Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, 26 August 2020

Lunch @ Daun.KL Mahsa Avenue

Still mood menyambut birthday lagi walaupun birthday dah sebulan yang lepas. Geng-geng ofis kata nk belanja so apa lagi, JJCM ON!! Tapi coz hari tu, tetibe ada yang bawak ala-ala potluck pagi tu, so perut dah agak kenyang. I ajak makan dessert and mengopi sahaja. Tu yang kami ke Daun.KL di Mahsa Avenue ni. Tak silap, ni adik beradik dengan Pokok.KL la. Pandai diaorang pilih nama kan. Satu Pokok, satu lagi Daun. Senang nak ingat. 

Time kami sampai, ramai kot dekat Pokok.KL tu, tp kedai Daun.KL di kawasan atas Pokok ye. Hahaha. Sebelum datang situ, dah usha sedikit dah apa yang ada. So antara yang menarik perhatian adalah Pavlova. Coz cantik sangat, siap ada bunga-bunga. I ni jenis jarang pergi ke tempat-tempat mengopi ni atau tempat jual bakery atau dessert sahaja ni. Nak ajak family, mcm tak berapa sesuai. So kalo ke tempat mcm ni, memang akan pergi dengan geng2 ofismate sahaja. Tempat untuk lepak-lepak and bergossip.


Kawasan dia tak berapa luas sangat tapi banyak woo cahaya masuk so memang cantik untuk ambik gambar. So jom usha menu dulu ye. Untuk air, I order Matcha Latte Cold. lepas dah order tu, baru perasan, eh ada Pink Latte..kalo tau, order yang tu..hehehe..





So untuk dessert, ini yang kami order. Favourite antara semua, Kek Marble tu ye. Hahaha. Nampak simple, tapi seriously sangat sedap. Very warm and moist. Tak cukup satu. Yang Beef Bacon and Bechamel pun sedap. I pilih, Nutella Croissant. Yang ni pun not bad. Pavlova dia pulak, for me, walaupun dia cantik giler, dan sayang betul rasa nak makan, tapi it is actually very very sweet. Memang la patutnye manis pun..tp macam oversweet. So tu antara yang last kami habiskan. 



Overall, Daun.KL ni quite a nice place. Choices bakery items agak banyak jugak la. Semua nampak sedap-sedap. Tapi kalo nak makan solely for lunch, rasa x kenyang kot. Kalo lapo betul, kena pg ke Pokok.KL la. Daun ni memang tempat chill2 lepak-lepak sambil minum latte and kek. 

To the geng, thank you so much for your treat. Ngada-ngada kan mak buyong ni. Macam-macam dia nak try. Hahaha. Nasib geng semua sporting. Muah cikit kat semua..

Address : Address: MAHSA Avenue, Block B, Level 2, Jalan ilmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


Friday, 24 July 2020

Birthday Treat @ Sukiya IOI City Mall Putrajaya

Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk menyambut hari jadi tahun ni. Dan seperti biasa, every year, husband akan belanja makan sedap-sedap. Tahun ni, I dah aim nak makan dekat dua tempat tapi ikut plan asal sebenarnya nak ke tempat lain. Sukiya ni second option la. Tup2 tempat tu dikatakan baru lepas sanitasi disebabkan ada yang positive covid..so terus tak jadi. So I bagi tau nak makan dekat Sukiya. Sukiya ni dulu kami ada jugak makan di Alamanda tapi dah tutup cawangan sana. Bila diaorang buka cawangan di IOI City Mall..punya la gembira. So ahad lepas, setelah sekian lama, baru dapat makan Sukiya balik. 


RATE

Time kami sampai, dalam lunch hour jugak la. Kami expect tak ramai la makan situ. Tapi time kami sampai, kena beratur..nasib kami family yang kedua. Anak-anak I dah tak sabar dah nak makan. Maklumla, diaorang suka makan-makan sup dengan ball2 ni. Lama kami tak bersteamboat. Sukiya ni for me, best, coz ada pelbagai jenis sup. So hari tu, kami ambik sup yang paling pedas (atas permintaan suami), so kami pilih Sup Mala. Untuk anak-anak, kami ambik Miso Sup. 

