Showing posts with label Steamboat. Show all posts
Showing posts with label Steamboat. Show all posts

Friday, 24 July 2020

Birthday Treat @ Sukiya IOI City Mall Putrajaya

Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk menyambut hari jadi tahun ni. Dan seperti biasa, every year, husband akan belanja makan sedap-sedap. Tahun ni, I dah aim nak makan dekat dua tempat tapi ikut plan asal sebenarnya nak ke tempat lain. Sukiya ni second option la. Tup2 tempat tu dikatakan baru lepas sanitasi disebabkan ada yang positive covid..so terus tak jadi. So I bagi tau nak makan dekat Sukiya. Sukiya ni dulu kami ada jugak makan di Alamanda tapi dah tutup cawangan sana. Bila diaorang buka cawangan di IOI City Mall..punya la gembira. So ahad lepas, setelah sekian lama, baru dapat makan Sukiya balik. 


RATE

Time kami sampai, dalam lunch hour jugak la. Kami expect tak ramai la makan situ. Tapi time kami sampai, kena beratur..nasib kami family yang kedua. Anak-anak I dah tak sabar dah nak makan. Maklumla, diaorang suka makan-makan sup dengan ball2 ni. Lama kami tak bersteamboat. Sukiya ni for me, best, coz ada pelbagai jenis sup. So hari tu, kami ambik sup yang paling pedas (atas permintaan suami), so kami pilih Sup Mala. Untuk anak-anak, kami ambik Miso Sup. 

Disini, konsep shabu-shabu & sukiyaki. Japanese steamboat. Boleh pilih 2 jenis sup. Kami secara kebetulan, dapat port betul sebelah tempat letak makanan, sushi n ice cream. Heaven la. Senang nak ambil makanan bagai. Another attraction dekat sini, diaorg nye ayam, daging and kambing slices. Perghh..daging dia memang sedap giler. Alltogether kami dapat 12 mangkuk, tp kami mampu habiskan 8 jer. Memang terbaik la. Dari segi sup pulak, memang sup Mala tu pedas. Cili dia besar2 lak tu. Tapi I tengok husband I dengan anak sulung I relax je makan. I dah surrender dah. Hahaha, I nye sup, dah campuran Mala n Miso dah. Nasib sedap. I banyak ambik sayur2. Ball2 dekat sini tak banyak tapi beef balls dia, sedap wei. Lain sikit dr yang lain. 

SUP MERAH TU SUP MALA

AIR DIA, ADA LEMONGRASS N GREEN TEA

ASSORTED DIPPINGS

CHICKEN, BEEF AND MUTTON SLICES

Dekat sini ada juga assorted sushi. Memang diaorang akan refill jer bila dah nak habis. Non Stop. Rasanya banyak kali jugak I duk ambik sushi dekat sini. Ice cream pun ada kat sini. Tapi just ada chocolate, Matcha n Mix Choc n Matcha la. Ice cream dia serious terlupa nak snap gambar. Ambik2 terus ngap. Haha



ASSORTED SUSHI 

30 WEEKS PREGGY. DAH MOK DAH. HEHEHE
Balik jer dari makan, anak-anak tak habis-habis kata nak makan situ lagi. Siap dah chop suh bawak tuk birthday diaorang lak. Diaorang memang suka makan ball2 dekat sini plus Udon dia. Nanti kami bawak ke steamboat lain lak ea. Try variety yang lain pulak ye. Apa pun, perut tersangat la kenyang. To my husband yang belanja, tq belanja makan sedap-sedap. Walaupun selalu belanja makan sedap, tp coz my birthday, jadi extra special la. Chewah. Hahaha. 

K, chow guys

#19072020

Tuesday, 28 May 2019

Iftar di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

Untuk tahun 2019 ni, kami dah jarang berbuka di luar. Kali ni I siap ambik cuti lagi coz risau jem time nak balik kerja. Hehehe Tiap tahun, office husband mesti ada buat acara berbuka bersama2. So I join venture sekali la. Tahun lepas dibuat di Tasik Cempaka Villa Bangi. Tahun 2019 ni pula, dibuat di Pak John Steamboat IOI City Mall. Dekat je la dengan rumah. 

Serba sedikit pasal Pak John. Pak John ni Halal tau. 

