Friday, 22 November 2019

Short Weekend Getaway di D’Bukit Homestay Rembau


Kami ke resort ni pada September yang lalu. Sebenarnya I dah lama riki-riki tempat ni tapi bila tanya, asyik full house jerr. So hari tu, secara tak tersengaja, I nampak dekat FB, dia inform ada kekosongan, rasanya mesti sebab ada orang cancel last minute coz lima2 chalet tu open. So I terus inform husband, I nak book. Coz jarang ada peluang kosong tempat ni. Husband pun on jer, lagi pun, Rembau dengan Putrajaya, tak de la jauh mana pun. So terus I book satu rumah. 

Dekat D’Bukit Homestay ni, ada 5 biji chalet. Ada Rumah ABAH, Rumah MAK, Rumah ACU, NGAH & LONG. Kami hari tu, ambil rumah MAK, coz kami nk ruang besar sikit. Ada queen bed dan 2 extra Toto. 

So, bermula la episode kami ke short weekend getaway ke D’Bukit Homestay Rembau. Kenapa I dah aim tempat ni?? Coz ada kawasan untuk memancing. Hehehe. Itu antara main point kenapa I pilihla. Selain tu, ada swimming pool yang besar dan kawasan yang private la. 



Jalan nak masuk ke chalet ni agak ke dalam sedikit la sampai kami pun was-was, betul ke ni. Hahaha. Nak kata off road tu, tak la sangat tapi masuk ke dalam kawasan hutan sedikit la. Sampai-sampai jer, kami customer pertama yang sampai. N masa tu, dah nak start hujan. Nasib baik rumah kami, betul-betul dekat dengan kolam pancing dan kawasan depan. So bila dah hujan tu, xde la kami basah sangat coz kena angkat bag bagai. Chalet dekat sini ada banyak tangga tau. Kena hati-hati coz senang nak tergelincir atau tersadung. Owner dia pula sangat friendly. Senyum je sentiasa

RUMAH KAMI - RUMAH MAK


TOTO


Anak-anak I lak bila sampai, terus tak sabar nak mandi. Tp coz hujan lebat, tak dan la nak mandi kan. Tunggu reda sikit, terus I bagi diaorang green light and sepantas kilat gak rr, diaorang pg. Husband pun sampai2 jer, terus setup untuk memancing. I sebegai mandor ni, duk menjaga budak2 mandi saja. Nak mandi, sejuk ooo. So I jadi tukang photographer

Lepas tu, baru yang 4 rumah lagi datang untuk check in. N yang bestnye, ada ramai kanak-kanak. So anak-anak I memang ada banyak kawan la. Terus jadi geng dah. 



Dekat sini boleh juga sewa BB Pit dan kitchen. Memandangkan kami just berlima, so bawak makan & bekal siap2 la. Pagi tu kami order breakfast dekat luar. Owner dia bagi no fon untuk kami order. 

Kawasan memancing dia xde la besar mana tp just nice. Ada dua kolam. Nampak ikan dia berenang sana sini tp tak mau dimakan umpannye tu. Ikan pun dah bijak dah skang. Malam tu, ada sorang penginap tu dapat ikan jenahak. Besar lak tu. Tapi ikan jenahak tak leh bawak balik. Ada ikan tertentu saja yang dibenarkan bawak balik. Ikan patin pun ada yang dapat. Yang paling besar lak tu owner dia kata dia pernah nampak. Kami dapat Talapia je hari tu. Ok la dari takde. 



Overall for me, tempat ni memang sesuai sangat tuk buat family day. Kawasan dia sangat cantik ok. Chalet semua dari kayu, dan pemandangan pun memang indah sangat. Malam agak sejuk la, rumah kampung kan. Coz ada 5 chalet sahaja, so kalo tempah semua sekali gus (family day), dpt la privacy terus dekat chalet tu. Boleh terus check dekat FB dia ye, nama D'Bukit Homestay.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...