Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

Monday, 19 November 2018

Port Dickson : Pusat Ikan Hiasan PD

Dah berminggu-minggu anak-anak asyik duk meminta nak main pasir dan nak mandi manda pantai. So hari minggu hari tu, kami fulfill kan permintaan anak-anak. So kami bawak diaorang pergi ke Port Dickson, Pantai Cahaya Negeri. Pagi2 dalam 6.15 kami dah gerak ke PD. Sampai cun-cun sebelum pukul lapan. I xde beria masak pun. Beli nasi lemak dan mee hoon otw jer. Hehehe. I bawak makanan yang simple2 saja dan satu jug air milo panas. 

Sampai-sampai jer orang dah start penuh ambil port. Yang dah memang bercamping dari malam sebelumnye pun ramai. Kitaorang pulak, dapat port, betul2 bertentangan dengan jambatan ke Pulau Burung tu. Husband dah siap check dah. Pagi tu memang air tengah naik. Tengahari yang akan susut. So time kami sampai tu, air tengah tinggi la. Budak2 pun, sesuap agaknya makan, terus main pasir n mandi. Yang berpicnic nye mak n ayah dia saja. Anak2 memang main saja la. I suka Pantai kat sini. Luas kawasan dia, kebersihan terjaga n pantai dia pun agak bersih..Just hari tu, air dia macam kotor sedikit. rasa sebab selalu hujan kot..ada alga hijau2 naik. Sebelum ni, pernah datang..Air dia biru jer..

GELAP PULAK GAMBO. HEHEHE

Dalam tengahari tu, lepas semua dah puas mandi & main pasir..husband suh cari tempat untuk jalan2. So I sarankan pg ke Pusat Ikan Hiasan PD. Hari tu dah pg ke Army Museum semua. So this time ke sini pulak. Lagi pun FREE je untuk masuk ke Pusat Ikan Hiasan ni. 

MURAL

Time kami sampai, ada rombongan sekolah sekali ke sini. So agak riuh rendah jugak. Tempat dia x berapa nak besar. Kecik jer tapi quite nice. Cukup untuk buat anak-anak teruja tengok ikan-ikan. Ada coral jugak dalam ni. Ada pelbagai jenis ikan, baby shark pun ada, geng2 nemo dory semua ada, seahorse, belangkas, dan pelbagai jenis hidupan laut yang lain la. Tempat dia memang amat terjaga.

So jom lihat gambar-gambar yang sempat I snap sepanjang di situ. 

RUANG PAMERAN PENYU

BAHAGIAN TELUR PENYU


CANTIK CORAL2

BELANGKAS

DU DU DU



RUANG BAHAGIAN DEPAN. CANTIK DAN INFORMATIVE



Dalam pusat ni, ada jugak tayangan 3D tapi hari tu kami x jadi nak masuk. X ramai pun yang I nmpak masuk dalam tayangan tu. Dekat bahagian luar tu pulak, ada kawasan untuk penyu dan preservation penyu. Walaupun tempat dia sedikit kecil tapi macam2 gak ada dalam pusat ni. Kami x lama pun dalam ni coz bila rombongan sekolah tu sampai, terus jadi ramai. So dalam 40 minit je kot kami dalam tu. Lepas tu balik. Tapi overall, quite interesting. At least anak-anak I happy cause dapat melihat pelbagai  jenis ikan dan hidupan laut. Ada juga kawasan khas untuk coral2 dalam Pusat ni.

So if ke PD, leh jadikan Pusat Ikan Hiasan ni as of of your stops dekat PD. 

Address: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Kami tiap kali pergi ke PD, suka lepak dekat PD Waterfront tu. Kali ni pun sama. Dan bila dah sampai sini, anak-anak duk mintak nk makn MCD. Hahahah. Jauh2 pg ke PD..pg makan MCD. Tapi nasib baik jugak. Tengah-tengah makan tu, terus hujan lebat. So lepak la dalam tu sekejap. Habis je hujan stop, kami pun gerak balik. Xde singgah mana dah. Balik jer, budak2 exhausted. Tidur sampai ke pagi. Lepas jer dari hari tu, dah xde mintak nk pg ke pantai dah. Hahahaha. Now ada request baru pulak.

Mama, bila nak tidur hotel?? Tergelak jela. Anak oo anak.




Wednesday, 28 March 2018

Short Trip to Port Dickson 2018 – Glory Beach Resort

Banyak sebenarnya entry tertunggak untuk travel 2017. Tapi xpe..we take it slow. So I tulis dulu, travel entry 2018 dulu. Coz itu yang fresh lagi dalam ingatan. Haha.

