Tuesday 21 January 2020

Lunch @ Dotty's TTDI

I dah lama teringin nak pergi ke Dotty's. So hari tu nak belanja birthday girl sorang ni. So cadangan nye adalah ke Dotty's. Coz unplanned, I tak sempat nak usha apa menu yang ada di Dotty's ni. Just sempat lihat apa yang ada di IG saja. Itu pun bila kami nak order, kami tunjuk gambar. Haha. Sampai waiter tu kata, ni menu KLCC which tak ada disini. Lain rupanya. 

So time kami sampai, customer still tak ramai lagi. Just few tables saja yang occupied. Bila masuk-masuk jer, dah nampak semua cake & pastries. Tengok jer dah boleh buat terliur. Hahaha.






I memang tak aim nak makan apa pun. Coz rasanya macam baru jugak makan western. So, bila usha menu tu, agak lama jugak la nk pilih. Tu yang siap tunjuk gambar dari IG je tu. Dari segi harga, for me, normal typical range for western la. So, setelah menelaah punya lama menu tu..haha, I duk pilih Steak Sandwich. Birthday Girl order Grilled Chicken Sandwich. Yang lain ordered Soft Shell Crab Burger & Salted Egg Pasta with Soft Shell Crab. Dessert pula, kalo dekat Dotty's ni, famous for their Salted Egg Cronut. So, kami ambil satu then add on Pandan Gula Hangus Cake. Kami berempat saja tapi makanan, khus mangat!! 


SALTED EGG CRONUT


PANDAN GULA HANGUS CAKE

Waiting time, not too long la. Portion size, besar juga. Suite the price range la. Tapi hari tu, kami start dengan dessert dulu. For the Salted Egg Cronut, I can see why people would come here for that. Memang sedap wei. Salted Egg tu sendiri dah macam custard dah. Satu cronut tu, rasanya kalo makan sorang, memang kenyang. Kami share empat orang. Berlemak. Memang recommended. Cake Pandan Gula Hangus dia pula, for me, biasa saja la. Sedap tu sedap..tp mungkin not my type of cake la. 

So, these are our lunches. Bila nak start diet ni. Pocket pun tak diet-diet. Hahaha. Tapi coz I love to eat and try out new places, so I tak berapa kisah (sedapkan hati..keke). This is mine. Steak Sandwich. First bite, I punya expectation, macam something like beef melting in ur mouth gitu..but it was not. Tak tau kenapa, but I did not like it so much. Mungkin untuk orang lain..mungkin akan rasa Wow!! Just not me..

STEAK SANDWICH

Chicken Grilled Sandwich..I tak merasa. Tapi dari segi presentation, I dapat rasa its delicous. Probably next time, I order Chicken Grill Sandwich saja.

CHICKEN GRILL SANDWICH

This one, for me, I suka. A bit spicy but not too much. Memang untuk tekak2 melayu. Creamy as well. Member ni dia pilih Soft Shell Crab. Pun quite nice.

SALTED EGG PASTA WITH SOFT SHELL CRAB

Yang ni lak, Soft Shell Crab Burger. Member sorang ni tengah Burger Hunt. Rasanye dah banyak burger sepanjang minggu tu dia makan. Sebelum ni katanya dia makan Dotty's Cheese Burger, katanya yg itu lagi sedap la dr Soft Shell Crab Burger. 

SOFT SHELL CRAB BURGER

Overall, tempat ni memang sesuai untuk melepak dengan kengkawan. But the place is not that big la. Tak leh la nak borak beria. Ambiance pun just nice. Food overall, ada hit and misses la. Repeat?? Nak cronut tu. Tp nk makan sorang. Hahaha. 

Address: 20, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Wednesday 15 January 2020

Main sakan di Kiddytopia Aeon Mall Nilai

Sempena birthday Lily hujung tahun lepas, I dengan husband berpakat untuk bawak anak-anak semua pergi main indoor playground. Lama dah tak bawak diaorang main-main ni. So memandangkan cuti sekolah hujung tahun lepas memang taka da pergi kemana-mana, so kami pun on jer. I cadangkan untuk ke Kiddytopia di Aeon Mall Nilai. Ni kiranya first time jugak kami ke Aeon Mall Nilai ni sejak dari awal pembukaan dia. 


Sampai-sampai ajer, kanak-kanak dalam Kiddytopia ni memang dah ramai. Tapi kami masuk jugak la. Dah siap-siap semua pakai stokin dah. Rate untuk time cuti sekolah dengan weekdays non cuti sekolah berbeza sedikit. Time cuti sekolah, rata agak mahal sedikit la. 

WEEKDAY
RM28
RM15 (below 2)

Weekend & Public/School Holiday
RM38
RM20 (below 2)


Memandangkan tiket tu kami boleh keluar masuk untuk sepanjang hari (multiple entry), so kami banyak kali juga keluar masuk. Toilet pun berdekatan dengan Kiddytopia ni. Keluar sekejap untuk makan KFC di situ, then lepas tu masuk balik.  Banyak jugak kedai makan dalam AEON Nilai ni ea. Tapi coz birthday girl nk KFC, so KFC la.

For me, Kiddytopia ni not bad la. Taka da la besar sangat pun. Tapi untuk kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun, tak banyak yang diaorang boleh main la. More untuk budak atas 2 tahun. Anak2 I, semua statik dekat kawasan block tu saja. Dekat situ dah berjam. Bila nak balik, duk sibuk kata tak main lagi. Dah berdrama pulak padahal dah more than 3 hours kot dalam tu. Dekat situ, ada juga kawasan untuk parent duduk. Ada meja dan kerusi semua. 

