Friday, 13 September 2019

TREX Bike Park Eco Grandeur Labs Puncak Alam

Minggu tu, anak-anak asyik mintak nak main basikal dekat taman. So ingatkan nak bawak ke tempat biasa kami la, taman2 sekitar Putrajaya saja. Tapi hari tu, I terjumpa pasal TREX Bike Park ni di Eco Grandeur Puncak Alam. Husband pun on je nak pergi walaupun perjalanan agak jauh jugak dr rumah kami. Petang tu, dalam kul 4 lebih, kami dah gerak dah ke puncak alam. Kami siap bawak 3 basikal budak lagi dalam kereta. Cian budak2 ni. Terpaksa bersempit. 

Waze or google saja tempat ni, akan keluar la map dia. Betul2 di dalam kawasan Eco Grandeur. Eco World kalo buat rumah, mesti grand2 dan taman dia mesti antara yang tercantik I pernah pergi. Ini pun tak terkecuali. Yang menariknye dekat TREX Bike Park ni, leh sewa basikal sekali. Dan track dia agak menarik, which is sesuai untuk semua golongan, kanak-kanak mahupun yang dewasa. Kami sewa satu je basikal, jenis mountain bike. Ikutkan hati I, I nak yang city bike, tp husband nak yang mountain bike jugak, so layanzz.

Masuk sini, wajib pakai helmet tau. Kalo xde helmet, kena sewa RM3 saja. Sewa basikal, ikut jenis, ada yang RM10 ada yang RM20 untuk tempoh masa sejam. So jom start cycling. 





SENERAI HARGA

Awal-awal masuk, Ziyad, Lily n husband terus dah hilang dari pandangan dah. I duk berjalan bersama dengan Uzayr. Uzayr lak jenis takut2 naik basikal. Tapi dalam masam sejam tu, dia dah pandai brek dan laju. Terus dia gian naik basikal. Sejak hari tu, tiap hari main basikal depan rumah. Skg terus dah terer. Tapi still 4 roda lagi la. Next nak ajar tanpa roda pulak. Sekali dengan kakak dia. 

Dekat kawasan situ, ada yang jenis track munurun dan menaik, so memang best la. Lagi2 petang tu, cuaca tak berapa nak panas, so bila naik basikal tu, angin kena muka (my peluh actually, hahaha), rasa nyaman sangat. Time kami sampai, x ramai lagi. After 6, baru start ramai parents datang bawak anak-anak. 
Jom usha gambar dalam TREX Bike Park ni. 













Kami dalam sejam je dalam tu, coz dia tutup dalam kul 7. Itupun anak-anak x puas. Siap dah plan kata nk datang sini lagi. Hahaha. Baik!! So lepas tu, kami lepak kejap di Eco Grandeur Lab. Rehat2 kaki dan basahkan tekak sikit. Tak banyak lagi resto kat sini, orang pun tak ramai. Tapi just nice. Kawasan sini, bakal akan jadi kawasan hit jugak la. Tunggula semua siap nanti. 






Lepas je lepak dekat Eco Grandeur Labs tu, kami pun gerak pi cari dinner di Shah Alam.
So my verdict, I memang nk datang lagi la. Tak sempat pun nak tengok seluruh kawasan sini hari tu. Anak-anak pun seronok coz tempat baru. Apapun, TREX Bike Park ni memang satu kawasan yang confirm anak-anak akan suka. Dewasa pun confirm gembira walaupun bagi yang adventurous tu, rasanya kacang kot bagi diaorang. Untuk orang yang memang tak berapa nak bersenam macam I ni, hahaha, memang berpeluh sakan la. Apa lg, jom berbasikal!!




2 comments:

  1. Thank you share info pasal tempat ni. KSarie tak tau pun kewujudan tempat ni. Boleh la bawa kiddos ke sini sebab depa baru nak berjinak-jinak berbasikal. Sure depa suka tempat ni.

    ReplyDelete
  2. Assalam sis. .Nak tnye la.. Hehe.. Boleh trus g kt TREX tu ke? Utk sewa basikal? Tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...