Wednesday, 13 November 2019

Restoran LC, Presint Diplomatik Putrajaya

Hari tu husband ajak try makanan di LC (Line Clear) Putrajaya. Line Clear ni femes di kampong bharu tapi sampai ke hari ni, I tak pernah makan cawangan yang sana. So bile dia bukak cawangan dekat Presint Diplomatik Putrajaya, kami pun try la. Lagi-lagi waktu lunch hari tu memang tengah kelaparan habis.

Kami memang dah aim dah nk makan apa. Tapi seperti biasa, bila tiba je mesti lupa daratan sikit. Tetibe semua benda nak merasa. So I ambil set Bawal Goreng dia la. Husband ambil Nasi, plus Sotong  Kari, Telur Sotong & Sayur kobis. Anak2 pulak, ambil Ayam Goreng Berempah dia la. Penuh meja wei. Memang makan sakan hari tu. 

OUR LUNCH

Truth to be told, I memang jarang makan Nasi Kandar. Serious jarang, so bile sekali sekala tak berdiet, gini la lunch dia. Hahaha. Set Bawal Goreng dia, datang dengan sayur2 bendi dan kacang, plus sambal dan kuah kari dia la. Overall, I suka set ni. Crunchy habis bawal dia. Coating bawal dia memang sedap. Crunchy habis. Kari dia pun mantap. Memang jilat jari la. Bawang goreng yang diletak atas bawal tu pun, ranggup. 

SAYUR KOBIS, SOTONG KARI, TELU SOTONG & AYAM REMPAH

SET BAWAL GORENG

Sotong dengan telur sotong dia pulak, not bad la rasa dia. Tapi kari dia, I still suka kari ikan bawal tadi. Lebih pekat dan sesuai makan dengan nasi. Ayam goreng berempah dia pulak, mak aii, I rasa ni antara yang tersedap la. Tak tau apa dia letak dekat ayam dia, tapi memang sedap habis. Rasa x cukup lak hari tu tapi coz lauk lain dah banyak, x leh nak tambah..hehehe..

LAUK PAUK

LAUK PAUK

AYAM BEREMPAH YANG SEDAP GILER


Memandangkan restoran ni baru juga dibuka, so environment still nampak macam baru la. Kawasan Diplomatik semakin lama menjadi tempat Hotspot untuk kami sekeluarga. Ada pelbagai tempat makan dan lepas tu, leh beli barang2 harian di Mydin berdekatan. Mr DIY pun ada dekat2 situ, so dah jadi antara tempat fav kami bila keluar. Apapun, makanan dia memang sedap. Makan panas-panas lak tu, confirm khusyuk sampai x pandang kiri kanan. Hahaha. Ni la akibat lama tak dapat nasi kandar. 

My verdict, confirm pergi lagi..Nak ratah ayam tu.. 

Address: 16, Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...