Tuesday, 13 February 2018

Short Trip to Port Dickson : Army Museum Port Dickson

Lama x jelajah Port Dickson ni. Walaupun jarak dengan rumah xde la jauh sangat tp memang jarang sangat nk pergi sini. Bila dah sampai PD ni, tercari-cari jugak tempat mana yang best (selain dari pantai). So anak buah ada bagi tau pasal Army Museum ni. Dia pernah pergi situ. Katanya best jugak la. So kitaorang check waze..x sampai 10 minit dari hotel kitaorang. Dekat je rupanye. So petang tu, kitaorang terus pergi ke Army Museum.

Review Hotel disini --> Port Dickson Golf and Country Club Resort

Sampai sana, x ramai la tp parking dia a bit limited. Perasan hari tu macam nak hujan. So kitaorang berharap sempat la nk usha serba serbi. Huh!!! X sampai 15 minit, hujan turun dengan lebat. X dapat tengok semua pun. Lagi teruk, stranded dekat kedai jual2 barang souvenir. Yang kelakarnya, ada abg jual ice cream tu, nk ttp kedai dah. Anak I asyik duk mintak so I approach abg tu, kata nk beli, Dia macam serba salah coz anak I asyik merengek nk ice cream. Last2 dia bukak balik booth dia. Terus semua serbu kedai dia. Semua yang stranded tu membeli. Rezeki di kala hujan lebat. Hehehe

Kitaorang sempat usha jet plane dan tank-tank jer. Indoor museum, helicopter semua, x sempat nk usha. Cian budak-budak. Diaorg yang excited nk pergi. Lagi2 Ziyad. First time tengok dari jarak yang dekat. Selalu in a form of toys jer..this time, real life version punya. I xde la nak naik plane ke, heli ke, tp anak-anak I semua naik. I tukang ambik gambo jerr..

Jom layan gambo-gambo ye..



PILOT N CO-PILOTSSSS

TEMBAK!!

PLANES

BOLEH NAIK UNTUK RASA FEEL

SORANG PANDANG KANAN, SORANG DEPAN, SORANG LAGI KIRI, HAHAHA

For the indoor museum, more to history. X snap lak gambar dalam museum tu. 
Memandangkan x sempat nk usha semua petang tu, so esoknya, selepas check out jerr, kami usha balik Army Museum ni. Dapat la dalam half an hour. Semua tempat kitaorang pergi. Menarik dan unique sangat museum ni. Lagi best coz FREE and educational...sambal bercuti sambal bawak anak-anak belajar. Anak-anak memang semua gembira la. Tp bila disuruh balik, duk mintak ice cream lagi..adoi. Tepuk dahi sekejap.

Dibuka setiap hari dari Rabu hingga Ahad dari pukul 10am - 5pm. Isnin dan Selasa tutup ye!!

Address: Kem Sirusa,, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

☺☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...