Friday 24 July 2020

Birthday Treat @ Sukiya IOI City Mall Putrajaya

Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan untuk menyambut hari jadi tahun ni. Dan seperti biasa, every year, husband akan belanja makan sedap-sedap. Tahun ni, I dah aim nak makan dekat dua tempat tapi ikut plan asal sebenarnya nak ke tempat lain. Sukiya ni second option la. Tup2 tempat tu dikatakan baru lepas sanitasi disebabkan ada yang positive covid..so terus tak jadi. So I bagi tau nak makan dekat Sukiya. Sukiya ni dulu kami ada jugak makan di Alamanda tapi dah tutup cawangan sana. Bila diaorang buka cawangan di IOI City Mall..punya la gembira. So ahad lepas, setelah sekian lama, baru dapat makan Sukiya balik. 


RATE

Time kami sampai, dalam lunch hour jugak la. Kami expect tak ramai la makan situ. Tapi time kami sampai, kena beratur..nasib kami family yang kedua. Anak-anak I dah tak sabar dah nak makan. Maklumla, diaorang suka makan-makan sup dengan ball2 ni. Lama kami tak bersteamboat. Sukiya ni for me, best, coz ada pelbagai jenis sup. So hari tu, kami ambik sup yang paling pedas (atas permintaan suami), so kami pilih Sup Mala. Untuk anak-anak, kami ambik Miso Sup. 

Disini, konsep shabu-shabu & sukiyaki. Japanese steamboat. Boleh pilih 2 jenis sup. Kami secara kebetulan, dapat port betul sebelah tempat letak makanan, sushi n ice cream. Heaven la. Senang nak ambil makanan bagai. Another attraction dekat sini, diaorg nye ayam, daging and kambing slices. Perghh..daging dia memang sedap giler. Alltogether kami dapat 12 mangkuk, tp kami mampu habiskan 8 jer. Memang terbaik la. Dari segi sup pulak, memang sup Mala tu pedas. Cili dia besar2 lak tu. Tapi I tengok husband I dengan anak sulung I relax je makan. I dah surrender dah. Hahaha, I nye sup, dah campuran Mala n Miso dah. Nasib sedap. I banyak ambik sayur2. Ball2 dekat sini tak banyak tapi beef balls dia, sedap wei. Lain sikit dr yang lain. 

SUP MERAH TU SUP MALA

AIR DIA, ADA LEMONGRASS N GREEN TEA

ASSORTED DIPPINGS

CHICKEN, BEEF AND MUTTON SLICES

Dekat sini ada juga assorted sushi. Memang diaorang akan refill jer bila dah nak habis. Non Stop. Rasanya banyak kali jugak I duk ambik sushi dekat sini. Ice cream pun ada kat sini. Tapi just ada chocolate, Matcha n Mix Choc n Matcha la. Ice cream dia serious terlupa nak snap gambar. Ambik2 terus ngap. Haha



ASSORTED SUSHI 

30 WEEKS PREGGY. DAH MOK DAH. HEHEHE
Balik jer dari makan, anak-anak tak habis-habis kata nak makan situ lagi. Siap dah chop suh bawak tuk birthday diaorang lak. Diaorang memang suka makan ball2 dekat sini plus Udon dia. Nanti kami bawak ke steamboat lain lak ea. Try variety yang lain pulak ye. Apa pun, perut tersangat la kenyang. To my husband yang belanja, tq belanja makan sedap-sedap. Walaupun selalu belanja makan sedap, tp coz my birthday, jadi extra special la. Chewah. Hahaha. 

K, chow guys

#19072020

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...