Monday, 28 October 2019

Pulp by Papa Palheta Bangsar

Kedai ni direkomenkan oleh salah sorang geng ofis. Dia yang ajak mai sini. I bukan kaki coffee so I sememangnya jarang nak pergi ke cafe-cafe hipster melainkan ada yang mengajak. Tapi bila dengan geng-geng ofis, everything is possible. Hahaha. Parking dekat sini agak mencabar coz memang tak de parking sangat. Kedai dia dari luar pun x berapa nampak macam kedai hipster. Tapi bila masuk dalam, aroma coffee dan feel dalam cafe ni memang awesome la. Ada feeling industrial sikit. Boleh I tak ambil gambar dalam kedai. Sorry, memang dasar pelupa dah.

Memandangkan kami ramai, so macam-macam la yang diorder. Rezeki hari tu, ada yang open table. Antara winning dish yang disebut adalah their Pecan Pie. Mula-mula I skeptical coz memang jarang kot nak makan Pecan Pie ni, tapi, bila dah makan, memang tak boleh berhenti. Serious sedap wei. Yang ni memang kena cuba. Yang lagi dua diorder, tarts, pun sedap. Tapi hati I still ke Pecan Pie. Hahaha.


THIS PECAN PIE IS SO DAMN GOOD





Menu makanan, tak berapa extensive dekat sini. price range pun agak boleh tahan. Hari tu I order their sandwich, Pulled Chicken Ciabatta. Yang lain, ada yang order PPP (Pasta) & Chicken Pot Roast. Sorang tu pulak, kaki coffee. so dia memang rekomen coffee dekat Pulp ni. Tapi I memang tak leh la. One sip, boleh buat I pening sampai malam nanti. Teruk kan. Huhuhu. Tapi sometimes tu I belasah juga lagi2 yang jenis blended. Haha

MENU


This is my Pulled Chicken Ciabatta. Presentation wise, memang cantik la. Rasa sayang pulak nak makan. Portion wise pun ok. Agak banyak jugak tuk perut I. Last2 memang kena bagi geng lain tolong habiskan la. Taste wise, just my kind of sandwich. memang sedap. 

CHICKEN PULLED CIABATTA WITH FRIES

Yang ni pulak, a bit vegetarian dish. Tapi sedap. Pesto dia I suka. Ada mushroom sekali dalam tu. Yang bawahnye pulak, the chicken pot roast. Serious besar. Tengok pun dah terliur. Chicken dia memang cooked to perfection la. Lembut je. Tertanggal2 dari tulang ni. Memang antara winning dish gak for me.


CHICKEN POT ROAST


So overall, tempat ni memang sesuai la untuk lepak gossip2 sambil menikmati coffee atau hidangan yang menarik. Patut always ramai je. Time kami sampai tu pun, dah amost full pack. Sampai ke hari ni, leh teringat lagi Pecan Pie dia. Kepada yang open table hari tu, semoga dimurahkan lagi rezekimu. Sila la open table lagi. Hehehe. 

Address: 29-01, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Chow guys!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...