Disini, konsep shabu-shabu & sukiyaki. Japanese steamboat. Boleh pilih 2 jenis sup. Kami secara kebetulan, dapat port betul sebelah tempat letak makanan, sushi n ice cream. Heaven la. Senang nak ambil makanan bagai. Another attraction dekat sini, diaorg nye ayam, daging and kambing slices. Perghh..daging dia memang sedap giler. Alltogether kami dapat 12 mangkuk, tp kami mampu habiskan 8 jer. Memang terbaik la. Dari segi sup pulak, memang sup Mala tu pedas. Cili dia besar2 lak tu. Tapi I tengok husband I dengan anak sulung I relax je makan. I dah surrender dah. Hahaha, I nye sup, dah campuran Mala n Miso dah. Nasib sedap. I banyak ambik sayur2. Ball2 dekat sini tak banyak tapi beef balls dia, sedap wei. Lain sikit dr yang lain. 

SUP MERAH TU SUP MALA

AIR DIA, ADA LEMONGRASS N GREEN TEA

ASSORTED DIPPINGS

CHICKEN, BEEF AND MUTTON SLICES

Dekat sini ada juga assorted sushi. Memang diaorang akan refill jer bila dah nak habis. Non Stop. Rasanya banyak kali jugak I duk ambik sushi dekat sini. Ice cream pun ada kat sini. Tapi just ada chocolate, Matcha n Mix Choc n Matcha la. Ice cream dia serious terlupa nak snap gambar. Ambik2 terus ngap. Haha



ASSORTED SUSHI 

30 WEEKS PREGGY. DAH MOK DAH. HEHEHE
Balik jer dari makan, anak-anak tak habis-habis kata nak makan situ lagi. Siap dah chop suh bawak tuk birthday diaorang lak. Diaorang memang suka makan ball2 dekat sini plus Udon dia. Nanti kami bawak ke steamboat lain lak ea. Try variety yang lain pulak ye. Apa pun, perut tersangat la kenyang. To my husband yang belanja, tq belanja makan sedap-sedap. Walaupun selalu belanja makan sedap, tp coz my birthday, jadi extra special la. Chewah. Hahaha. 

K, chow guys

#19072020

Wednesday, 15 January 2020

Main sakan di Kiddytopia Aeon Mall Nilai

Sempena birthday Lily hujung tahun lepas, I dengan husband berpakat untuk bawak anak-anak semua pergi main indoor playground. Lama dah tak bawak diaorang main-main ni. So memandangkan cuti sekolah hujung tahun lepas memang taka da pergi kemana-mana, so kami pun on jer. I cadangkan untuk ke Kiddytopia di Aeon Mall Nilai. Ni kiranya first time jugak kami ke Aeon Mall Nilai ni sejak dari awal pembukaan dia. 


Sampai-sampai ajer, kanak-kanak dalam Kiddytopia ni memang dah ramai. Tapi kami masuk jugak la. Dah siap-siap semua pakai stokin dah. Rate untuk time cuti sekolah dengan weekdays non cuti sekolah berbeza sedikit. Time cuti sekolah, rata agak mahal sedikit la. 

WEEKDAY
RM28
RM15 (below 2)

Weekend & Public/School Holiday
RM38
RM20 (below 2)


Memandangkan tiket tu kami boleh keluar masuk untuk sepanjang hari (multiple entry), so kami banyak kali juga keluar masuk. Toilet pun berdekatan dengan Kiddytopia ni. Keluar sekejap untuk makan KFC di situ, then lepas tu masuk balik.  Banyak jugak kedai makan dalam AEON Nilai ni ea. Tapi coz birthday girl nk KFC, so KFC la.

For me, Kiddytopia ni not bad la. Taka da la besar sangat pun. Tapi untuk kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun, tak banyak yang diaorang boleh main la. More untuk budak atas 2 tahun. Anak2 I, semua statik dekat kawasan block tu saja. Dekat situ dah berjam. Bila nak balik, duk sibuk kata tak main lagi. Dah berdrama pulak padahal dah more than 3 hours kot dalam tu. Dekat situ, ada juga kawasan untuk parent duduk. Ada meja dan kerusi semua. 

