Wednesday, 10 June 2020

Pengalaman Keguguran disebabkan Blighted Ovum

Last year I dapat berita gembira. I preggy dalam bulan 8 last year. Kalo ikutkan due hari tu..patut bulan puasa dah bersalin. Tapi hajat tak kesampaian. By 7 weeks I dah start bleeding sikit2. I tiap kali bleeding kalo pregnant, mesti tak menjadi. Tapi mengharap sangat jugak la kandungan semua ok.

So bila check, doc kata kantung nampak kecik jer dr biasa. Dan bila scan, doc kata tak nampak apa-apa. Mula-mula doc suspect ectopic pregnancy. Tapi bila dah scan dengan teliti, memang bukan. Lega la jugak kan. Kalo Ectopic, lagi bahaya. So doc minta I datang balik scan around 9 weeks. So bila dah 9 weeks tu, time tu I still ada bleeding sikit-sikit. Tapi tak constant. So bila scan..kantung tak membesar. Sepatutnye around 9 weeks, dah nampak baby la, atau dipanggil fetal pole. Tapi memang tak nampak langsung. Dan doctor bagi tau, kantung pun size dia dalam 7 minggu saja. Dan bentuk kantung pun dah x cantik. Dah start membujur. So doc minta I refer ke hospital untuk next action la. Time tu doc pun explain, condition I ni macam Blighted Ovum. Ada kantung, just no baby dalam kantung tu. Sedih ya amat time tu. I tahan je nak nangis. Tapi I dah dapat predict yang kandungan I tak menjadi. Semua succesful pregnany I, tak pernah ada yang bleeding walaupun symptom macam morning sickness semua, memang kuat awal-awal tu.

So kami opt tuk pergi ke Hospital An Nur. Doc check, memang betul la. Dah nampak nk turun darah so doc opt nak tunggu gugur sendiri atau terus buat DNC. I opt untuk gugur sendiri. So doc bagi around beberapa hari based on scan nye details la. So sehari before my next appointment dengan doc..around 10 weeks tu, I gugur sendiri di rumah. Btl2 dekat toilet. Tapi sebelum nak keluar tu, banyak giler darah beku keluar. N tiap kali darah beku tu nk keluar, memang rasa macam contraction nk bersalin tu. Darah beku yang keluar tu pun agak besar-besar jugak. Berpeluh-peluh jugak la. Tapi selepas keluar je kantung tu, terus rasa lega. 

I siap ambik gambar lagi tapi segan lak nak post kat sini..coz banyak darah. Time kantung tu keluar pun, memang cantik je. Tak pecah pun. So I bungkus dalam plastic untuk dibawa ke hospital esok hari nye. Doc hari tu memang ada minta, coz nak pastikan kandungan molar ke tak. Katanya kalo kandungan molar, ada kebarangkalian, akan kena lagi. Tapi Alhamdulillah, bukan molar katanya. Just bukan rezeki. So bila scan di hospital, doc inform..ada lagi darah yang bakal turun. It could be around 2 weeks baru nk clear. So kes keguguran I sebelum ni..I bleeding lama. So I x mau tunggu, so I opt tuk DNC terus. Cuci terus saki baki apa yang ada. Doc bagi appointment semua. I pun setuju sahaja.

Ni first time I admit di Hospital An Nur Bangi yang baru. Sebelum ni DNC di An Nur juga tp time di shop lots la. Now dah ada bangunan sendiri. Memang selesa dan best. I kena puasa dulu sebelum opt. DNC tu ikutkan painless la..coz bius kan. Tapi emotional, memang terasa la. Siap doc bius tu tanya..kenal lagi dia x..rupanya dia pakar bius yang bius I sebelum ni untuk DNC I yang sebelum ni which is dalam tahun 2013. Haha. Sorry doc. Tak ingat dah. 


KENA CUCUK

COMEL KAN BAJU DIA

BILIK SINGLE..DAYCARE SAJA HARI TU

Prosedur ni daycare saja. Habis je prosedur, husband dah menunggu. Dia half day..so pagi tu dia tak dpt nk temankan. Petang dia ada. I discharge nak hampir malam la. Time tu husband siap bawak anak-anak sekali dalam ward tu. Meriah. Apa pun, memang satu pengalaman yang sedih la. Coz memang nak sangat preggy time tu. 

MAKANAN HOSPITAL..SEDAP

Tapi Alhamdulillah, bulan January tahun ni, I pregnant balik. 3 bulan selepas buat DNC. Dalam masa 3 bulan tu, I memang consume asid folic dan juga pati delima. Now dah dalam 25 weeks. Husband pun gembira. So far, no issue dengan pregnancy ni kecuali low HB saja. Yang lain ok.

Wish me luck guys. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...