Tuesday, 14 January 2020

First Getaway 2020 at The Palace of the Golden Horses

Sudah masuk minggu ke-3 untuk tahun 2020. Agak-agak dah terlambat ke untuk wish Happy new Year. Hahaha. Selamat Tahun Baru 2020 semua. So untuk awal tahun ni, I propose dekat husband untuk pergi bercuti on the first week of January hari tu. Time sekolah dah bermula. Dia pun setuju. Kitaorang bulan December hari tu, memang tidak dapat nak bercuti. Lagi pun, birthday husband pada minggu yang sama, so alang-alang birthday getaway sekali. Tapi kami pergi yang dekat jer. I memang teringin nak pergi ke Palace of the Golden Horses ni. Akhirnye dapat juga merasa. 

LOBBY YANG GAH

RECEPTION

So kami ambil Deluxe King’s Room untuk satu malam. Pergi sabtu tengahari, sampai rumah, ahad tengahari..haha, coz rumah dekat jer dengan hotel. Sampai-sampai jer ke lobby hotel ni, disambut meriah dengan hiasan hotel yang penuh dengan kuda-kuda. Nama pun Palace of the Golden Horses. Tapi sorry la, gambar2 golden horses I tak ambil. Penyambut tetamu dan reception pun semua baik-baik. Kami sampai awal sedikit coz check in pukul 3 tapi kami dapat check in awal. 

Jom lihat bilik yang kami duduk ni. For me, agak luas jugak la. Anak I siap boleh lari-lari. Lompat atas katil tu dah confirm. Tu antara benda terawal diaorang buat. Nasib mama sempat lagi snap gambar katil sebelum kena lompat. Aircond, waterpressure semua ok. Just bilik agak jauh, dan dapat view yang tak best, which is view construction bangunan. So sepanjang kami di sana, kami tutup langsir saja. Tapi coz hotel ni dah lama, time kita naik dari lift u, ke hallway dia, kita dah dapat tau yang hotel ni agak lama. Dengan beberapa sign board yang sudah senget, dengan peralatan dalam bilik yang nampak sedikit usang, tapi all still functional. Tak ada yang modern la. Tapi ok la lagi. 




SHOWER GEL PUN DALAM BENTUK KUDA TAU

Petang tu, kami dah start terjah pool dia. Mak aii, jauh giler pool dia dengan bilik kitaorang. Awal-awal tu sesat jugak. Tapi yang bestnye, walaupun hari sabtu ahad, tapi pool tu tak ramai. So anak-anak I selesa mandi-manda. Pool dia agak besar. Ada kids and adult pool. Ada juga dua slides untuk kanak-kanak bermain. Dekat situ, ada towel. Tak perlu bawak towel dari bilik. Tempat duduk pun agak banyak just waktu terik, kena pandai cari tempat untuk berteduh. Overall, pool dia quite nice dan view dr pool pun cantik. Nampak bangunan-bangunan gah semua.

KEMAIN POSING SI KECIK NI...HAHA

BAGI DIAORANG SWIMMING PUAS-PUAS

ADA SLIDES


KIDDIE POOL

SUKA DIA YE..

SUASANA DI PAGI HARI

SUASANA DI PAGI HARI

Malam tu pula, kami tempah foodpanda saja. Last-last kami order dari Mishaltit. Tak lama pun. Husband pi ambik dekat lobby hotel. Kami order Mandy Chicken dan juga Calzone. First time I makan Calzone. Sedap giler. Besar lak tu portion dia. N serious sedap wei Calzone dia. I like!!

MANDY CHICKEN & CALZONE

Kami tempah bilik ni sekali dengan breakfast. Alhamdulillah, anak-anak semua tak kena charge. Ni for me, antara plus point hotel ni. Breakfast ni marvellous you ols. Husband I pun setuju. Dahla banyak choices, sedap-sedap lak tu. Memang berbaloi ambil sekali dengen breakfast. Anak-anak pun makan banyak. Lepas makan, sambung mandi lagi. Kami pun join mandi coz pagi tu, memang tak ramai yang mandi pun. Dekat sini ada juga gym. Tapi kami tak menyinggah pun. Weekend tu penuh dengan aktiviti berenang dan makan. Hahaha. Tu pun dah cukup menggembirakan. 

CAROUSEL






BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT MEE/MEEHOON SOUP

BAHAN-BAHAN BUBUR


Birthday husband 6th Jan hari tu. Celebrate awal dengan pi bercuti. Happy Birthday again sayang. Last year kami ke Ajlaa Resort. Next year, kemana pula agaknye ye?? Belanja pic depan lobby hotel satu. Bye u ols!!

ANAK TERUNA TOLONG AMBIK KAN GAMBAR

Address: Jalan Kuda Emas, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...