Tuesday 8 July 2014

Sup Ketam tambahkan susu ibu..

Sedapppye sup ketam...opppss..bengkak susu pulak...

Bulan puasa ni i still duk dengan my mom..baru jumpa nursery..so next month Insyaallah akan berpindah ke rumah baru..Semalam me n my mom x berapa sihat...badan pun mula panas...sendi2 pun sakit-sakit..x tau la pasal apa..tetiba je menyerang..I pergi je ofis macam biasa..juadah berbuka semalam, sup ketam..My mom request kat my dad untuk pergi beli ketam petang tu jugak..hahaha..my mom cakap elok makan sup ketam time demam2 or sakit2 sendi ni..i pun pelik..betul ker??

Berbuka dan bersahur, i makan sup ketam dengan nasi..

Selepas berbuka..
I x perasan sgt susu badan i coz anak i asyik bergayut je..hahaha..tp waktu sebelum sahur tu..breast memang dah berat..walopun anak i dah habis gayut pagi tu..

Sewaktu di ofis...
Selalunya i akan start pump pukul 10..bulan2 puasa ni susu x de la semeriah bulan lain..tp hari ni..pukul 9, breast dah rasa berat sangat..hampir2 bengkak...pump..dapat 10 oz..terkejut..bulan puasa ni maximum selalu dpt 6 oz je per session..fikir2 apa yang i makan semalam..rupanye sup ketam..lepas ni kena selalu la i masak sup ketam..hehehe

Google2. selain untuk menambah darah...rupanya memang boleh juga menambahkan susu...dan nampak gayanye..berkesan sangat untuk i..tp kalo dalam pantang, jangan la pulak nak makan sup ketam ye....habiskan pantang tu dulu..

Ni recipe untuk Sup Ketam (dapat recipe dari sini)

Bahan-bahannya :

3 ekor ketam (di potong 2 dan dibersihkan)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Halia
Lada sulah
Lada hitam
Kiub ayam (ambil separuh saja dari satu ketul kiub tu)
2 batang saderi
1 batang lobak
2 biji kentang
Sedikit minyak untuk menumis bawang
4 mangkuk air (kalau nak kuahnya banyak, letaklah banyak air)
1 sudu kecil Biji Halba (optional)
Daun sup untuk hiasan

Cara-cara memasak 
Tumbuk bawang putih, halia dan bawang merah. Kemudian tumis dengan minyak masak. Selepas dah naik bau, masukkan air. Kemudian hancurkan lada sulah dan lada hitam. Masukkan ke dalam periuk. Diikuti dengan kiub ayam, kentang dan lobak. Tunggu sehingga sup menggelegak dan kentang telah empuk. Selepas kentang dah empuk, masukkan ketam. Biarkan seketika, diikuti dengan batang saderi. Masukkan garam dan gula untuk perisa. Agak-agak ketam dah masak bolehlah dimatikan api.

Selamat mencuba ye!! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...