Friday 31 May 2019

Lunch @ Ayam Golek Lima Bintang Pantai Dalam

Throwback ye kengkawan. Seminggu sebelum puasa. Time ni kami nk belanja Boss Besar kami makan. Tempat ni dicadangkan oleh dia sendiri la. Kami sebenarnya nak bawak pergi makan ke tempat lain tapi coz dia dah sebut, so kami teruskan dengan cadangan dia. First time I dengar pasal kedai ni. Betul2 di Pantai Dalam. Sebelah jalan. Nak parking agak susah sedikit coz mmg limited. Nasib hari tu kami awal. Dua kereta.


Kami first customer yang sampai so kami dapat hidangan dulu la. I x pergi mengorder. Yang order geng yang lain. Tapi katanya dia order set so apa yang kami makan tu adalah set la. Just ada beberapa dishes lain, yang kami order asing la. Set datang sekali dengan air. Katanya dekat sini, ayam golek dia sedap. Jarang nk jumpa resto ayam golek. Katanya time Ramadhan, ayam golek dia memang laku keras la.

Ini adalah apa yang kami makan. Banyak kan. Giler makan banyak2 cm  ni waktu lunch. Hahaha. For me, yang I suka, Tomyam dia. Masyuk sangat dengan tekak I. Isi tomyam dia pun banyak tp kuah dia la yang for me yang seadp giler. Sayur kerabu mangga dia pun sedap. Antara winning dishes for me.



Ayam golek dia, for me, sedap jugak la. Lembut jer. Tapi sos dia, I x berapa gemar. I pernah rasa yang better la. Tapi still ok. Portion pun agak besar. Dah la ada dua pinggan. Siap tapau kot.

AYAM GOLEK..KERABU MANGGA

Overall for me, quite nice la. Tapi memang kena cepat. Lepas kami sampai, sekejap jer dah penuh. Dr segi harga, for me also quite reasonable. Lepas kami lunch, tetiba salah satu boss ajak men’cendol’. Hahaha..layannnzzzz. Cendol Antarabangsa di Bangsar. Belanja gambo satu ea. Memandangkan perut dah kenyang, so seriously mmg x dapat nk habiskan cendol. Cendol dia sedap. X berapa manis sangat. I order cendol biasa saja.

CENDOL ANTARABANGSA

K, chow


Tuesday 28 May 2019

Iftar di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

Untuk tahun 2019 ni, kami dah jarang berbuka di luar. Kali ni I siap ambik cuti lagi coz risau jem time nak balik kerja. Hehehe Tiap tahun, office husband mesti ada buat acara berbuka bersama2. So I join venture sekali la. Tahun lepas dibuat di Tasik Cempaka Villa Bangi. Tahun 2019 ni pula, dibuat di Pak John Steamboat IOI City Mall. Dekat je la dengan rumah. 

Serba sedikit pasal Pak John. Pak John ni Halal tau. 

“Fry all you want or just get going with the food in soup,it is all up to your choice of sensational dish-mix! At Pak John, we serve urban cuisine consists of the most on-trend modern food yet reinvented into magnificent subtle creations that sum up as a one of a kind genre.By implementing our years of experience in the culinary industry, we proudly present you with the most sensual urban cuisines that will satisfy you no matter you are a steamboat fanatic, a Yong Tao Foo dinner or a regular cafe goer. We serve not one kind but all.” (www.pakjohn.com)

Dekat Pak John ni ada both Steamboat & BBQ. Choices dia pulak, ya rabbi, banyak giler ok. Sampai x tau nak makan apa. I selalu x makan banyak time berbuka. So hari tu, memang lama kot kami duk kat Pak John tu. Kami dapat seating di luar. Jauh sedikit la dr tempat makanan. Tp still ok coz anak2 I kaki berlari. Haha. Untuk choices of soup dia pulak, kami pilih miso soup. Coz anak2 I x berapa gemar pedas sangat. Tapi I suka miso soup dia. Lagi2 bila pairkan dengan barangan steamboat dan udon. Memang sedap. Cicah pulak dengan sauces dia. Memang bertambah. Tomyam dia agak sedap jugak. Xde la pedas pun sebenarnya. Next time leh cuba tomyam dia pulak la. Sauces dia pulak, ada pelbagai tau. My fav..Thai green Chillies & Spicy Thai Chillies. 



