Friday, 19 June 2020

Dinner @ RSMY Best Cheese Naan Diplomatik Putrajaya

Sebelum PKP hari tu, sempat menyinggah ke Sebelum PKP hari tu, sempat menyinggah ke RSMY Best Cheese Naan di kawasan Diplomatik Putrajaya. Kami pernah makan di cawangan Bangi. Ni kiranya first time nak cuba di cawangan Putrjaya pula. Time tu kami baru lepas bawak anak-anak berbasikal di Taman berdekatan. So lepas je dr tu, I ajak husband pi makan sini. Kedai ni bersebelahan dengan Dayang Sarawak Corner. Corner Lot lagi so kawasan dia agak besar jugak la.


Time kami sampai tu dalam kul 6 lebih tp ramai giler orang time ni. Semua early dinner la kot. So jom check menu dia dulu. Kami take time jugak la nak pilih. So last-last kami ambil satu Nasi Beriyani Ayam, Set Cheese Naan dengan Ayam Tandoori, add on garlic Naan dan Naan Biasa plus Keema Daging. I memang suka makan Keema ni. Kalo nak kuah kacang dhal tu, kena add on jugak. Air, husband terorder Lassi biasa. I order Ice Lemon Tea la. 

MENU

MENU

NAAN BIASA

GARLIC NAAN

NASI BERIYANI

Nasib makanan sampai agak cepat jugak la. Naan dia dimasak dalam bekas seramik tu. 
Ni Nasi Beriyani. Ziyad yang nak ni. Dia memang jenis pemakan. Alhamdulillah. Semua dia makan kecuali benda hijau. Hahaha. So bila tanya dia nk Naan ke Nasi, of course jawapan dia akan jadi Nasi. Portion nasi agak banyak jugak la. Terkejut. Kalo I, memang tak boleh nak habiskan tu. Dari segi rasa, for me, rempah dia agak kuat jugak la. Tapi ok je I tengok anak I makan. Habis licin. 

CHEESE NAAN AYAM TANDOORI

Yang ni pulak, Cheese Naan dengan Ayam Tandoori. Berebut kot anak-anak makan Cheese Naan. Dah macam pizza kan. I dapat la rasa secubit gitu. Yang lain, semua anak-anak makan. Yang Naan biasa dengan Garlic Naan diaorang tak sentuh pulak. Cheh..nak yang cheese leleh jer. Ayam Tandoori dia pulak, untuk kami, biasa saja taste dia. Tak berapa wow la. 

KEEMA DAGING

Yang ni, Keema daging. Sedap giler. Sedap dimakan bersama dengan Naan Biasa. Antara dish yang kami akan order. Tapi coz portion dia memang banyak n kami berdua je makan, so the rest memang tapau bawak balik la. Sambung tengah malam lak. 

Air dia lak, husband kata rugi x order Mango Lassi. Rasanya dia tersalah sebut. Nak sebut Mango Lassi, tertinggal mango dia. Haha. Hari tu, ada gak order time musim PKP. Bukan time PKP awal-awal la. Husband nye tempat kerja berdekatan dengan kawasan situ, so dia singgah kejap la. Kami order Cheese Naan tu la. Tu rasanya yang paling win. Leh top up cheese dia kalo nak. Tapi kami ambil yang biasa sahaja. 

#staysafe kengkawan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...