Family Day sebelah mr hubby tahun 2018 kali ni di Port Dickson. Pada mulanya xde la nak join cause mula-mula ingatkan x ramai yang pergi. Plan asal bukan family day pun. Last minute baru kitaorang tau yang kitaorang je yang x ikut. So, last minute tu jugak la booking bilik. Kami share bilik dengan adik ipar. So book via Traveloka untuk 3 bedroom di Glory Beach Resort PD. Kami pergi satu malam jer ni. Yg lain, ada yang pergi 2 malam. 

Memandangkan rumah dengan PD ni x jauh mana, so kami bertolak sebelum tengahari. Plan nye nk buat BBQ bila dekat PD nanti. So kami bawak Kambing perap untuk BBQ tu nanti. Kenapa Glory Beach Resort? Cause salah satu ipar duai ada dapat bilik murah. Tp kami x dpt la bilik yang murah tu. Kami kena bayar harga standard saja. Tp nasib baik la share cos for me, harga dia macam mahal sikit la. 

Time nk check in, yang ni first time I alami tau. Kami sampai dalam sejam awal. Kaunter check in langsung x mau layan. Katanya pukul 3 baru leh check in. Tp pelik jugak. Fully book ke sampai xde bilik langsung. So dalam pukul 245, I beratur balik. Time ni, barisan dia mak aii, panjang giler, tp I layan kan saja. Kalo x, bila pulak nk check in nye. Nasib baik check in cepat. Time ni I x tau lagi tp rupanya kena mintak remote TV dekat kaunter. So sesiapa nk pergi, mintak awal-awal remote tv tu coz bila dah masuk bilik, x jumpa remote, dah malas dah nk turun balik mintak dekat kaunter. Terpaksa jd McGyver cari mana button dekat TV. Hahaha. McGyver la sangat kan. 



Masuk je bilik, dapat view kearah swimming pool. For me, Glory beach ni agak besar. Boleh accommodate ramai orang dalam satu masa. 3 bedroom kami ni, dua yang besar (two singles beds) dan satu bilik yang one single bed la. Bilik air ada dua. Dalam setiap bilik yang besar la. Kalo dewasa tu, dalam 5 orang la cun-cun. Tp coz kami 4 dewasa, yang lain semua comey-comey, so just nice la. Ruang TV pun ok. Luas. Anak-anak ada space lagi untuk berkeja sana-sini. Ada ruang dry kitchen, tp yg x best nye, faucet dia bocor. So tiap kali bukak, terus melimpah atas meja. Dah jadi satu hal nk mengelap. 








First glance dh tau yang resort ni agak lama. Dari segi kebersihan bilik, bg I ok lagi. Just ada bocor sikit, tandas x leh flush, ada satu kunci saja dan remote xde dlm bilik. Dari segi lain pulak, water heater n pressure ok, kuat. Aircond pun sama, kuat lagi. Overall, boleh diterima lagi walaupun ada minor defect sikit. Dr segi design, memang nampak old school sikit la, tp for me, I ok jer. Hehe. Anak-anak memang excited la, diaorang mmg suka tido-tido hotel ni. 



Yang paling best, sangat dekat dengan pantai ok. Turun je leh bukak kasut, main pasir. Petang tu, air belum pasang lagi so budak-budak seronok la mandi. Tp macam biasa, budak bandar, bila kaki cecah je pasir, terus rasa geli la, itu la ini la. Hahah. Adoi, sabo je la. Tp lepas tu, nasib dah ok. semua duk main sand castle and mandi manda.




Dari segi breakfast, x banyak choice tp yang ada pun agak sedap jugak. Ada
 pancake, bubur, nasi lemak, omelette station, mee goreng, roti bakar, salad bar dan macam-macam lagi la. Tp pagi tu, agak ramai dalam satu masa. Nasib dapat jumpa table yang kosong. I sendiri x pernah tengok resort yang sepenuh ini. Memang ramai. 




Ada juga mini palyground bersebelahan dengan pool dia. Swimming pool dia ada dua, satu dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Ni jugak kiranya first time I tengok, swimming pool dia penuh dengan manusia. Padat giler. Termasuk kitaorang sekali la. Dah anak-anak duk memintak nk mandi, so kami pun layan kan saja. Semalam dah mandi pantai, so hari ni mandi swimming pool pulak. Hari tu, slide tu under construction lagi. Kitaorang x lama pun mandi, dalam sejam saja. I x berenang pun, Sejam tu duduk dekat tepi pool. Rendam badan tengok anak-anak. 



