Wednesday, 11 December 2019

Lunch @ Bangkok House Petaling Jaya

Makanan Thai bukanlah antara my preferences tapi bila lama tak pekena makanan Thai, boleh buat ngidam. So hari tu, sempena nak sambut birthday member, semua setuju untuk bawak dia pergi ke restoran Thai. Dia memang peminat makan nasi-nasi ni. Sebelum ni kami dah pernah pergi ke The Amarin atau The Basil so kali ini, nak cuba kedai resto yang lain pula. So sorang geng member ni dia sarankan, Bangkok House yang terletak di Petaling Jaya. Resto ni Halal tau. Bila kami google2 resto ni..ok on terus!!


Kami book grab saja coz malas nak drive. Hehehe. So, rupanya Bangkok House ni ada juga cawangan yang lain. Tapi kami ambil yang paling dekat dengan ofis. Menu dia, dia bagi yang set punya. Walaupun dekat set tu kata Menu Ramadhan, tp set tu still applicable lagi. Memandangkan kami ramai, so kami ambil set yang sedia ada la, just add on beberapa dishes yang lain. Set tu sendiri dah ada macam-macam jenis hidangan. Macam nak makan malam dah. Hari tu kami ambil set D.  


Kalo sudah pergi ke kedai Thai, antara menu add on yang wajib adalah Miang Kham. Daun kadok yang dibalut dengan pelbagai inti macam kacang, kelapa, halia, cili dan sos. Not bad la yang dekat sini tp I have tasted better la. So untuk main menu, Tom Yam and Green Curry tu wajib ye..hehe, yang lain, ikan siakap stim, sayur dan juga daging.




Ikutkan, makanan dia terlebih untuk kitaorang yang perut comel ni. Hahaha, so kami biarkan yang lelaki untuk habiskan makanan. So far, I suka Tom Yam dia dekat sini. Pekat dan sedikit pedas. Isi pun banyak. Green Curry Chickecn dia pun sedap. Overall, quite nice la. Tapi time lunch tu, xde orang sangat pun dekat kedai ni. So makanan dan service agak laju juga la. So, kalo u ols teringin nak makan Thai Food, leh try out Bangkok House PJ

Address: Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...