Wednesday, 9 January 2019

Barangan steamboat di YH Fresh Market Kuala Selangor

Minggu tu kami balik dua-dua kampong. Kampong I dengan kampong husband sekali. Malam tu ada makan-makan steamboat di rumah mertua kat Klang. Tapi pagi tu, kat rumah parents I lagi di Sungai Sembilang. Kitaorang in charge of barangan steamboat yang frozen untuk dimasak malam nanti. Ipar duai yang lain in charge of barangan basah dan sayur-sayur la. So I duk tanya kakak n adeq I, kat mana nk cari barangan steamboat. Sorang cadangkan Econsave, sorang lagi mencadangkan YH Fresh Market ni, dekat Kuala Selangor. So I ngan husband, decide pegi yang YH Fresh Market ni dulu. Lagi pun, nak membeli KFC sekali coz nak sambut birthay anak I sekali nanti time tu. 

Dari rumah parents ke bandar Kuala ni dalam 20 minit gak rr. Berpandukan waze, senang je nk jumpa kedai ni. Memang bangunan tersendiri. Satu tingkat je sebenarnya, dan barangan dia memang banyak yang frozen. Sayur-sayur pulak, semua yang jenis fresh2. Memang macam2 jenis barangan steamboat la yang ada dijual kat sini. Rambang mata jugak la. 









Memandangkan ramai nanti, so kami ambil dalam 5 paket barangan frozen tu. Ada jugak jenis yang variety tu, tp kami ambil yang satu jenis tu jer. Barangan frozen seperti daging, ikan, seafood, pun banyak dijual kat sini. Yang xde, seafood fresh. Sayur-sayur dan buah-buahan pun fresh dan variety kat sini. Dari segi harga, for me, berpatutan jugak. 



Kat luar kedai ni pulak, ada mesin pusing tu. Apa lagi, terus korek beg tengok ada x duit syiling lama, siap mintak tukar kat cashier. Hahaha. Batak wei, lama x jumpa benda alah ni. Dapat la 3 keping 50 sen and 3 keping 20 sen yang lama. Saja nk bagi anak2. Ni la egg surpise zaman2 dulu ea. 

BATAK KEJAP..

HASIL PUSINGAN

Overall, memang best la market ni. Kalo memang nak mencari barangan frozen atau barang untuk buat steamboat, memang banyak choice kat YH Fresh market ni.. Macam -macam ada. Nak buat BBQ pun boleh coz ada kambing frozen semua. Kalo u ols, lalu kat kawasan sini, leh singgah kejap kat YH Fresh market ni. 

K, chow.

Address: 50, Taman Seri Piai, Taman Telaga Tujuh, 45000 Kuala Selangor, Selangor
9am-10pm

4 comments:

  1. meriahnya....sure rambang mata tgk barang steamboat tu hehe

    ReplyDelete
  2. banyaknyaaaaa pilihan !! rambang mata nak pilih !!

    ReplyDelete
  3. ksarie tak pernah tau pun kewujudan tempat nih walaupun rumah mak mertua di Kuala Selangor. Harus siasat pasal kedai ni bila balik Kuala Selangor nanti

    ReplyDelete
  4. terbaek market ni.. macam2 ada :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...