Jom lihat gambar-gambar sekitar Kiddytopia Aeon Mall Nilai. 



KAWASAN BLOCK




SLIDE


ADA TRAMPOLINE JUGA DEKAT SINI YE

DUK MAIN TEMBAK-TEMBAK JER

HAPPY BIRTHDAY KAKAK

SI KECIK YANG PANDAI BERDRAMA

Overall, quite nice la jugak Kiddytopia ni. Memang budak agak ramai sepanjang masa. Mungkin sebab cuti sekolah dan weekends. Apa pun, anak-anak memang enjoy. Balik semua kepenatan. Kami sebagai parents yang duk meninjau ni pun rasa penat. Hahaha. 

Happy Birthday Kakak. Tunggu la ye birthday seterusnya hujung tahun ni pula. 


Wednesday, 7 August 2019

Birthday Treat at Naj and Belle Bangsar

Seronok bila tiap kali birthday coz ada geng-geng yang nak belanja makan. Yeah!! Few days prior to my birthday, ada orang sebut pasal resto ni, Naj and Belle di Bangsar. So time tu, I memang dah usha serba sedikit menu apa yang ada di kedai ni. So bila diaorang tanya nak pergi ke mana for my birthday, terus I cakap I nak pergi ke Naj and Belle ni. Diaorang pun on jerr, Lama pulak tak makan western. Berpandukan grab jer, x jauh pun sebenarnya resto ni dengan ofis. Dalam 10-15 min je gitu. Sebelah NST. Kami hari tu ramai jugak la. Meriah meja kitaorang.

NAJ AND BELLE

INTERIOR

Time kami sampai ke sana, memang I suka sangat dengan interior dia. Walaupun seating dia tak berapa nak banyak, tapi for me, still mencukupi. Takde pulak I tengok orang beratur dekat luar untuk tunggu seating. Resto ni femes dengan Watermelon Cake. I googled up pasal cake ni pun, terus rasa terliur. Sebelum pergi, I macam dah aim nak makan apa. Tapi seperti biasa, sampai jer dekat tempat kejadian, terus tukar menu. Hahaha. Hati memang x cukup kental. Plan asal nak salad, last2 order benda lain. Cheh!!

MENU

MENU

MENU

So lets see what we had that day.

This is the dish that I ordered, Roasted Pumpkin Linguine. Kebanyakan kami ambil pasta coz memang recommended sangat pasta-pasta dekat resto ni. Mine, memang vegetarian sikit la. Tapi I really like the taste. Lagi-lagi sun-dried tomatoes dia. Memang kena dengan taste I.

ROASTED PUMPKIN LINGUINE

Yang ni pulak, what my friends ate that day. Meriah kan. Nasib baik kami ni jenis suka share2. So masing-masing dapat rasa dish orang lain. Antara yang winning dish for me, this one, Soft Shell Crab Linguini. Spicy sikit tapi giler sedap wei. Memang citarasa tekak melayu. Rasa macam butter chicken pasta tu. Ada daun kari bagai. 

SOFTSHELL CRAB LINGUINE

Yang ni pun not bad, Naj Big Breakfast. Memang BIG habis. Telur tu boleh pilih to your liking. Hari tu, diaorang pilih scramble eggs. Memang sedap la. Tapi kalo nak makan ni, for me, kalo sorang, payah nak habis ni. But that's just me. 

NAJ BIG BREAKFAST

Jom usha gambar-gambar makanan apa yang ada hari tu ye. Masing-masing dengan pilihan masing-masing. Tapi overall, I memang suka taste makanan dia. X berapa masin, very flavourful and plating pun sangat cantik. Portion size for me, memang banyak lagi-lagi tuk perut kecik macam I. Tapi coz hari tu, ramai, so semua habis la. 


DONT KNOW WHICH MENU ITEM THIS IS..SORRY

CREAMY PESTO CARBONARA

AGLIO OLIO

Yang ni pulak, memang rare. Their femes Watermelon Cake. Serious sedap giler wokey. Sangat recommended. Nampak simple and elegant at the same time. Pakai watermelon je kat tengah tu, tp gabungan dia, memang mantap. I siap tapau bawak balik lagi kot. Nasib x cair. Husband I pun suka cake ni. Memang antara signature dish dia la. So if you guys datang, kena cuba watermelon cake dia.

