Wednesday, 26 August 2020

Lunch @ Daun.KL Mahsa Avenue

Still mood menyambut birthday lagi walaupun birthday dah sebulan yang lepas. Geng-geng ofis kata nk belanja so apa lagi, JJCM ON!! Tapi coz hari tu, tetibe ada yang bawak ala-ala potluck pagi tu, so perut dah agak kenyang. I ajak makan dessert and mengopi sahaja. Tu yang kami ke Daun.KL di Mahsa Avenue ni. Tak silap, ni adik beradik dengan Pokok.KL la. Pandai diaorang pilih nama kan. Satu Pokok, satu lagi Daun. Senang nak ingat. 

Time kami sampai, ramai kot dekat Pokok.KL tu, tp kedai Daun.KL di kawasan atas Pokok ye. Hahaha. Sebelum datang situ, dah usha sedikit dah apa yang ada. So antara yang menarik perhatian adalah Pavlova. Coz cantik sangat, siap ada bunga-bunga. I ni jenis jarang pergi ke tempat-tempat mengopi ni atau tempat jual bakery atau dessert sahaja ni. Nak ajak family, mcm tak berapa sesuai. So kalo ke tempat mcm ni, memang akan pergi dengan geng2 ofismate sahaja. Tempat untuk lepak-lepak and bergossip.


Kawasan dia tak berapa luas sangat tapi banyak woo cahaya masuk so memang cantik untuk ambik gambar. So jom usha menu dulu ye. Untuk air, I order Matcha Latte Cold. lepas dah order tu, baru perasan, eh ada Pink Latte..kalo tau, order yang tu..hehehe..





So untuk dessert, ini yang kami order. Favourite antara semua, Kek Marble tu ye. Hahaha. Nampak simple, tapi seriously sangat sedap. Very warm and moist. Tak cukup satu. Yang Beef Bacon and Bechamel pun sedap. I pilih, Nutella Croissant. Yang ni pun not bad. Pavlova dia pulak, for me, walaupun dia cantik giler, dan sayang betul rasa nak makan, tapi it is actually very very sweet. Memang la patutnye manis pun..tp macam oversweet. So tu antara yang last kami habiskan. 



Overall, Daun.KL ni quite a nice place. Choices bakery items agak banyak jugak la. Semua nampak sedap-sedap. Tapi kalo nak makan solely for lunch, rasa x kenyang kot. Kalo lapo betul, kena pg ke Pokok.KL la. Daun ni memang tempat chill2 lepak-lepak sambil minum latte and kek. 

To the geng, thank you so much for your treat. Ngada-ngada kan mak buyong ni. Macam-macam dia nak try. Hahaha. Nasib geng semua sporting. Muah cikit kat semua..

Address : Address: MAHSA Avenue, Block B, Level 2, Jalan ilmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...