Thursday, 15 August 2019

Lunch @ Aroii Thai KL Gateway Mall

Kami baru tahu sebenarnya yang ada restaurant baru di KL Gateway Mall. Walaupun mall ni macam dh lama juga beroperasi namun tak banyak kedai lagi yang dibuka. Lagi-lagi kedai makan. So bila geng ofis bagi tau Aroii Thai baru je dibuka dekat sana, terus kami terjah KL Gateway Mall. Lagi pun, nak pergi ke Mr DIY sekali mencari barang.

INTERIOR

CONDIMENTS

Ni first time I nak try Aroii Thai. Kami memang datang awal sedikit. Kami x ramai pun, dalam bertiga sahaja. So time kami datang, tak berapa ramai lagi. So Aroii Thai ni menyediakan makanan dalam mangkuk-mangkuk kecil and semuanye berharga RM2.09. Air dan dessert dia pun berharga RM2.09.
So jom usha menu dia ye.

MENU

I akhirnya ambil 5 dishes (termasuk air). I ambil, Tom Yam Glass Noodle Soup, Beef Glass Noodle Soup, Classic Pad Thai dan Thai Fish Cake.  Air dia pulak, I order, Thai Green Tea. Sekejap je makanan sampai. Walaupun kami bertiga, tapi bila semua disusun atas meja, mak aii, penuh kot. Kena ingat sendiri la ea, kita order yang mana. Nanti termakan kawan punya pulak. 

OUR BOWLS OF HAPPINESS

Apa yang I suka, Pad Thai dan Beef Glass Noodle Soup. Pad Thai dia slighty spicy tapi sedap. Beef Noodle dia a bit manis tapi sangat berperisa. For me, all the food ada rasa. Geng ada jugak yang order Mango Sticky Rice. Yang ni pun recommended. Sedap wei. Mula-mula ingat 4 mangkuk macam tak cukup, tapi kenyang wei. Next time I nak rasa yang nasi-nasi dia. Ada Green Curry, Chicken Fried Rice and Nasi ala2 Pattaya. 

Time kami nak balik, dah start full house dah. For me, I suka rasa makanan dia. Tapi yang jenis2-jenis bersup tu, tak berapa nak panas. Kalo panas, confirm lagi sedap. Apa pun, harga reasonable, fast service, makanan sedap, kawasan luas, all in all, semua ok. Confirm akan repeat balik kedai ni. Tapi kena ajak geng lagi ramai la. 


If you are in KL Gateway, leh try out Aroii Thai. See ya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...