DIA

MY ROD YANG BELAH KIRI AKA ROD ANAK I..HEHEHE

WAKTU PAGI YANG NYAMAN..

So, after 5 jam..kami pun balik la..I xde la hampa sangat tp nak gak tarik2 ikan. Husband memang pelik la. Banyak kali dia dtg sini, ni first time x dpt langsung ikan. Tarik2 pun xde..dia duk citer kat tuan kaunter tu..orang tu pun ada ckp..every year..akan ada hari, yang ikan memang langsung x naik. X tau kenapa x mau makan. So mungkin that is the day la. Xpe..kami redha..Ziyad pun memancing gak. Gilir2 dengan I. Hehehe..anak-anak yang lain..duk berlari, bagi makan itik..main daun2..hahaha..explorasi alam flora fauna sangat.

MUKA GEMBIRA DPT TEMAN HUSBAND MEMANCING,,WALAUPUN X DPT IKAN

FATHER AND SON

Time nk balik tu, kolam pertandingan nk start ramai coz ada pertandingan Ikan Pacu petang tu..Kami x join la. Kami terus balik. X sampai 15 min..anak-anak semua tido. Cheh..baru nak ajak pi makan. Last2 tapau makanan dekat Food Valet Bangi.

My first time experience pg ke kolam pancing. I suka..tu yang bahaya tu..hahaha..So episode kali ni, dapat tunjuk gambar2 sekitar saja..gamba ikan, x dak!! Lepas ni leh dating ngan husband pi memancing. Hehehe. Doakan ye lepas ni I dapat ikan lak.

K, chow!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...