Thursday, 24 October 2019

Bawal Power Sempoi Cyberjaya

Kami ada meeting di Cyberjaya hari tu. So bila time lunch, diaorang tanya nak makan mana. I dah siap plan dah sehari sebelum nak makan mana. Hehehe. Memandangkan geng ofis ni kaki nasi, so I ajak diaorang pergi lunch di Bawal Power Sempoi. Sebelum ni, restaurant ni terletak di Sports Arena  rasanya tapi now dah berubah lokasi. Now terletak di Futurise Centre bersebelahan dengan Dash Box Hotel tu. Tak silap, sebelum ni dikenali sebagai MAGIC. Now dah Futurise Centre.


Boleh masuk dari arah Dash Box atau pintu depan Futurise Centre tu. Bawal Power Sempoi ni terletak di bahagian belakang. Time kami sampai, memang cun-cun dalam kul 12. Time tu, memang tak penuh lagi la. Tak ada yang beratur pun. So kami memang ada masa la nak fikir untuk ambil apa. Kami bertiga hari tu, so kami each ambil satu lauk la tapi kongsi bertiga. Memang lunch habis-habisan la. Pulun makan. I ambil Bawal Goreng, yang sorang ambil sotong bakar dan sorang lagi, ikan keli goreng. Semua self service ye. 

ADA PELBAGAI JENIS IKAN

ADA JUGA BAWAL BAKAR YE

SAYUR2 YANG MENGGIURKAN

Air dia pulak di bahagian tepi. Rezeki hari tu, geng ofis yang belanja. Tu yang rasa terlebih lazat tu. Hehehe. I sendiri tak tau berapa the exact amount tapi katanya above RM40. Sotong tu sendiri tak silap dalam RM16-RM18, ikut kebesaran dia. Nasi tambah dia free je ea. Lepas dah bayar, kalo x cukup nasi, leh je ambil. Sayur ulam-ulam tu pun katanya free. Yang bergoreng tu saja yang berbayar. 

Ni lauk kami hari tu. Perghh..sorang sampai 2 pinggan setengah nasi. I sepinggan je la. Dasar perut kecik. Kagum tengok diaorang makan. Seronok. Bawal Goreng dia, for me, biasa. Nice and crunchy. Sotong pun not bad. Keli dia, memang ranggup habis. Sedap. Cicah2 dia pun sedap. Untuk I yang tak berapa tahan pedas, boleh lagi diterima. Tapi rasa ada yang pedas tapi kami semua tertanya apa bendanya. Last2 kami rasa kuah kari dia. Tapi still sedap. Kul 1230 hari tu, barisan dah panjang giler. Dah start pack. Memandangkan kat sini kawasan agak baru, so tempat dia bersih. Parking kat sini pun banyak. 


MUKA TAK SABAR NAK MAKAN

So, kalo korang berada di Cyberjaya, leh la singgah di Bawal Power Sempoi. Ada beberapa cawangan lain juga, tapi I tak pernah cuba cawangan lain la setakat ni walaupun yang Bangi punya. 

K, next week ada meeting di Cyber lagi. Ehm..nak bawak mana lak ni. Ada cadangan?? Hehe

Address: Futurise Centre, Block 3710, Persiaran Apec, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...