Burnt Cheesecake dia pun not bad tp for me, a bit thick. Tapi rata-rata geng I suka burnt cheesecake yang ni.  

WATERMELON CAKE
BURNT CHEESECAKE

LOTS OF CAKE CHOICES

Overall, I suka sangat tempat ni. That day itself, rasa ada dalam 3 meja kot yang menyambut birthday, termasuk I la. Meriah sangat. Dari segi harga, for me, normal to high range la, so tak boleh selalu. Special occasion boleh la ke sini. Lagi special!! 

Thanks guys for a wonderful birthday treat this year. Terharu sangat ok!! Chayang korang!!

Address: Jalan Tandok, Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Thursday, 24 January 2019

Birthday Girl & Ice Bucket

Usually on birthday anak-anak, kitaorang selalu akan makan kat luar la. Memang jarang kitaorang order cake ke apa, coz selalu x kan habis cake tu. So untuk birthday Lily December lalu, I sarankan dekat mr hubby tuk bawak makan ice cream tuk birthday Lily. So hari tu, memang kami berdua ambil cuti. Mula-mula main bowling, tapi birthday girl x main la. Dia x minat pun.

Hari sebelumnya, I ada tunjuk gambar-gambar dessert untuk sambut birthday Lily. Antara yang I tunjuk, adalah Ice Bucket dan juga Hanbing Korean Desset. Last2 Lily pilih nk makan Ice Bucket. So yang paling dekat dengan kitaorang, sememangnye di IOI City Mall. Interior dia quite nice. Simple jer.

maaf ye gambar semua terang-terang..




ADA POKOK YANG HIDUP..TP NAMPAK MCM X BERSIRAM..SO MATI POKOK DIA..HUHUHU

Menu-menu yang ada..Menu K-Pop pun ada ea

ICE BUCKET..YANG BESAR..RM29.90

SMALLER VERSION

KOREAN ANYONE??

TIT BITS

TIT BITS

Plan asal nak order yang besar tu (bucket), tp bila fikir balik, boleh ke habis. So last2 kami decide tuk order dua parfait, size kecik la, Fruit Parfait & Chocolate Parfait. Birthday girl nak yang ada kaler..so fruit parfait tu memang pilihan dia la. Kami makan ni ala2 macam minum petang la so kami xde order yang berat-berat. Order sekadar nugget jer. Banyak tit bits dia yang dah habis. Pelik jugak, coz x ramai pun customer tp banyak yang dalam menu yang xde. So dari segi makanan, x leh nak comment. Rasanya untuk group2 yang besar, leh order yang Bucket. Lagi berbaloi la. 

BIRTHDAY GURL..HAPPY 6TH BIRTHDAY

PENUH..SEBU PERUT LEPAS MAKAN..HARGA RM13.90

Bila sampai jer, anak-anak terus excited. Tapi harus bersabar dulu coz sesi nak ambil gambar. Hahaha. Cian diaorang. My verdict, ehmm..susah nak cakap. Bukan kegemaran I kot. Hehehe. Mungkin cara kami makan salah kot..untuk yang Chocolate Parfait tu, kami dah siap makan portion atas dia dah, so bila nk makan yang portion tengah..jadi kureng sikit.  Rasa ais jer. Bawah dia ada macam rice puff kot..tp overall, still ok lagi coz chocolate kan. Hehehe. Fruit Parfait better kot, coz ada macam2 kat bahagian tengah. Buah-buahan dia memang banyak la. Ice Cream pun dpt Keladi dan Vanilla. Nasib baik x ambil yang besar..kalo x, memang jenuh nak habiskan. 

Yang paling kelakar, birthday girl la, makan ice cream dia beberapa suap, then dah. Kenyang katanya..Apakah??? Diet ke apa. Hahaha..jenuh mama yang kena makan banyak. So overall, boleh datang ke sini untuk try Signature Bucket dia. Kami kalo nk datang lagi, kena bawak geng yg lagi besar. Apapun, birthday girl suka..Malam lak, birthady girl kata nak makan Korean..ok jom!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...