Thursday 26 December 2019

Breakfast @ Soto Shah Alam

Kami jarang dapat breakfast di luar. Selalu breakfast simple-simple jer dekat rumah. Its so happen hari tu, I ada bowling tournament (Office Tournament) dekat AEON Mall Shah Alam. So husband I nak hantar I la pagi tu. So sebelum sampai ke AEON Mall tu, sempat google kedai resto untuk kami bersarapan. So keluar la Soto Shah Alam ni sebagai salah satu option dekat google. Terus kami pergi sini pagi tu. Rupanye kedai ni otw nak ke Taman Botani Shah Alam tu. Time kami sampai pagi tu, orang dah start ramai and seriously, I can see why. Sebab ada macam-macam jenis makanan dekat kedai ni. Rambang mata ok bila masuk kedai ni.


Sebelum kami cari meja, kami buat satu round check..hahaha..tengok dulu kuih dan lauk pauk apa yang ada. Mata masing-masing dah terbeliak dah. Anak-anak pun sama. Dah siap tunjuk nak kuih itu la, kuih ini la. I pun dah siap aim nak ambik apa. So lepas duduk, kami order dan ambil kuih masing-masing la. I order Soto dia, coz nak rasa sedap ke x. Dah nama kedai pun Soto Shah Alam kan, ni mesti antara best seller dia. Anak lak, ambil roti canai, meehoon sup dan kuih muih.  Husband, ambil yang berat sedikit, so Nasi Lemak. 

SOTO

ROTI CANAI

NASI LEMAK

Yang bestnye dekat sini, ada lempeng dan pelbagai jenis lepat. I memang peminat lepat. Lagi-lagi lepat pisang. So memang gembira la bila dapat kuih kegemaran di pagi hari. Untuk Soto dia pula, bagi I, agak sedap jugak la. Begedil dia lak comel-comel. Memang kenyang sangat. Roti canai dia pun agak sedap. Lembut je roti dia. 




ANEKA KUIH MUIH

ANEKA KUIH MUIH

ANEKA KUIH MUIH

ANEKA KUIH MUIH

Sebelum nak gerak ke AEON Mall tu, sempat kami tapau kuih.  Husband pagi tu nk gerak pi Klang. Kuih muih dia, tak ingat lak harga dia berapa, tapi ada kuih-kuih yang tertentu mahal sedikit dari yang lain. I rasa pagi tu I sudah terlebih kenyang. Hahaha. Sampai ke event bowling tu, ada breakfast jugak. Tapi dah tak mampu dah perut. Overload. 

So overall I memang suka kedai ni. Memang nak repeat lagi. Tapi coz agak jauh dengan rumah, so lambat lagi la nak repeat. Lagi2 untuk breakfast. Kedai ni buka dari jam 730 pagi ke 11 malam (based on google).

 Address: No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

Wednesday 11 December 2019

Lunch @ Bangkok House Petaling Jaya

Makanan Thai bukanlah antara my preferences tapi bila lama tak pekena makanan Thai, boleh buat ngidam. So hari tu, sempena nak sambut birthday member, semua setuju untuk bawak dia pergi ke restoran Thai. Dia memang peminat makan nasi-nasi ni. Sebelum ni kami dah pernah pergi ke The Amarin atau The Basil so kali ini, nak cuba kedai resto yang lain pula. So sorang geng member ni dia sarankan, Bangkok House yang terletak di Petaling Jaya. Resto ni Halal tau. Bila kami google2 resto ni..ok on terus!!


Kami book grab saja coz malas nak drive. Hehehe. So, rupanya Bangkok House ni ada juga cawangan yang lain. Tapi kami ambil yang paling dekat dengan ofis. Menu dia, dia bagi yang set punya. Walaupun dekat set tu kata Menu Ramadhan, tp set tu still applicable lagi. Memandangkan kami ramai, so kami ambil set yang sedia ada la, just add on beberapa dishes yang lain. Set tu sendiri dah ada macam-macam jenis hidangan. Macam nak makan malam dah. Hari tu kami ambil set D.  


