Thursday, 10 September 2020

Dinner @ AJ Grill Western Sungai Buloh

Entry birthday tak habis-habis lagi. Hehehe. Sempena birthday July hari tu, husband ada bawak pi Holiday. Ala, holiday dekat-dekat jer. Lama tak keluar rumah pi tido resort, so minggu tu, kami ke Sugeh Resort Sungai Buloh. Entry untuk penginapan kami di resort ni I akan buat kemudian ye. So malam tu, husband bawak pi makan-makan western di AJ Grill Western. Femes gak kedai ni rupanya. 


Time kami sampai, tengah hujan renyai. Parking agak limited tapi nasib baik dapat yang berdekatan dengan kedai. Time tu pun, dah hampir full house dah pun. Tapi rezeki kami, ada orang baru je habis makan. Antara makanan yang femes di kedai ni, adalah set Talam dia. Tapi memandangkan anak-anak kitaorang ni bukan jenis pemakan daging sangat, so tak leh la nk order beria. So jom usha menu dia dulu ye.


So apa yang kami order. Kami order set Talam Lamb Platter and untuk anak-anak, Mac n Cheese. Add on Mash Potato. Untuk air pulak, si kecik demand nak air Mango..so Mango it is. Lagi satu order air Chocolate dia. 

Talam dia not bad. Memang cukup la untuk kami berdua makan. Nasib anak-anak makan fries dan meatball. So kami makan lamb dia la and pasta. Nak kata wow tu, xde la. Pernah rasa lamb grill yang lagi mantap la. Tapi for the price, I rasa ok. Malam tu jugak, walaupun ramai, tapi service mantap. Tak ada la cepat sangat tapi ok la lagi. 

Air Manga dia sedap giler. Pandai anak mama pilih. Hahah. Air choc pulak biasa-biasa sahaja. Mac n Cheese dia, perghh..leleh. Siap kena order dua coz anak-anak tak puas makan. Yang penting semua kenyang dan happy. Overall I would say, restoran ni memang sesuai untuk bawak family makan-makan, santai-santai, happy-happy. Memang ramai pun malam tu yang bawak family ramai-ramai. Dari segi rasa tu, ok jer la. Sedap. Tp coz environment dia cozy, so memang sesuai untuk bawak family.




Time kami keluar tu, perghh..ramai giler beratur untuk dapatkan tempat. N rupanya, sederet dengan kedai ni, ada kedai runcit Ebit Liew yang baru tu. Rasa baru bukak kot coz ramai giler malam tu. Patut agak sesak sedikit jalan malam tu. 

Apa pun, TQ husband..belanja dinner pulak sempena birthday. Love u.

Address: No.5, Jalan Dataran Villa Putra 1, Taman Villa Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...