Dari segi choices steamboat dan BBQ, for me dua2 banyak. Lagi2 steamboat dia, coz ada ball2 dan frozen item yang I x pernah try sebelum ni so quite nice. Sayur2 pun banyak tp for me mcm kurang fresh sedikit. Selain dari steamboat dan BBQ, ada jugak nasi dan lauk pauk. X sure kalo ini adalah untuk bulan Ramadhan saja kerr atau memang sentiasa ada. Ada meehoon, pizza, sushi, dessert dan makanan snacks yang bergoreng.

GAMBO MEJA BELAKANG..HEHE

SEDAP!!

CHOICES MARINATED MEAT DIA MEMANG BANYAK

VEGGIE SECTION

ANTARA YANG SEMPAT MASUK DALAM PLATE. SIAP ADA SOTONG KERING BAKAR. YG TU SEDAP

UDON WITH MY CHOICE OF BALLS

BERTAMBAH2 I MINUM AIR LEMONADE DIA

Ada jugak kaunter untuk waffles, ice cream, dimsum dan kambing slices. Semua ni kami makan last2 coz awal2 tu memang ramai beratur situ. Time nk hujung2, dah sunyi sikit. Kambing slices dia memang nipis. Sedap di grill atau dimasukkan dalam soup. Sangat recommended. Ice cream dia pun banyak choice. Anak I siap dua tiga kali makan. I pulak..apa lagi..buat Float la..hehe

CHOICES OF ICE CREAM

BERATUR UNTUK ORDE WAFFLE, DIM SUM..ABC..

TIME NK BALIK..TETIBE DIAORANG DTG BAWAK POPIA BASAH NI..SEDAP GAK

Dari segi harga, for me, not bad la. Coz dia ada both Steamboat dan BBQ & makanan pelbagai yang lain. Tp coz I sendiri hari tu, defeat awal dh..perut x leh masuk banyak..haha tp still I rasa puas hati makan. Mungkin juga I minum 4 gelas kot malam tu. Giler haus. 

X BERAPA CLEAR..BOLEH TNGK HARGA DI WEB PAK JOHN JUGAK YE

Tak silap Pak John ni ada 2 cawangan. Satu di IOI City Mall dan satu lagi di eCurve Damansara. Overall, I sangat recommend kedai ni. Puas hati sangat makan. Next time I nak mai lagi sini. Hahaha.
K, chow for now. 

Address: GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya

Thursday 16 May 2019

Lunch @ Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Alkisah sebelum berpuasa ☺☺

Exotic anyone?? Kedai makan yang kitaorang singgah ni, dikenali dengan makanan Exotic. Selera Exotic Halal Pilihan Malaysia..Kami ada event office sebenarnya. Kami each quarter selalu akan ada event. Tapi kali ni, di luar kawasan sikit la. Lepas makan2 ni, kami akan gerak ke Bukit Melawati dan last akan check in dkt The Kabin, Sungai Sembilang. Yeah, kampungku!! Selain dari bergambar di kawasan sawah padi di kawasan Sekinchan ni, lunch kami juga telah diaturkan di Restoran Lembah Bernam. Setelah berpanas ambil gambar, its time to eat.




Dekat sini, ada menu daging landak, rusa, pelanduk, ikan sepat, ikan puyu..tp daging2 mahal la kan. Untuk kami yang ramai2 ni, sesiapa yang nak, leh la add on. So jom lihat apa menu lunch kami ye. Ada ikan sepat, ikan baung masak lemak, ayam kampung goreng ranggup, sambal udang dan ulam ulaman. 


RANGGUP SANGAT!!

IKAN BAUNG MASAK LEMAK

IKAN SEPAT

Menu yang paling sedap antara semua, ayam kampung goreng ranggup dia la. Siap keropok tu pun I makan. Cuba bayangkan, lauk atas meja tu semua, tuk 4 orang makan. Memang kenyang habis la. Dari segi ikan sepat & ikan baung, terus terang I bagi tau, not my favourite. Ada rasa-rasa yang I kurang gemar. Hehehe. Ada jugak geng2 yang order daging landak dan pelanduk, katanya empuk la daging nye. Tapi I x merasa pun. I xde la nak sangat makan landak, pelanduk atau rusa, coz selalunya ada time raya. Hehehe. My dad suka exotic2 ni, so Raya tahun lepas ada la rendang landak dekat rumah.

Apapun, seronok makan ramai-ramai. Lagi2 dengan pemandangan kawasan sawah padi yang cantik. Walaupun terik, semua kemain seronok bawah panas ambik gambar. Tema kami, Tema Kampung..so semua berkain batik gitu. Comel x kami. Hehehe


Address: Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan,, Pasir Panjang, Selangor

Selamat Berpuasa ye semua!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...