Dekat Glory ni ada juga Mini Petting Zoo tp ada masa-masa dia la. Kami x masuk pun, just jenguk-jenguk saja. Ada arnab, turtle dan burung rasanya. Tp hari tu I nampak bunny saja la.



Malam sebelumnye, kami membakar di bahagian yang dibenarkan untuk BBQ. X silap kena bayar tuk BBQ dekat tempat dia. X termasuk dalam pakej bilik. Malam tu, memang ramai yang buat BBQ. So kalo nk dapatkan port yang best, memang kena chop awal-awal. Kami dapat dekat hujung-hujung. Tp agak private jugak la. Sampai ke malam kami BBQ. Banyak giler makanan. I tukang membakar sosej. Sampai kesudah duk membakar. Hehehe. Anak-anak pun ada yang dah tido time tu. Lps tu jenuh la pulak nk mengangkat sampai ke bilik. 

Overall, for me, tempat ni ada pro n cons. Pro dia, yang paling best, dekat gilerzz dekat pantai. Turun je dari hotel, leh jejak pasir dah. Leh terus terjun, bila air pasang. Dari bilik pun, pemandangan memang cantik sangat. Rasa damai je. Pool pun agak besar. Ada pelbagai aktiviti untuk anak-anak. Rasanya ini diantara winning points hotel ni. Bilik agak selesa tp for me, agak mahal sedikit untuk keadaan bilik dan facilities yang I nampak hari tu. Tp itu just my opinion. Apa pun, I had a blast that weekend.

❤❤


Tuesday, 13 February 2018

Short Trip to Port Dickson : Army Museum Port Dickson

Lama x jelajah Port Dickson ni. Walaupun jarak dengan rumah xde la jauh sangat tp memang jarang sangat nk pergi sini. Bila dah sampai PD ni, tercari-cari jugak tempat mana yang best (selain dari pantai). So anak buah ada bagi tau pasal Army Museum ni. Dia pernah pergi situ. Katanya best jugak la. So kitaorang check waze..x sampai 10 minit dari hotel kitaorang. Dekat je rupanye. So petang tu, kitaorang terus pergi ke Army Museum.

Review Hotel disini --> Port Dickson Golf and Country Club Resort

Sampai sana, x ramai la tp parking dia a bit limited. Perasan hari tu macam nak hujan. So kitaorang berharap sempat la nk usha serba serbi. Huh!!! X sampai 15 minit, hujan turun dengan lebat. X dapat tengok semua pun. Lagi teruk, stranded dekat kedai jual2 barang souvenir. Yang kelakarnya, ada abg jual ice cream tu, nk ttp kedai dah. Anak I asyik duk mintak so I approach abg tu, kata nk beli, Dia macam serba salah coz anak I asyik merengek nk ice cream. Last2 dia bukak balik booth dia. Terus semua serbu kedai dia. Semua yang stranded tu membeli. Rezeki di kala hujan lebat. Hehehe

Kitaorang sempat usha jet plane dan tank-tank jer. Indoor museum, helicopter semua, x sempat nk usha. Cian budak-budak. Diaorg yang excited nk pergi. Lagi2 Ziyad. First time tengok dari jarak yang dekat. Selalu in a form of toys jer..this time, real life version punya. I xde la nak naik plane ke, heli ke, tp anak-anak I semua naik. I tukang ambik gambo jerr..

Jom layan gambo-gambo ye..



PILOT N CO-PILOTSSSS

TEMBAK!!

PLANES

BOLEH NAIK UNTUK RASA FEEL

SORANG PANDANG KANAN, SORANG DEPAN, SORANG LAGI KIRI, HAHAHA

For the indoor museum, more to history. X snap lak gambar dalam museum tu. 
Memandangkan x sempat nk usha semua petang tu, so esoknya, selepas check out jerr, kami usha balik Army Museum ni. Dapat la dalam half an hour. Semua tempat kitaorang pergi. Menarik dan unique sangat museum ni. Lagi best coz FREE and educational...sambal bercuti sambal bawak anak-anak belajar. Anak-anak memang semua gembira la. Tp bila disuruh balik, duk mintak ice cream lagi..adoi. Tepuk dahi sekejap.

Dibuka setiap hari dari Rabu hingga Ahad dari pukul 10am - 5pm. Isnin dan Selasa tutup ye!!

Address: Kem Sirusa,, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

☺☺

Thursday, 8 February 2018

Short Trip to Port Dickson : Port Dickson Golf and Country Club Resort

Trip 2017..

