Friday, 21 June 2019

Lunch @ Sushi Uchi Mesamall Nilai

Siapa yang selalu terjah my blog, mesti selalu perasan ada banyak entry pasal kedai sushi. Hehehe. Kami memang peminat sushi so kalo ada kedai sushi yang halal, kami memang suka nak try. Kedai ni pun tak terkecuali. 

I ajak husband untuk pg ke SSF sebenarnya tp selalu pg yang dekat D’Pulze jer, so saja nak cari cawangan yang lain. So I propose Mesamall Nilai. So bila google tempat makan, it turns out ada kedai sushi dalam mall tu. Ni first time kami ke Mesamall Nilai ni. Rupanya ada banyak juga hypermarket dan mall kat Nilai ni. Semua dekat2. Giant, Tesco, Aeon & Mesamall ni. 

Mall ni bergabung dengan apartment. Core anchor dia, Jaya grocer la. Macam2 rupanya ada dlm mall ni. Memandangkan dah lunchhour, so kami terus terjah ke kedai Sushi Uchi. Besar jugak kedai dia rupanya. Tp mall ni x ramai orang pun. Tapi kedai makan dia, ada pelbagai choice. Tapi sedih jugak la coz x ramai walaupun during weekends. So harap2 mall ni dapat la bertahan. 

SUSHI UCHI

KOSONG

ENVIRONMENT..X RAMAI ORANG

Jom usha menu dia. 

MENU

MENU

MENU

MENU

Dari segi kepelbagaian, x sebanyak kedai Jepun yang I pernah pergi la tapi yang basic semua ada. So hari tu, I makan Saba Set while husband pulak order, Yakiniku Don. Anak2 macam biasa, makan Udon. Dari segi sushi pulak, masing2 ambil kegemaran masing2 la. Tamago untuk si Uzayr dan Inari untuk si Ziyad. Si kakak memang x berapa gemar makan sushi, just Udon sahaja untuk dia. 

UDON

Dari segi rasa, not bad. Sushi dia, biasa sahaja. Lebih kurang sushi restaurant lain. Saba set dia, I suka. Penuh rasa. Set ni datang sekali dengan Nasi, Chawan mushi dan miso soup. Husband punya pulak, portion agak banyak jugak. Dari segi rasa, macam ada yang x kena. Tak seperti Yakiniku tempat lain. Tapi still kami habiskan. Choice set dia agak limited jugak la kat sini.

BEEF YAKINIKU

Kali kedua kami kesini, I cuba menu yang lain. Husband kali ni order Set Saba macam I punya hari tu. I lak order Set ala2 steamboat - Shabu-Shabu Set. Set yang I makan ni agak lambat sedikit sampai. For me, memang makanan sihat la. Kuah dia pun xde rasa sangat. I siap tambah kicap lagi. Hehehe. Tapi portion dia memang banyak. Overall, Saba Set dia la setakat ni yang win for me. 

SHABU SHABU SET

I memang suka makan sushi, walaupun setakat beli di pasaraya jer. Mana2 kedai sushi yang halal I akan suka. Tempat ni pun I suka. Environment best, luas je kedai dia, menu dia walaupun x extensive tp still not bad. Just mungkin tak ramai customers, so tempat ni agak kurang meriah. Tapi mungkin weekdays ramai orang kot. So sesiapa yang nak makan Sushi di area Nilai ni, boleh la mai sini. 

Address: Mesamall,Jalan, Persiaran Ilmu, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...