Monday 9 June 2014

Bengkak Susu..Sakitnye!!!

Alhamdulillah..anak kedua ni..i dimurahkan rezeki dgn melimpahnye air susu badan...satu hari mesti at least 3 kali i kena pump..pagi sekali, petang sekali n sebelum tido sekali..coz kalo i x pump..cian kat baby nak isap..air susu keluar laju...byk jugak stok i dpt buat time dalam pantang...dpt dlm 3 peti jugak la..Rezeki..

Dlm 44 hari pantang tu..dua kali i kena bengkak susu..dua2 kali coz i x pump sebelum i nk tido..time tu hormom malas melanda n ngantuk sgt..so i skip satu session pump..pagi esoknye..terus sakit kat bhgn bawah ketiak..terus dia attack kat bhgn urat saraf kat situ..pergghhhhh..menangis jugak la...terus i demam hari tu...demam teruk jugak la...menyesal x pump malam tu.."lesson learned"..walopun i pump lps bengkak susu tu..still sakit x reda..so last i ambil pil tahan sakit..terpaksa..huhuhu..time bengkak susu..tersentuh je breast..mesti akan sakit..seharian jugak la menahan sakit..time bengkak susu tu..i rasa badan lemah sangat..terasa mcm satu badan sakit...nasib baik ada breastpump..adalah amat penting untuk beli pump sebelum deliver..coz kita x tau apa akan terjadi dalam pantang...

Serba sedikit tentang bengkak susu...

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.

1.Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2.Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3.Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4.Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5.Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

6.Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7.Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8.Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9.Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10.Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.

Disini I akan letak link pembacaan dari Mama's Choice yang sangat bermanfaat mengenai masalah dihadapi ketika penyusuan baby. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...