Tuesday 26 February 2019

Lunch @ Pokok.KL, MAHSA University

Minggu CNY hari tu, ramai yang still on vacation & holiday mode. So kami yang xde pg holiday ni, masuk kerja macam biasa la. Terasa lama pulak x jumpa geng-geng ofis. Hahaha, padahal baru beberapa hari. So bila masuk ofis tu, semua muka gembira. Terus tengahari tu, plan nk lunch dekat luar memandangkan jalan x berapa nak jem. Ada banyak pilihan sebenarnya, tapi last kami pilih Pokok.KL coz dekat dengan ofis. 

Kami gerak awal sikit. Dalam 10 min gitu kami pun sampai. Ingatkan kami dah awal, rupanya dah penuh dah kat situ. Kami tunggu la kejap. X lama pun. Tapi kami x dapat seating dalam Pokok.KL tu. Dapat seating kat luar. Interior dalam dia memang cantik dan unique la. Macam dalam glass house. Ada sprinkler kat atas bangunan tu n also natural sunlight. Memang tempat yang best untuk ambil gambar. Tp kat luar pun ok jugak. Dapat ambil udara segar. Pokok.KL ni dikawasan MAHSA University. 

WELCOME

INSIDE OF POKOK.KL

Jom usha menu dia dulu ea. Menu dia x berapa extensive sangat. Tapi itu pun dah buat kitaorang garu kepala nak pilih apa. Hehehe. Memandangkan I bawak anak I sekali hari tu, so I memang x dpt nak buat pilihan la. Terus dia dah chop nak makan Carbonara Pasta, add on sausages. Pandai dia pilih. Yang lain order, Cili Padi Pesto Pasta & Smoked Salmon Benedict.

MENU

MENU

Makanan agak cepat jugak ye sampai. Portion agak besar jugak la untuk I. Nasib anak I ada. Kami kongsi2, dapat la habiskan semuanya. Geng2 yang lain pun x dpt nk habiskan. So kami tolong makan mana yang boleh. Hehehehe. Seriously, semua sedap. Anak I memang pandai pilih. Carbonara Pasta dia memang sedap giler. Pekat dan tasteful. Add on pulak sausages, memang kena. Rata2 setuju yg Carbonara Pasta kat sini rasa dia memang spot on. Seriously, I memang suka.

CARBONARA PASTA WITH ADD ON SAUSAGES

Yang ni, Chili Padi Pesto Pasta, for me so unique rasanya. Discussion kami lunch tu, macam mana agaknya nak masak dish tu. Haha. Sedap wei. Yang ni kena cuba ye u ols. Ni pun add on chicken. 

CHILI PADI PESTO PASTA WITH ADD ON CHICKEN

Yang ni pulak, salmon dia sedap sangat ok. Sapa yang suka smoked salmon, kena cuba yang ni. Tapi cepat gk kenyang coz ada roti sekali. Two slices of bread tau.  Diaorang mampu makan satu jer roti tu. Padat. Tapi gabungan dia memang sedap.

SMOKED SALMON BENEDICT

Tiga-tiga pilihan semua sedap. X sure bila akan datang lagi ke sini, coz harga boleh tahan la. Kalo nak makan group ramai, agak susah, tp still ok lagi coz diaorang akan bukak table di bangunan sebelah la.

OUR PLATES OF GOODNESS

Kalo dengan geng2 makan, x sah kalo x order dessert. Kami order their Signature Chocolate Lava. Presentation dia memang impressive. Cantik sangat siap ada fresh flowers lagi. Nak makan pun rasa sayang. 

SERIOUSLY DELICIOUS

Bila potong tengah tu, xde la leleh sangat. Sikit je leleh dia. Pekat gk rr portion dalam. Tapi gabungan dengan ice cream vanilla dan kek tu, memang awesome. Walaupun kami dah kenyang, tp still dapat menghabiskan kek tu sampai licin. 

Overall, tempat ni bukan setakat cantic dan unique, makanan pun sedap-sedap. No wonder always packed full of customers. Repeat?? Of course tapi x leh selalu. Ingat next time nak bawak husband la kesini. Memang his kind of food. Hehe.

Address: MAHSA Avenue, Block B, Jalan Elmu, off, Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...