Monday, 2 September 2019

Jom FLY ke Penang dengan Malaysia Airlines

Jom pergi travel!! 

Selalunya bila nak plan for travel, selalu korang akan pilih airline yang korang berkenan kan. Siapa tak kenal dengan Malaysia Airlines (MAS). Salah satu kebanggaan negara kita Malaysia. MAS pernah memenangi award Servis terbaik sebelum ni. As of today, Pesawat Malaysia Airlines ni ada tiga jenis. Pertama adalah Airbus 330-300, dimana ianya terbang ke destinasi sekitar negara Asia dan mempunyai Economy Class dan Business Class sekali. Airbus 380-800 ada Economy Class, Business Class dan First Class dan terbang ke destinasi yang jauh seperti London. I pernah naik Airbus A330-800, serious sangat selesa dan servis dia memang terbaik. Dan yang terakhir, Boeing 737-800 yang menawarkan penerbangan Economy Class dan juga Business Class dan terbang ke destinasi yang lebih dekat dan juga tempatan. Boeing 777 pula telah ditamatkan perkhidmatannya.

So kali ni I nak share dengan korang macam mana korang boleh book cheap Malaysia Airlines flights di online. I nak suggest dengan korang supaya korang try Traveloka, tak kisahla pakai web atau apps dia la. First of all, kena buka Traveloka, kemudian korang click Flights. Nanti dekat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia, dan confirm korang tau camne logo MAS kan? Kalau tak tau, leh jer google, hehehe tapi kalau korang tau korang click je dekat logo MAS tu. Nanti akan keluar page untuk cari flight MAS sahaja. Kat situ korang boleh pilih dari mana korang punya flight dan destination korang. Lepas tu korang pilih berapa adults yang nak naik, suggestion aku korang letak 1 je dulu. Lepas tu korang pilih seating class ikut bajet korang la. Then pilih tarikh yang korang plan pergi, then last sekali click Search. Nanti akan keluar list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas. Senang sebab sekarang ni segalanya di hujung jari. 


JOM BOOK KE PENANG

So bila dah tau cara book ni apa kata korang try book for real. Cuba korang book flights from kuala lumpur to penang dan enjoy percutian korang di Penang. Banyak benda yang korang boleh buat tau kat Penang nanti. Bukan setakat JJCM saja tau. Ingin melihat Penang dari sudut yang berbeza?? Korang boleh menuju ke Menara Komtar untuk ke The Top atau Penang Sky Walk yang located di tingkat 65 dan 68 bangunan ini. Sapa yang tak gayat tu, sila la pergi ye. Memang antara tarikan yang menarik di Penang. Bukan tempat menikmati pemandangan yang biasa-biasa tau! Sebab kat sini korang dapat berasa macam terapung di udara kerana berjalan di atas gelas kaca dari ketinggian 249 meter sekiranya berada di tingkat 68. Kalau korang nak melihat pemandangan sambil dalam aircond pula,  adalah boleh menuju ke tingkat 65 yang juga berlantai kaca. Apa pemandangan yang paling korang ingin lihat dari tingkat yang setinggi ini? Pemandangan Penang di waktu malam atau siang? Plan masa lawatan korang berdasarkan apa yang korang ingin lihat. Jangan lupa untuk snap-snap gambar kat sana!!

PICS FROM GOOGLE

If you are into History, Located di Jalan Acheh, Khoo Kongsi boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan yang paling bersejarah dekat bandaraya George Town ni. Dibina sekitar 650 tahun yang lalu, Khoo Kongsi atau nama lainnya Dragon Mountain Hall telah dibina oleh orang tukangan yang didatangkan daripada negara China. Kat dalam rumah ini terdapat mural-mural yang menggambarkan tarikh-tarikh kelahiran dan macam-macam lagi.

PICS FROM GOOGLE

Kalau korang memiliki jiwa yang lasak pula, jangan sesekali melepaskan peluang untuk ke Rumah Api Muka Head. Alang-alang dah sampai ke Penang kan. Kenapa kena lasak? Sebabnya, untuk sampai ke sini dari pintu masuk mengambil masa dalam sekitar 2 jam atau 4.7 km. Apa yang menariknya tentang rumah api ini adalah kerana dari sini korang dapat menikmati panorama 360 darjah di sekitarnya. Sekiranya cuaca baik, korang dapat melihat pemandangan yang menjangkau sehingga ke Pulau Langkawi dan Sumatra, Indonesia! Sebagai info tambahan, Rumah Api Muka Head ini dibina pada tahun 1883 dan located pada ketinggian 242 meter dari paras laut. Tinggi bukan? Dah sampai ke Penang nanti, jangan lupa untuk ke sini! Rugi kalau tak pergi! Dah boleh-boleh plan nak pergi bercuti dengan kawan-kawan atau family kan. 

So apa lagi, Let's plan now!!
Vacation is always a therapy. For me at least. ☺☺






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...