Jom lihat gambar-gambar sekitar Kiddytopia Aeon Mall Nilai. 



KAWASAN BLOCK




SLIDE


ADA TRAMPOLINE JUGA DEKAT SINI YE

DUK MAIN TEMBAK-TEMBAK JER

HAPPY BIRTHDAY KAKAK

SI KECIK YANG PANDAI BERDRAMA

Overall, quite nice la jugak Kiddytopia ni. Memang budak agak ramai sepanjang masa. Mungkin sebab cuti sekolah dan weekends. Apa pun, anak-anak memang enjoy. Balik semua kepenatan. Kami sebagai parents yang duk meninjau ni pun rasa penat. Hahaha. 

Happy Birthday Kakak. Tunggu la ye birthday seterusnya hujung tahun ni pula. 


Tuesday 14 January 2020

First Getaway 2020 at The Palace of the Golden Horses

Sudah masuk minggu ke-3 untuk tahun 2020. Agak-agak dah terlambat ke untuk wish Happy new Year. Hahaha. Selamat Tahun Baru 2020 semua. So untuk awal tahun ni, I propose dekat husband untuk pergi bercuti on the first week of January hari tu. Time sekolah dah bermula. Dia pun setuju. Kitaorang bulan December hari tu, memang tidak dapat nak bercuti. Lagi pun, birthday husband pada minggu yang sama, so alang-alang birthday getaway sekali. Tapi kami pergi yang dekat jer. I memang teringin nak pergi ke Palace of the Golden Horses ni. Akhirnye dapat juga merasa. 

LOBBY YANG GAH

RECEPTION

So kami ambil Deluxe King’s Room untuk satu malam. Pergi sabtu tengahari, sampai rumah, ahad tengahari..haha, coz rumah dekat jer dengan hotel. Sampai-sampai jer ke lobby hotel ni, disambut meriah dengan hiasan hotel yang penuh dengan kuda-kuda. Nama pun Palace of the Golden Horses. Tapi sorry la, gambar2 golden horses I tak ambil. Penyambut tetamu dan reception pun semua baik-baik. Kami sampai awal sedikit coz check in pukul 3 tapi kami dapat check in awal. 

Jom lihat bilik yang kami duduk ni. For me, agak luas jugak la. Anak I siap boleh lari-lari. Lompat atas katil tu dah confirm. Tu antara benda terawal diaorang buat. Nasib mama sempat lagi snap gambar katil sebelum kena lompat. Aircond, waterpressure semua ok. Just bilik agak jauh, dan dapat view yang tak best, which is view construction bangunan. So sepanjang kami di sana, kami tutup langsir saja. Tapi coz hotel ni dah lama, time kita naik dari lift u, ke hallway dia, kita dah dapat tau yang hotel ni agak lama. Dengan beberapa sign board yang sudah senget, dengan peralatan dalam bilik yang nampak sedikit usang, tapi all still functional. Tak ada yang modern la. Tapi ok la lagi. 




SHOWER GEL PUN DALAM BENTUK KUDA TAU

Petang tu, kami dah start terjah pool dia. Mak aii, jauh giler pool dia dengan bilik kitaorang. Awal-awal tu sesat jugak. Tapi yang bestnye, walaupun hari sabtu ahad, tapi pool tu tak ramai. So anak-anak I selesa mandi-manda. Pool dia agak besar. Ada kids and adult pool. Ada juga dua slides untuk kanak-kanak bermain. Dekat situ, ada towel. Tak perlu bawak towel dari bilik. Tempat duduk pun agak banyak just waktu terik, kena pandai cari tempat untuk berteduh. Overall, pool dia quite nice dan view dr pool pun cantik. Nampak bangunan-bangunan gah semua.

KEMAIN POSING SI KECIK NI...HAHA

BAGI DIAORANG SWIMMING PUAS-PUAS

ADA SLIDES


KIDDIE POOL

SUKA DIA YE..

SUASANA DI PAGI HARI

SUASANA DI PAGI HARI

Malam tu pula, kami tempah foodpanda saja. Last-last kami order dari Mishaltit. Tak lama pun. Husband pi ambik dekat lobby hotel. Kami order Mandy Chicken dan juga Calzone. First time I makan Calzone. Sedap giler. Besar lak tu portion dia. N serious sedap wei Calzone dia. I like!!

MANDY CHICKEN & CALZONE

Kami tempah bilik ni sekali dengan breakfast. Alhamdulillah, anak-anak semua tak kena charge. Ni for me, antara plus point hotel ni. Breakfast ni marvellous you ols. Husband I pun setuju. Dahla banyak choices, sedap-sedap lak tu. Memang berbaloi ambil sekali dengen breakfast. Anak-anak pun makan banyak. Lepas makan, sambung mandi lagi. Kami pun join mandi coz pagi tu, memang tak ramai yang mandi pun. Dekat sini ada juga gym. Tapi kami tak menyinggah pun. Weekend tu penuh dengan aktiviti berenang dan makan. Hahaha. Tu pun dah cukup menggembirakan. 

CAROUSEL






BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT MEE/MEEHOON SOUP

BAHAN-BAHAN BUBUR


Birthday husband 6th Jan hari tu. Celebrate awal dengan pi bercuti. Happy Birthday again sayang. Last year kami ke Ajlaa Resort. Next year, kemana pula agaknye ye?? Belanja pic depan lobby hotel satu. Bye u ols!!

ANAK TERUNA TOLONG AMBIK KAN GAMBAR

Address: Jalan Kuda Emas, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...