Lama tak pergi ke Muzium wei. Tak ingat bila last pergi. Short staycation kami di Taiping hari tu, kami masuk kan Muzium Perak antara tempat untuk kami lawati la. Kami singgah sekejap di Muzium Perak yang terletak berhampiran dengan Penjara Taiping. First time jugak kitaorang bawak anak-anak pergi Muzium. Probably next time, nak bawak diaorang pergi ke Muzium Negara pulak.
SEBELUM MASUK..AMBIL GAMBAR DULU..TENGAH TERIK..SEMUA X DPT NAK BUKAK MATA |
Serba sedikit mengenai Muzium Perak
“Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi”
TEPI MUZIUM |
MINI REPLICA MUZIUM PERAK |
PENGENALAN |
MASUK-MASUK JE TERUS NAMPAK BENDA NI |
Muzium ni x berapa besar pun. Ada dua tingkat tapi tingkat atas dia kecik jer. Yang paling best dekat muzium ni, probably bahagian replica-replica binatang dan juga tulang2 binatang. Memang menarik la. Banyak juga replica dia. Rasanya kitaorang paling lama kat kawasan yang ni. Coz anak-anak duk tanya macam-macam. Sempat jugak la anak-anak bergambar dalam Muzium tu. Bangunan dia still cantik lagi. I suka design bangunan dia.
GAMBO NGAN CIK NYET |
PEACE U OLS |
SEPAK TAKRAW |
For me, tempat dia x berapa besar. Simple je muzium dia. Tapi anak-anak sememangnya seronok. Tempat baru kan. Price dia pulak, sangat berpatutan.
Adult (MyKad) – RM2.00. Kids enter for FREE. Warga Emas dan OKU – RM1.00
Waktu Melawat – Isnin ke Ahad (9.00 am – 6.0 pm)
Time kami pergi tu, ada tourist dari Jepun, dalam satu bus jugak la. So ramai la jugak time kami masuk dalam Muzium tu. Overall, walaupun Muzium dia agak kecil tapi still menarik. Kalo sesiapa nak plan untuk ke Taiping, boleh masuk kan Muzium Perak ni sebagai salah satu destinasi lawatan. Banyak tempat untuk bergambar sekitar Muzium ni. Ada jugak gift shop. Kami setakat membeli Kitchen Magnet saja. Beli untuk dijadiikan kenangan..hehehe..dalam sejam lebih je kami kat situ. Lepas tu, mencari kedai untuk lunch pulak..K , chow guys!!
Address: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Negeri Perak