Monday, 11 March 2019

Lunch @ Warung Pak Din Palm Grove Klang

Hari tu otw nak ke rumah mertua dia Klang. So otw, kami singgah la makan dulu. Time I tngh google untuk tempat makan di kawasan Klang, tempat ni keluar antara salah satu option. So hubby pun on jer. Kami sampai xde la tengahari sangat. Dalam 2 lebih jugak la. Ni kiranya first time kami kesini. Kalo ikutkan, ke arah bertentangan dengan rumah mertua tp xde la juah mana. 

Time kami sampai, x ramai pun customer. Ramai yang membeli kuih muih untuk tapau. Tapi kan, masuk jer, mata memang akan x berkelip coz banyak sangat choice kuih muih dekat situ. Rambang sangat mata ok. Dekat sini, ada jugak stall2 kat kawasan belakang. So setiap stall, ada jual makanan & minuman yang berbeza. 

WELCOME TO WARUNG PAK DIN


SEATING AREA

Hari tu, I order Mee Kari dan anak pulak, order Nasi Kukus Ayam Berempah. Husband dah makan macam2 sebelum mai sini so dia makan kuih muih jer. Lily & Uzayr pulak, makan meehoon goreng bungkus kat situ. 

KUIH MUIH 

KUIH MUIH

KUIH MUIH

Ni Mee Kari I. Serious pekat kuah dia. Memang cukup rasa. Ada rasa pedas2 dan manis2. For me, rasa sedap la, walaupun my kind of Mee Kari, yang jenis banyak kerang tu. Perghh..tapi susah kot nak jumpa. But overall, Mee Kari yang kat sini, I suka jugak. Siap kena tudung lagi. Hahaha. Terpecik!!

MEE KARI

Ni pulak, Nasi Kukus Ayam Berempah. Crunchy giler ayam dia. Panas2 lak tu. Memang masyuk. Sos dia for me biasa saja. Ramai jugak yang I nmpk order yang ni. Dr segi harga pun reasonable lagi. Tapi macam biasa, Ziyad x dpt nk habiskan, so yayah jugak la tukang habiskan nasi ayam berempah tu. Hehehe. 

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH

Kami makan macam2 jenis kuih kat situ. Tapi yang paling awesome, yang dua ni. Pulut Panggang dan juga kuih Cucur Jawa. Anak I suka betul cucur jawa. Memang sedap la. Pulut panggang dia, lembut je pulut dia. Inti dia pulak, padat, pedas n manis2. Memang sedap. Susah tau nk jumpa kuih muih yang sedap ni. Ada jugak kitaorang try kuih muih yang lain, mcm karipap, tauhu sumbat..ok jugak la..tp x dpt nk kalahkan dua kuih tu la. Memang kena cuba.

CUCUR JAWA & PULUT PANGGANG

Sebelum balik, of coz la kena tapau kuih sikit. Anak I x habis lagi dengan penangan cucur jawa dia. Kitaorang tapau kan jugak. Kedai ni for me, agak unique la, coz jarang nk jumpa kedai macam ni. Ni kalo waktu petang, mesti ramai duk membeli tuk minum petang. Choice banyak. Harga kuih dia, mahal sedikit la. X dpt la 3 seringgit tu. Rata2, dalam RM0.60 seketul. 

K, perut dah kenyang hati pun gembira. So kami sambung perjalan ke rumah in law. 

Address: 44, Jalan Ladang, Taman Palm Grove, 41200 Klang, Selangor

K, chow. 

4 comments:

  1. Wahhhh port untuk menambah kolesterol dan kilogram ni hehehehehehehe. Harus cuba singgah ke sini apabila terpergi ke kawasan Klang esok-esok hari

    ReplyDelete
  2. byk pilihan kuih muih..sure rambang mata nk pilih yg mn 1

    ReplyDelete
  3. kuahg mee kari dia nampak pekat. aishh kalau ada banyak kerang memang ngam giler kot. susah nk jumpa skrg ni.

    ReplyDelete
  4. aduhduh tengok kuih muih pun dah meleleh air liur. jarang jumpa esp kuih sagu tu.

    mee kari dapat yg pekat likat tu memang sodapp.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...