Monday, 11 November 2019

Lunch @ Birch DC Mall

Macam biasa, bila ada geng ofismate yang birthday, kami akan berpakat tuk celebrate di tempat yang kami tak pernah pergi or jarang-jarang pergi. Bergantung pada birthday girl nak makan apa. So hari tu katanya nak western, so pilihan kami kali ni adalah ke Birch di Damansara City Mall. Recommendation dari salah sorang geng ofismate yang pernah makan sini. Kami naik grab saja. Perjalanan agak jauh sedikit la. Ni first time jugak I pergi ke kawasan DC Mall ni.


Kami memang dah tempah siap2 la. Siap dah usha menu dah sebelum nk mai ke sana. I dah aim dah couples of menu yang memikat hati I. Jom kita usha menu dia ea. Menu dia tak ada gambar so memang kena check dekat IG. 

MENU

I selalu kalo geng yang lain dah order, I akan order yang lain la, coz nak merasa pelbagai jenis menu. 
Dari segi harga, a bit pricey la, tapi sekali sekala, no problem. So, what did I ordered that day?? I ordered their Japanese Miso Porridge. Rata-rata comment kata dish ni sedap and they were right. Antara favourite dish I dekat sini. Plating wise pun dah nampak cantik. Rasa sayang wei nak makan, Siap ada bunga2. Dari segi rasa, memang tak rasa muak pun. Very refreshing taste. Dengan salmon lagi, memang sesuai sangat dengan tekak I. 

JAPANESE MISO PORRIDGE

Another winning dish yang I suka adalah, Birch Benedict. Ni pun antara recommendation tuk kedai ni. Memang sedap wei. Next dish yang for me I suka, adalah, Hawaiian Poke Bowl. Japanese style. Memang sedap. Ni 3 dishes yang meletups la for me. Yang lain, not bad. Sedap tu sedap just ada few hit and misses. Tapi ni tekak I jer, tekak orang lain, mungkin akan rasa wow!!

BIRCH BENEDICT

POKE BOWL

Jom lihat gambar2 menu kami hari tu ea. Ada yang order The Breakfast Plate, Birch Burger, Gooey Lasagna & Sambal Linguine. 

BIG BREAKFAST

LASAGNA

BIRCH BURGER

SAMBAL LINGUINE

Kami sempat rembat 2 jenis kek dekat situ. Birch ni ada jugak jual pelbagai jenis menu cake. So our choices were Burnt Cheescake and Chocolate Cake (not sure apa nama dia). Tapi Choc cake dia memang sedap, Dark chocolate. So memang rasa rich sangat and tak muak pun. I kurang gemar cheescake but this one is also nice. (Sorry, no pic of the cheesecake).



CHOC CAKE

Hari tu memang fullhouse jugak la. For me, rasa dia unique sedikit dekat resto ni coz ada fusion japanese sikit kan so just my taste la. Overall, I suka tempat ni. Rasa macam nak repeat balik Miso Porridge tu. Hehehe

Letak sini supaya jadi kenangan. ☺☺❤❤



Address: Ground Floor Jalan Damanlela Lot G10/11 Damansara City Mall, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...