Wednesday, 15 January 2020

Main sakan di Kiddytopia Aeon Mall Nilai

Sempena birthday Lily hujung tahun lepas, I dengan husband berpakat untuk bawak anak-anak semua pergi main indoor playground. Lama dah tak bawak diaorang main-main ni. So memandangkan cuti sekolah hujung tahun lepas memang taka da pergi kemana-mana, so kami pun on jer. I cadangkan untuk ke Kiddytopia di Aeon Mall Nilai. Ni kiranya first time jugak kami ke Aeon Mall Nilai ni sejak dari awal pembukaan dia. 


Sampai-sampai ajer, kanak-kanak dalam Kiddytopia ni memang dah ramai. Tapi kami masuk jugak la. Dah siap-siap semua pakai stokin dah. Rate untuk time cuti sekolah dengan weekdays non cuti sekolah berbeza sedikit. Time cuti sekolah, rata agak mahal sedikit la. 

WEEKDAY
RM28
RM15 (below 2)

Weekend & Public/School Holiday
RM38
RM20 (below 2)


Memandangkan tiket tu kami boleh keluar masuk untuk sepanjang hari (multiple entry), so kami banyak kali juga keluar masuk. Toilet pun berdekatan dengan Kiddytopia ni. Keluar sekejap untuk makan KFC di situ, then lepas tu masuk balik.  Banyak jugak kedai makan dalam AEON Nilai ni ea. Tapi coz birthday girl nk KFC, so KFC la.

For me, Kiddytopia ni not bad la. Taka da la besar sangat pun. Tapi untuk kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun, tak banyak yang diaorang boleh main la. More untuk budak atas 2 tahun. Anak2 I, semua statik dekat kawasan block tu saja. Dekat situ dah berjam. Bila nak balik, duk sibuk kata tak main lagi. Dah berdrama pulak padahal dah more than 3 hours kot dalam tu. Dekat situ, ada juga kawasan untuk parent duduk. Ada meja dan kerusi semua. 

Jom lihat gambar-gambar sekitar Kiddytopia Aeon Mall Nilai. 



KAWASAN BLOCK




SLIDE


ADA TRAMPOLINE JUGA DEKAT SINI YE

DUK MAIN TEMBAK-TEMBAK JER

HAPPY BIRTHDAY KAKAK

SI KECIK YANG PANDAI BERDRAMA

Overall, quite nice la jugak Kiddytopia ni. Memang budak agak ramai sepanjang masa. Mungkin sebab cuti sekolah dan weekends. Apa pun, anak-anak memang enjoy. Balik semua kepenatan. Kami sebagai parents yang duk meninjau ni pun rasa penat. Hahaha. 

Happy Birthday Kakak. Tunggu la ye birthday seterusnya hujung tahun ni pula. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...