“Fry all you want or just get going with the food in soup,it is all up to your choice of sensational dish-mix! At Pak John, we serve urban cuisine consists of the most on-trend modern food yet reinvented into magnificent subtle creations that sum up as a one of a kind genre.By implementing our years of experience in the culinary industry, we proudly present you with the most sensual urban cuisines that will satisfy you no matter you are a steamboat fanatic, a Yong Tao Foo dinner or a regular cafe goer. We serve not one kind but all.” (www.pakjohn.com)

Dekat Pak John ni ada both Steamboat & BBQ. Choices dia pulak, ya rabbi, banyak giler ok. Sampai x tau nak makan apa. I selalu x makan banyak time berbuka. So hari tu, memang lama kot kami duk kat Pak John tu. Kami dapat seating di luar. Jauh sedikit la dr tempat makanan. Tp still ok coz anak2 I kaki berlari. Haha. Untuk choices of soup dia pulak, kami pilih miso soup. Coz anak2 I x berapa gemar pedas sangat. Tapi I suka miso soup dia. Lagi2 bila pairkan dengan barangan steamboat dan udon. Memang sedap. Cicah pulak dengan sauces dia. Memang bertambah. Tomyam dia agak sedap jugak. Xde la pedas pun sebenarnya. Next time leh cuba tomyam dia pulak la. Sauces dia pulak, ada pelbagai tau. My fav..Thai green Chillies & Spicy Thai Chillies. 



Dari segi choices steamboat dan BBQ, for me dua2 banyak. Lagi2 steamboat dia, coz ada ball2 dan frozen item yang I x pernah try sebelum ni so quite nice. Sayur2 pun banyak tp for me mcm kurang fresh sedikit. Selain dari steamboat dan BBQ, ada jugak nasi dan lauk pauk. X sure kalo ini adalah untuk bulan Ramadhan saja kerr atau memang sentiasa ada. Ada meehoon, pizza, sushi, dessert dan makanan snacks yang bergoreng.

GAMBO MEJA BELAKANG..HEHE

SEDAP!!

CHOICES MARINATED MEAT DIA MEMANG BANYAK

VEGGIE SECTION

ANTARA YANG SEMPAT MASUK DALAM PLATE. SIAP ADA SOTONG KERING BAKAR. YG TU SEDAP

UDON WITH MY CHOICE OF BALLS

BERTAMBAH2 I MINUM AIR LEMONADE DIA

Ada jugak kaunter untuk waffles, ice cream, dimsum dan kambing slices. Semua ni kami makan last2 coz awal2 tu memang ramai beratur situ. Time nk hujung2, dah sunyi sikit. Kambing slices dia memang nipis. Sedap di grill atau dimasukkan dalam soup. Sangat recommended. Ice cream dia pun banyak choice. Anak I siap dua tiga kali makan. I pulak..apa lagi..buat Float la..hehe

CHOICES OF ICE CREAM

BERATUR UNTUK ORDE WAFFLE, DIM SUM..ABC..

TIME NK BALIK..TETIBE DIAORANG DTG BAWAK POPIA BASAH NI..SEDAP GAK

Dari segi harga, for me, not bad la. Coz dia ada both Steamboat dan BBQ & makanan pelbagai yang lain. Tp coz I sendiri hari tu, defeat awal dh..perut x leh masuk banyak..haha tp still I rasa puas hati makan. Mungkin juga I minum 4 gelas kot malam tu. Giler haus. 

X BERAPA CLEAR..BOLEH TNGK HARGA DI WEB PAK JOHN JUGAK YE

Tak silap Pak John ni ada 2 cawangan. Satu di IOI City Mall dan satu lagi di eCurve Damansara. Overall, I sangat recommend kedai ni. Puas hati sangat makan. Next time I nak mai lagi sini. Hahaha.
K, chow for now. 

Address: GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya

Thursday, 27 April 2017

Dinner @ Cafe Lat Tali Lat Steamboat & Grill Sungai Sembilang

Jarang-jarang keluarga I dapat berkumpul tuk makan sama2..i adik beradik x ramai, tiga orang saja..dan I la satu2 anak yang x duk berdekatan..kakak n adik I semua duduk berdekatan dengan rumah parents i..I yg duk Putrajaya, kiranya yang duduk paling jauh la..hehehe..time balik hari tu, semua ajak makan luar..tp kalo boleh, x mau “usual place” kitaorang..hahaha..so this time around, ada a new steamboat and grill yang baru buka di kampong kitaorang ni. Jiran kitaorang jgk la..satu jalan dengan rumah parents i..drive x sampai 2 minit..hehehe..apa nama cafe ni..-->>Cafe Lat Tali Lat Steamboat & Grill

Harga dia for me memang berbaloi la..
HARGA SANGAT BERPATUTAN

Malam tu, tetibe hujan lebat..tp duk makan steamboat n grill di kala hujan2 tu la yang best..tp malangnye malam tu, I x berapa nk sihat..lebih 10 kali kot I cari tandas..memang bukan rezeki I untuk memikmati steamboat n grill dia..bila nak repeat ni wei??? Huhuhu

Jom lihat apa yang ada..kawasan dia x berapa nk besar..tp boleh la kalo nk muatkan puluhan orang..variety for me dah ok..hanya malam tu, xde ayam lak..biasa la..kami2 ni kalo duk kampong, ayam tu memang rare la..dah kampong tepi pantai..seafood memang heaven...malam tu beraneka seafood ada la..ketam..kupang..ayam je yg xde..so anak2 I makan mee hoon, sosej dan beraneka ball-ball tu..diaorang x gemar seafood2 ni lagi..

