Monday, 1 June 2020

Lunch @ Restaurant Gegey Putrajaya

Throwback sebelum bermulanya PKP hari tu. Banyak sebenarnya entry yang tertunggak. Hahaha. So we take baby steps balik. Kasi setel entry yang lama-lama. 

Time ni I dengan husband apply cuti. Bukan berdating coz anak I Ziyad pun ada time ni. So time lunch tu, kami singgah di Restaurant Gegey di Presint Diplomatik Putrajaya. Time kami sampai, betul2 sebelum lunch hour. So belum ramai. Lepas je kami order, terus berpusu-pusu orang datang beratur. Konsep disini, kena order n bayar dulu. Macam fast food la kiranya.



Ada pelbagai juga menu dia. Nasib time kami order, tak ramai yang beratur belakang kitaorang. So kami sempat la membelek menu dia. Last-last I pilih Nasi Kerabu Ayam Percik. Untuk Ziyad, kitaorang order kan Nasi Gegey Ayam Cincang. Husband pulak order Spicy Ramen Chicken Chop. Tetibe lak tengahari tu makan Ramen. Selalu pekena nasi. 

NASI KERABU AYAM PERCIK

NASI GEGEY AYAM CINCANG

My verdict untuk Nasi Kerabu Ayam Percik, boleh la. Ayam percik dia agak sedap la. Tapi overall, biasa-biasa saja. Nasi Gegey Ayam Cincang dia pulak, not bad. Sambal dia agak sedap. Ayam dia pulak panas. Memang syok la. 

Yang ni yayah punya. Ok, untuk kaki tahan pedas, boleh cuba yang ni. Untuk customer macam I, yang jenis sambal tak pedas pun kata pedas, memang x sesuai. Hahaha. I suka makan makanan yang pedas, tapi perut I selalu tak boleh tolerate. So I akan restrain dari makan benda-benda yang pedas ni. Spicy Ramen Chicken Chop dia, memang spicy la, n agak sedap juga walaupun pedas. 


SPICY RAMEN CHICKEN CHOP

Overall, quite nice jugak tempat ni. Full pack kot time kami dine in hari tu. Tapi sejak PKP ni, I sendiri dah lama tak pergi menapak ke Presint Diplomatik. Harap2 kedai ni ada lagi la, coz for me, berpotensi. Makanan dia tak de la mahal giler. N service dia agak cepat jugak. So untuk weekdays yang selalu pack, memang agak sesuai la. Selain tu, antara feature menarik kedai ni, ada tempat khas untuk kanak-kanak bermain. Mini Playground gitu. So memang sesuai bawak anak-anak mai sini. 

MINI PLAYGROUND WITH SLIDES. 

KAWASAN MASAK MASAK

Lepas ni, lama lagi la nak makan di luar. Lagi2 nak bawak anak-anak. So kita tunggu sampai betul2 reda. Hopefully soon. 

Address: Jalan Diplomatik 1, Presint Diplomatik, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...