Tuesday, 25 June 2019

Birthday & Fishing Trip to Ajlaa Village Resort Hulu Langat

Our first trip for 2019. Tahun ni, belanja husband untuk short getaway trip sempena birthday dia Januari lalu. Lama dah trip ni sebenarnya, baru sekarang nk update. Hehehe..Sambil bercuti, sambil activity memancing sekali. So lepas google2 semua, akhirnya, I tempah, 2 days 1 night dekat Ajlaa Village Resort yang terletak di Hulu Langat Selangor. Kami pun kalo boleh x nak ke tempat yang jauh-jauh. So dalam pukul 10, kami dah start gerak untuk ke Ajlaa Village Resort ni. 

Antara attraction yang ada di Ajlaa ni, ada kolam pancing sekali. Tu antara reason kenapa I pilih Ajlaa ni. Coz tujuan birthday trip ni pun, memang untuk pergi memancing as a family. N kalo boleh, husband nak I dapat ikan untuk pertama kalinya. 

So dalam pukul 2 lebih kami sampai. Nasib dapat check in awal. Kami dapat bilik di bahagian depan resort. Kami x pilih pun resort atas kolam tu, coz katanya toilet dia dekat bahagian luar. Dengan anak kecik ni, better ada bilik air sendiri dalam bilik. Kami ambil bilik besar sikit. Ada one queen bed plus one single bed. Quite nice. Bersih dan kemas. Toilet agak kecik sedikit tp functional la. Yang bestnye, kami dapat betul-betul depan swimming pool. Ada dua lak tu. Belakang dia pulak, adalah kolam pancing. Facilities semua dekat. Xde breakfast ea. Kami breakfast sendiri saja. 

WELCOME TO AJLAA..

OUR ROOM..YANG HUJUNG SEKALI. SAMPAI2 JE KE AJLAA..AKAN NMPK BANGUNAN PUTIH NI DULU

KOLAM 2

KOLAM DEPAN BILIK

TERIK2 PUN MANDI..NAMA PUN BUDAK..HAHAHA

QUEEN BED

SINGLE BED

Sampai je ke Ajlaa tu, anak-anak dah x sabar dah. Dengan cuaca panas nye, semua pg terjun mandi kolam. Senang je nk monitor. Dekat dengan bilik. Petang sikit, husband ajak pg memancing dekat kolam. Xde la besar mana tapi not bad jugak la. Ramai jugak yang duk memancing. Petang tu jugak, I dapat my first ever ikan. Ikan Talapia Merah. Berjaya bawak naik ikan tu sendiri tanpa bantuan husband. Anak pun dapat ikan jugak. Tapi lepas tu kami release balik la ikan2 tu.

ME AND MY FIRST FISH..

MASING2 NK PEGANG IKAN. KAMI SIAP PICNIC TEPI KOLAM TU. 

Malam tu, kami masak steamboat sendiri. Bawak bekalan semua dr rumah. Habis je makan, husband pi sambung memancing lagi..anak-anak pulak, pi sambung mandi..I duk  tengok je la. Sejuk kot air dia. Air dari bukit kot. Tp diaorang relax je mandi. Lepas tu baru ngadu sejuk. 

Esok paginya, kami sambung lg memancing. Baru I tau, time memancing ni, kita x sedar pun waktu tu berjalan. Rasa sekejap, tp sebenarnya dah berjam kat situ. I dapat Ikan Talapia Hitam pulak. Not bad la kan. Dekat sini, ada banyak kawasan chalet2 dia. Kami dapat yang bahagian bawah. Setiap kawasan dia pulak, memang ada swimming pool dia tersendiri. Tapi rasanya yang best, kat sini ada jugak Banglo atas air. Rasa kalo keluarga yang besar, boleh ambil yang tu. Terus boleh memancing dari balcony. Kami x pergi memancing pun dekat kolam atas. Kami just lepak kolam bawah jer. 

BAHAGIAN CHALET YANG LAIN

SENANG NK PANCING


BOLEH PANCING TERUS DR BALKONI

SWIMMING POOL BAHAGIAN ATAS

Overall, I memang suka tempat ni. Walaupun bilik kami tiada TV, dan kawasan sini memang seriously susah giler nak dapat line, but by the end of the day, kami anak beranak semua happy. Mungkin time kami pergi minggu tu, x full house. Maklumla, baru je bukak sekolah. So kawasan kat situ, memang nyaman, quiet, and so calming. Yang bising-bising just anak-anak I je. Hahaha.

I book through  number Ajlaa Resort ni. So urusan tempahan bilik semua thru WA saja. Boleh check di FB Ajlaa Resort ye : --> AJLAA

K, now dah plan another fishing trip..for my upcoming birthday pulak. Stay tune!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...