Kalo x silap, malam tu mcm ada dish lain..kalo x silap, mcm ada nasi lemak..hilang ingatan pulak tetibe..kekeke

CHOICES UTK GRILL

BERANEKA CHOICE BALLS

BUAH-BUAHAN & AIR PANAS

SEKSYEN PINGGAN MANGKUK DAN AIR

ICE CREAM..LIMITED CHOICE

I dapat merasa sikit je..memandangkan perut I x berapa sedap malam tu..grille dia sedap..soup pun ok..i tengok husband I, x berhenti makan..aik?? bukan kata diet ke?? Hahahaha..xpe..cheat day.. my parents dah pernah datang sini..selalunye diaorang berdua dating makan dinner kat sini..so kali ni, diaorg bawak kitaorang semua sekali..

FIRST ROUND..HEHEHE

SUMBAT SEMUA DALAM POT TU..

Overall, for me, with that kind of price, memang berbaloi la..for me, sedapp..kawasan pun agak lapang..senang budak2 nk main2..so if ur in my town, leh la singgah sini..

Boleh tengok FB page dia disini : CAFE LAT TALI LAT STEAMBOAT & GRILL


Batu 17 No 12 Jalan Khailani Kg Sungai Sembilang
Kuala Selangor 45800
016-740 5901

Monday, 30 November 2015

Dinner @ Empire Steamboat Gem In Mall Cyberjaya

Tak tau pun ada mall baru dekat Cyber ni..bila google2 rupanya dekat jerr dengan CUCMS..i suka baca blog2 orang..lagi2 blog2 pasal food places..lepas baca review2 pasal restaurant tu..i terus bg tau mr hubby..so malam tu terus i ajak mr hubby tuk dinner kat sana..dari rumah..x jauh mana pun..mr hubby memang terer bab2 jalan dekat cyber ni..kalo i la..confirm sesat punye..

Menarik gak mall tu..tp seriously..memang kecik..Empire Steamboat ni..dekat ground floor. Berdepan dengan Shin Tokyo / Ramen Ten..

Address : G.10-G.13, Gem In Mall, Mutiara Ville, Persiaran Sepang, Cyber 11, 63000 Cyberjaya.

Open everyday. 
For Lunch : 11.30 am – 3.00 pm, and for Dinner : 6.30 pm – 10.00 pm.
Harga : Lunch Weekday RM22.90, Weekend RM25.90
Dinner : RM25.90
Kids below 9, eat for free.


So malam tu, x ramai sangat la customers dia..just a few seats jer penuh..and ada dua group yg sambut birthday kt situ..yg best kat sini, ada playground comey..and nasib kitaorang malam tu..seating dekat2 dengan playground tu kosong..so kitaorg mintak nk duk dekat2 ngan playground..leh monitor budak2 ni..

MINI PLAYGROUND
Ada dua choice of soup..Chicken dan Tom Yam..tuk kids..leh request..free jerr..so untuk Ziyad malam tu, kitaorg request Chicken soup..as a complimentary, kitaorg dpt beef slices tuk malam tu..kawasan dia agak luas..kalo nk buat family gathering..rasanya x de masalah..ada macam2 items dekat sini..katanya ada lebih 60 variety dekat sini..siap ada kekapis, mussels, pepahat, ketam, udang, ayam, ball2 semua, salad bar, dim sum, kuih muih, ice cream, dan mcm2 lagi la..ada jugak nasi goreng..ayam goreng..tp kitaorang x ambik pun tu..dah kenyang makan steamboat..

Sushi2 pun ada..tp biasa2 saja..tp still..ada byk variety yg kita boleh choose..

So jom usha2 makanan dekat situ..

OUR TABLE, ONE POT STEAMBOAT
VARIETY
SALAD BAR
BANYAK CHOICE MUSHROOM
DIM SUM
VARIETY
VARIETY
Last sekali, of coz la..ambik ice cream ( x menyempat nk snap gambo..huhu )..flavour malam tu, durian dan vanilla..vanilla dia memang marvellous la..durian dia pun sedap..tp lepas tu..kalo sendawa jerr..bau durian terus..haha..

