Oh No..chicken pox!!
Sewaktu I mengandungkan anak kedua..anak i yang sulong dijangkiti chicken pox pulak...time tu i rasa cemas jugak la kalo i terjangkit sekali...i pernah kena demam campak waktu zaman sekolah rendah dulu....walopun orang kata kalo dah pernah dijangkiti, kebarangkalian nak kena jangkit adalah tipis..tapi i still rasa cemas coz takut boleh ada effect dekat baby dalam kandungan...Alhamdulillah..sepanjang anak sulong i kena...i terlepas dari jangkitan tu...fuuhhh dugaan ketika mengandung...
Sewaktu I mengandungkan anak kedua..anak i yang sulong dijangkiti chicken pox pulak...time tu i rasa cemas jugak la kalo i terjangkit sekali...i pernah kena demam campak waktu zaman sekolah rendah dulu....walopun orang kata kalo dah pernah dijangkiti, kebarangkalian nak kena jangkit adalah tipis..tapi i still rasa cemas coz takut boleh ada effect dekat baby dalam kandungan...Alhamdulillah..sepanjang anak sulong i kena...i terlepas dari jangkitan tu...fuuhhh dugaan ketika mengandung...
Di bawah ni ada artikel mengenai chicken pox and pregnancy..
Cacar air (chicken pox) boleh menjadi lebih teruk jika anda dijangkiti ketika sedang hamil, dan anda lebih berkemungkinan untuk mengalami komplikasi yang berbahaya seperti radang paru-paru (pneumonia). Oleh itu, penting bagi anda memaklumkan kepada doktor jika anda mengalami masalah pernafasan atau simptom-simptom baru yang lain semasa anda menghidap cacar air.
Doktor mungkin akan mencadangkan anda mengambil acyclovir, iaitu rawatan antivirus yang mengurangkan simptom-simptom cacar air dan memendekkan tempoh penyembuhan. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya rawatan ini dimulakan dalam masa 24 jam daripada anda mula mendapat ruam.
Jika usia kehamilan anda di bawah 20 minggu, doktor mungkin tidak mengesyorkannya kerana terdapat risiko ubat tersebut boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
Menghidap cacar air semasa hamil tidak meningkatkan risiko keguguran dalam trimester pertama, tetapi masalah mungkin berlaku jika virus ini menjejaskan bayi anda semasa dalam kandungan atau semasa baru dilahirkan. Masalah-masalahnya termasuklah kecacatan semasa lahir seperti parut, masalah mata dan anggota badan yang pendek.
Risiko cacar air membahayakan bayi bergantung kepada masa anda dijangkiti virus tersebut. Jika anda dijangkiti sebelum minggu ke-13, risikonya sangat rendah, dengan hanya setengah peratus bayi menerima kesan sampingannya. Pada minggu ke-13 dan ke-20, risikonya meningkat sedikit hingga kurang sedikit daripada satu peratus bayi yang terjejas. Pada minggu ke-20 dan ke-36 kehamilan, bayi anda berkemungkinan besar tidak akan terjejas. Sebaliknya, dia mungkin akan mendapat kayap dalam beberapa tahun pertamanya. Selepas minggu ke-36, risikonya meningkat sekali lagi. Jika anda dijangkiti pada masa ini, maka bayi anda mempunyai satu dalam dua kemungkinan turut dijangkiti, tetapi simptom-simptomnya mungkin tidak muncul kerana pelalian dalam badan anda telah disalurkan kepadanya. Jika anda mendapat cacar air tujuh hari sebelum atau selepas melahirkan, bayi anda berada dalam risiko yang serius kerana dia tidak akan menerima banyak antibodi daripada anda untuk meningkatkan sistem imunnya.
Sekiranya anda termasuk dalam kes yang terakhir, bayi anda akan diberi suntikan varicella-zoster immune globulin (VZIG) yang mengandungi antibodi terhadap cacar air. Kira-kira separuh daripada bayi dalam kategori ini akan mendapat cacar air tetapi VZIG akan melemahkan simptom-simptomnya. Rawatan antiviral menggunakan acyclovir juga merupakan satu pilihan bagi bayi-bayi baru lahir yang mendapat cacar air.
Jika anda tidak pasti sama ada anda pernah mendapat cacar air sebelum ini ataupun belum, doktor anda boleh menjalankan ujian darah untuk memeriksa sekiranya anda mempunyai antibodi terhadap cacar air. Lebih cepat ujian ini dilakukan selepas pendedahan terhadap virus ini, lebih baik, kerana keputusan makmal mungkin mengambil masa di antara 24 hingga 48 jam.
Jika keputusannya menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai antibodi terhadap virus ini, doktor anda akan memantau kes anda dan mungkin mencadangkan supaya anda mengambil suntikan VZIG untuk melindungi anda dan bayi anda.
VZIG akan mengurangkan keterukan jangkitan, tetapi anda perlu mengambilnya dalam masa 10 hari selepas dijangkiti untuk memastikan ia berkesan. Jika anda masih mendapat ruam, maklumkan perkara ini kepada doktor anda secepat mungkin.
Sekiranya, dalam masa tiga minggu atau lebih selepas mengambil VZIG, anda bersentuhan sekali lagi dengan seseorang yang menghidap cacar air atau kayap, anda mungkin perlukan satu lagi dos vaksin tersebut.
Demam campak igauan ngeri sebab kena berpnatang dalam tempoh yang agak lama... Tapi jika imun kuat dan dengan izin Allah insya Allah boleh lawan virus demam campak nih.. tapi yg pasti, demam campak bukan sekali je dalam seumur hidup, bergntung kepada kekuatan imun badan itu sendiri..