Thursday, 3 October 2019

Dinner @ Xinjiang Mee Tarik Putrajaya

Kami satu keluarga memang suka makan Mee Tarik. And it so happens, ada kedai Mee Tarik berdekatan dengan rumah. So memang situ la port kami kalo nak makan Mee Tarik. Malam tu, kami tengah makan dekat salah satu kedai di Kawasan Diplomatik Putrajaya. Tetibe nampak kedai Xinjiang Mee Tarik. Bila I google, rupanya ada cawangan di Bangi dan Nilai. Lepas dari tu, kami memang dah aim dah nak makan dekat sini. Nak rasa kedai mee tarik yang lain pulak.

So beberapa minggu kemudian..hehehe..i inform husband nk makan Mee Tarik. Husband yang cadangkan dulu untuk makan tempat baru tu so I pun on jer. Sampai jer, pelanggan x berapa ramai. Rasa ramai yang tak tau lagi kedai ni coz memang agak baru. Memandangkan anak2 I semua suka makan mee tarik so agak senang bila bawak diaorang pg makan kedai mee tarik. Kami selalu akan add on jer extra mee coz yang kecil2 memang tak dapat nak habiskan mangkuk besar tu. 


Menu dia dekat sini, ada yang lain sikit compare dengan kedai Mee Tarik yang lain. Ada dish yang ada curry. I tak sure kedai mee tarik yang lain ada ke x curry2 ni atau selama ni I x perasan coz dah selalu stick to one dish. Hahaha. I malam tu, cuba Chicken Dumpling Soup dia, anak I macam biasa, Chicken Soup noodles dan malam tu, husband makan menu yang kami x pernah cuba setakat ni, Curry Mutton Gravy Noodles. 

Maafla..cahaya terang sangat. 

MENU

MENU

Service agak laju mungkin kerana tak ramai malam tu. So, tempting x. Hahaha. I suka soup dia dekat sini. Better la. Kurang masin sikit. Very much to my liking. Dumplings dia not bad. Giler banyak. Tak kira la pulak ada berapa banyak dalam tu kan, tp rasa mungkin 15-20 kot. Coz I makan2, x habis-habis. Haha. Dish anak I pulak, sedap coz pakai soup yang sama. Mee dia pun ok. Tapi kena tambah cili oil dia dalam soup dumpling tu..baru lebih umpphh!!

CHICKEN DUMPLING SOUP

CHICKEN SOUP NOODLE

Husband punya pulak, rasanye is the winning dish of the night. Perghh..sedap rupanya mee Tarik dengan curry. Pedas lak tu, memang kena dengan tekak husband I. Anak I pun suka. Portion size dengan harga pun memang berbaloi. Menu RM8.80 dan ke atas, dapat free drink, and are refillable.

CURRY MUTTON GRAVY NOODLE


CILI OIL DAN KICAP

So, overall, I approve kedai ni. Hahaha. Rasanya lepas ni akan banyak kali la datang situ. Walaupun sedikit jauh dengan rumah, tp no issue. Kawasan diplomatik ni skang I perasan dah start banyak kedai makan dan I tak sempat nak try semua pun. Malam-malam memang meriah. Parking agak limited coz kedai ni berdekatan dengan Mr DIY. Nasib malam tu kami dapat parking cun-cun depan kedai. Hujan lak malam tu, so just nice la. K, if u happen to cross ur path here, meh la ke Xinjiang Mee Tarik Putrajaya. 

K, chow.

Address: 64b, Jalan Perak P15, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...