Ni diantara trip yang unplanned. Mr hubby nk bawak MIL and FIL berjalan-jalan tp memandangkan cuti sekolah, so most places dah fully booked. Kami decided untuk ke Port Dickson saja. Tak nak yang jauh sangat coz penat jugak naik kereta lama2 ni. Lagi pun, I memang dah lama x ke PD ni. Excited jugak. So cari punya cari, my hubby found this resort --> Port Dickson Golf and Country Club Resort. Nak sampai ke sini, x susah pun. Berpandukan waze, confirm x sesat. Apabila masuk ke dalam kawasan resort ni, akan jumpa padang golf dulu. Then baru jumpa resort dia di penghujung.

Sampai2 je akan jumpa bangunan lobby. Check-in check out semua dekat situ. Restaurant pun dekat bahagian bangunan tu jugak. Kedepan sikit, baru bahagian bilik2 resort ni. 3 tingkat saja,

VIEW FROM BELOW

VIEW FROM THE FRONT

VIEW FROM THE POOL

WELCOME

RECEPTION-CHECK IN

Time kami sampai, x ramai pun walaupun musim cuti sekolah. Kami sampai dalam pukul 2 gitu so kami mintak terus check in ke bilik. Kami insist untuk dapatkan bilik yang lower ground. Coz MIL nad FIL x leh berjalan banyak sangat, lagi2 naik tangga. (I pun malas nk naik-naik tangga ni..lagi2 bawak barang..hehe). Dekat sini, xde lif, all stairs. Akhirnya kami dapat jugak bilik bawah tp kena tunggu sekejap la coz tengah dikemas. X lama pun, dalam 15 minute, kami pun dapat masuk. Kami tempah Family Room (2 Bedroom). X berapa besar. Hari tu, dapat la memuatkan dalam 4 dewasa dan 4 kanak-kanak walaupun terpaksa bersempitan sedikit. Tp semua selesa.

Bilik dia pun x banyak. Ada tiga bangunan untuk penginapan. Kami dapat yang berdekatan dengan tangga n swimming pool. So x perlu berjalan jauh sangat. 

Dari segi amenities, semua ok, Water heater ok, air laju, kemas, just mungkin deco old fashioned sikit la kot. Tp all still functional. Nyenyak je kami tido..hehehe

Family Room

Kedua-dua bilik dia x sebesar mana tp mencukupi untuk semua. Aircond dia best. Kuat. Sampai kesejukan semua. Hahaha. Living room pun comey jer (x terambik lak gambo), ada tv, fridge, kettle dan kawasan comey jugak untuk budak2 bermain atau sidai baju.


FIRST ROOM

TOILET

OUR ROOM

Swimming Pool

Selalunya sebelum kitaorang tempah hotel, kitaorang mesti cari yang ada bath tub. Kalo xde, mesti at least ada swimming pool. Ada la activity yang anak-anak leh buat. Dekat sini, ada swimminng pool yang agak besar jugak. Ada kiddie pool dan adult pool. Dua2 for me quite big. Pemandangan pun agak cantik dari arah swimming pool tu. I first day je pg swimming. Second day mr hubby lak. I jadi camera women jer. Minggu tu pun, x ramai, so seronok la anak-anak berenang dekat situ. Time mandi-manda, cuaca pulak memang tengah cun-cun best. X berape terik. So dapat la budak-budak n bapak budak mandi lama-lama.

MAIN BOLA

SEMUA TENGAH BERSERONOK

Breakfast

Bilik kami sekali dengan 4 breakfast. So memandangkan ada dua extra kanak-kanak, so kena bayo extra la. Harga x ingat la pulak. Huhuhuhu..Kawasan breakfast dia dekat kawasan check in tadi. Kitaorang jalan kaki jer, so kena lalu kawasan swimming pool then baru sampai ke resto breakfast ni. Breakfast spread dia biasa saja. Not that many variety. Dari segi kesedapan, not bad la. Yang basic-basic kebanyakan ada. For me, I suka.

BREAKFAST

BREAKFAST


BREAKFAST ATMOSPHERE

Overall, this hotel looks promising but kena update kan sikit dari segi cosmetic feel. Rasa old school sikit bila duduk sini. Tp facilities semua, cantik!! Dari segi harga, for me affordable. Rasanya time cuti sekolah hari tu, family room yang kitaorang book ni around RM2xx. Kitaorang pun last minute booking. 

Memandangkan dah sampai ke PD, so its time to jelajah PD. Jumpa di entry seterusnye ye..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...