My verdict..compare to steamboat tempat2 lain..kedai ni average2 saja..broth dia so-so saja..dipping sauce dia..ada dua..Empire Original, dan Empire Spicy..bg i..dua2 sedap..tp I lebih prefer Spicy..steamboat items dia memang banyak variety..tp malam tu..ada makanan laut yg I rasa kurang fresh sikit..dan mesin air dia rosak..so air yg ada..just air kosong jerr..so a bit of a turn off..highlights dia..ada banyak variety items..kuih muih yg sedap..kawasan yg luas..dan service dia yg mantap..

Apa pun..lepas ni..kalo family i dtg..leh gak I bawak family I dtg sini..coz kawasan dia agak luas..n senang nk monitor budak2..
K, bubbye..

Monday, 7 September 2015

Dinner @ Suki-Ya Alamanda Putrajaya

I dengan groupon ni..memang inseparable la..hahaha..pantang jumpa groupon makanan yg menarik..mesti I sambar punya la..so hari tu..i terjumpa groupon Suki-Ya…bila usha2..rupanya tuk cawangan Alamanda Putrajaya..so memandangkan dekat je dengan rumah..dan menu dia nampak tempting gitu..so terus I sambar 2 groupon..one for me..and one for mr hubby..voucher groupon kali ini period dia agak lama..tp memandangkan I dah nak masuk 9 bulan preggy..xde la tunggu lama nk guna groupon tu..

Restaurant ni btl2 bawah RASA Food Court..depan Bowling Alamanda..rupanya kawasan tu dah di renovate sikit..dan skang ada 3-4 new restaurant kat situ..

WELCOME TO SUKI-YA
LEH USHA HARGA KAT SINI YE
Apa ada dekat Suki-Ya ni..sebenarnya combination Japanese Hot Pot, Shabu2 dan Sukiyaki. Dekat Suki-Ya ni disediakan 4 jenis soup yg kita boleh pilih..ada Shabu2, Sukiyaki, Miso Soup dan jugak Kimuchi…leh usha website dia..selain alamanda..restaurant ni ada jugak dekat Pavilion, Paragdigm Mall, Mont Kiara, Klang Parade dan jugak KL Festival City. 

Boleh usha website dia : SUKI-YA

Hari tu..kitaorang pilih Sukiyaki (Cooked in a sweetened soy-sauce broth, sukiyaki is a favourite of both the young and old.) dan jugak Kimuchi..Kimuchi ni pedas sikit kuah dia (A mildly spicy soup made with authentic Kimchi base, spicy Miso and various vegetable base ). Kimuchi ni sebenarnya untuk kitaorang yg nk rasa pedas2 sikit..Sukiyaki ni bg si Lily n Ziyad makan la..

Yang belah kiri tu kuah Kimuchi..belah kanan, Sukiyaki..

OUR SEATS
SUMBAT SEMUA DALAM TU
DIPPING SAUCE..SEDAP!!
So jom usha apa yg ada dekat Suki-Ya ni..choices x banyak tp bg I cukup memadai dengan apa yg diraong hidangkan..ada udon..varities of mushrooms dan steamboat items..dan mcm biasa la…kalo makan steambaot2 jepun2 ni..daging / kambing / chicken slices tu kena order la..habis jer..order lagi..tp hari tu..kitaorang order each satu set daging, kambing n ayam..so ada 6 bekas in total..tu pun rasa dah kenyang sangat..daging dia sedap..ayam dia..ehm..kitaorang lg prefer daging la kot..

DAGING N KAMBING DIA SEDAP
BUFFET STATION
SUSHI STATION
ICE CREAM MACHINE
WITH GROUPON..GOT PRAWN TEMPURA
In terms of kuah dia..dua2 sgt sedap ok..Sukiyaki tu..macam kuah kicap udon tu..so memang marvelous bila makan dengan udon..byk kali gak I ambik udon tu..si Ziyad n Lily melantak byk betul udon tu..tp xpe la..seronok tengok diaorg makan dengan selera nya..Ziyad n Lily makan free..

Kuah Kimuchi tu macam ala2 Kimchi Jigae..so memang sedap la di makan dengan daging dan items2 steamboat…kat sini ada limit time makan tau..diberi masa 2 jam jer..

Kat sini, ada jugak sushi..memang sentiasa refill sushi dia..n bk jugak choices..last sekali..diorang ada ice cream machine..malam tu ada tiga perisa ajer..green tea, chocolate dan jugak gabungan green tea n chocolate..blh makan dalam cone atau mangkuk..green tea dia memang marvelous la (kalo peminat green tea..memang confirm suka la)..pekat dan sedap..overall..restuarant ni memang worth trying out la..tp agak mahal sedikit la..tp memang worth it..pastikan perut betul2 lapa sebelum nk terjah makan kat sini ea..makan sikit..rugi je nanti..hehe..


* (2017)hari tu datang nak pi makan Suki-Ya ni tp rupanya kedai ni dah xde lagi di Alamanda. Sedihnya!!😢 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...