Kalo sudah pergi ke kedai Thai, antara menu add on yang wajib adalah Miang Kham. Daun kadok yang dibalut dengan pelbagai inti macam kacang, kelapa, halia, cili dan sos. Not bad la yang dekat sini tp I have tasted better la. So untuk main menu, Tom Yam and Green Curry tu wajib ye..hehe, yang lain, ikan siakap stim, sayur dan juga daging.




Ikutkan, makanan dia terlebih untuk kitaorang yang perut comel ni. Hahaha, so kami biarkan yang lelaki untuk habiskan makanan. So far, I suka Tom Yam dia dekat sini. Pekat dan sedikit pedas. Isi pun banyak. Green Curry Chickecn dia pun sedap. Overall, quite nice la. Tapi time lunch tu, xde orang sangat pun dekat kedai ni. So makanan dan service agak laju juga la. So, kalo u ols teringin nak makan Thai Food, leh try out Bangkok House PJ

Address: Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Wednesday 4 December 2019

Lunch @ 10gram Tamarind Square Cyberjaya

Hari tu kami ada meeting di Cyberjaya. So tengahari tu, kami saja keluar cari tempat makan baru. Geng ofismate sorang ni, dia ajak geng2 dia. I tukang ikut. Hehehe. I cadangkan kat diaorang untuk lunch di10Gram ni & diaorang pun on jer. Resto ni berada di Tamarind Square. Sekarang Tamarind Square dah start jadi tempat Instafemes coz kawasan dia memang sesuai untuk ambil gambar-gambar dengan background yang cantik. Sekarang pun, dah start ada banyak kedai-kedai makan. I kalo pg ke sini, selalunye untuk ke Book Xcess. Banyak buku kanak-kanak dekat situ. Meriah jugak time kami datang ke Tamarind Square waktu lunch hours weekdays. 


Time kami sampai ke 10gram ni, dah hampir full house dah. Interior dalaman dia simple dan comel. Menu dekat sini, fusion western. Local favourites pun ada. Tapi hari tu, rasa macam nak makan western kan. So semua ambil pilihan western hari tu. 





Ni pulak, adalah tea dia. Comel kan. Atas teapot, bawah dia cawan. Kalo dijual, rasa I beli. Leh letak dekat ofis. Air dia pulak, rasa tea yang unique. Rasa macam ubat sedikit. Hahaha. Coz ada ginger n mint kot. Memang sesuai untuk yang perut kembung. 

TEAPOT YANG COMEL. ATAS TEAPOT, BAWAH CAWAN

So inilah dish kami. I suka colour2 dekat resto ni. Earth colour semua. Cawan-cawan dia pun berkaler. Nampak besar kan portion. Memang besar pun sebenarnya, Hahaha. Tapi kami berjaya habiskan. Sambil borak, lepak dan makan. I ambil set Grilled Chicken Chop with spaghetti. Datang sekali dengan fries dan coleslaw. For me, semua cukup rasa. Fries memang tak dapat nak habiskan. Kalo ada anak-anak, ada juga yang boleh tolong habiskan. Haha. Yang lain, ada yang order Fried Chicken Chop, Fish n Chips dan yang ada nasi tu, I tak pasti apa nama dish dia. Tapi ayam dia macam masak butter. Tapi memang sedap. Pedas2 sikit.

FRIED CHICKEN CHOP


GRILL CHICKEN CHOP

FISH N CHIPS


Overall, for me, taste wise, agak sedap. Service pun agak laju walaupun ramai time lunch tu. Rezeki hari tu, ada yang open table. So lagi la rasa sedap ya amat. Hahaha. Apa pun, ingatkan nak bawak family I jugak la kesini coz I rasa husband & anak-anak I mesti suka. So, kalo korang tersinggah ke Tamarind Square, leg try 10gram ye!!

Address: A-03-05 Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor, Cyberjaya, Selangor, Malaysia, Cyberjaya, Selangor, Malaysia, 63000 Cyberjaya, Selangor


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...