Thursday 3 July 2014

Alamak..baby ada kerak kepala

Apakah itu kerak kepala?
(source)

Kerak kepala kelihatan seperti kondisi kelemumur yang parah. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dihapus buang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat. 

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung; di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala. 

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama kehidupan bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi bertatih. Walaupun kondisi itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak merbahaya dan tidak perlu dibimbangkan. 

Apa menyebabkannya?

Adalah disangka ianya akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi anda dari kehamilan. Hormon itu merangsangkan sekresi dari kelenjar yang ada pada kulit kepala, membuatkan sel-sel kulit atas kepala bayi anda melekat ke kulit kepala. Sekresi berkurangan beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran, justeru menerangkan bagaimana ia boleh hilang begitu sahaja. 

Ia juga dikaitkan dengan sejarah kondisi alergi keluarga, seperti ekzema, termasuk masalah dermatitis seborea lain, iaitu kelemumur, di masa dewasa kelak. 

Berapa lamakah ianya berlanjutan?

Ia selalunya hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan selepas kelahiran. Dalam kebanyakan kes ianya hilang apabila usia anak anda dua tahun, tetapi boleh berlanjutan atau datang semula secara bertompok-tompok untuk masa yang lebih lama. 

Bolehkah ianya dirawat?

Terdapat beberapa strategi yang anda boleh cuba untuk menanggalkan sisik-sisik itu: 

  • Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut.
  • Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut. (Dulu waktu Ziyad kecik, memang banyak sangat kerak kepala..tiap - tiap kali lepas mandi, akan sapu minyak bayi atau minyak zaitun kat kepala dia...lps tu perlahan-perlahan i cabutkan kerak dia..memang kena rajin la..alhamdulillah, anak kedua..tiada kerak kepala)


Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat infeksi, doktor anda boleh mempreskripsikan krim antifungus, seperti krim 2 peratus ketokonazola.

Suda tentu anda teringin untuk duduk dan mengikis lapisan kerak atas kepala anak anda, tetapi elakkan ini, sebab membuat demikian akan menyebabkan tompok-tompok kemerahan yang boleh mendapat infeksi.

Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika kondisi itu berlarutan, atau menjadi lebih parah, atau merebak ke muka atau leher anak anda.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...