Monday, 7 January 2019

Atok Asam Pedas Sungai Sembilang

Bila balik kampong, jarang-jarang sekali nak makan luar coz mak masak kan. Hehe.. So bila dapat peluang untuk makan luar time tengahari di kampong, I ajak husband pi kedai Atok Asam Pedas. Kitaorang dah banyak kali sebenarnya makan asam pedas dia, tapi selalu parents I tapau la. Ni kiranya first time makan kat kedai tu sendiri. 

Kami pergi dalam tengahari n serious, memang tengah terik time tu. Giler punya panas, tapi kami harungi jugak. Nasib anak-anak x berapa nak merengek. Dapat air berais, semua muka lega. Time kami datang tu pulak, ada dua biji helicopter tau, turun landing situ semata-mata tuk makan dekat kedai asam pedas tu. So time heli tu nak berangkat naik..macam war zone sekejap. Hahaha. Parents I bagi tau, dah selalu heli tu datang makan situ. Nasib memang ada tanah lapang sebelah kedai tuk landingkan heli tu. 

KAWASAN HADAPAN KEDAI ATOK. BERDEPAN DENGAN KOLAM PANCING

FULL HOUSE

MENU WESTERN

Apa yang best dekat sini, of coz la Asam Pedas. Tapi diaorang ada jugak menu dia yang lain. Tapi hari tu coz lapo, so kami ambil dua set asam pedas. Ada macam-macam jenis ikan yang leh dipilih, Ikan Sembilang, Telur Ikan Sembilang, Ikan Pari, Ikan Cencaru dan jugak ikan Kembung. Kami ambil pari. Add on telur dadar. Kami bawak anak buah sekali. Menu dia I x snap lak coz x nampak pun menu dia hari tu. Yang ada, menu untuk western. Kalo nak makan western-western pun ada tau kat kedai ni. Kalo tapau, ayah I selalu ambik ikan Sembilang. Harga asam pedas pari, dalam RM9.50. 

Kami ambil dua set, nasi putih, sekali dengan telur masin dan timun (RM2.50). Tp bila sampai jer nasi dia, ya rabbi, membukit. I dan husband, masing2 berpandangan. Banyak kot. Pemurah tuan kedai ni. I walaupun orang sana, tp orang sana x kenal pun I, maklum la, x duk sana. Hehehehe..so kami hari tu macam orang luar la kiranya. 

SET IKAN PARI

Bila sampai jer Asam Pedas Pari tu, berasap wei. Dihaidangkan dalam claypot. Kalo ramai-ramai, leh order dalam claypot yang besar. Dengan cuaca panas, makanan pun panas, layanzz kan ajerr. I bukan la peminat asam pedas, tapi I suka betul asam pedas kedai atok ni. For me, memang cukup rasa. Kalo la kuah tu x panas sangat, rasa I dah hirup laju dah. Tp coz panas, xde la nk slurp2. Banyak jugak untuk sorang makan. Rasa patut share dengan husband satu set. Just add on nasi. Tapi xpe, leh ratah ikan. Fresh je rasa ikan dia. Kuah dia pekat, pedas, perghh..memang terbaik. Kena cuba!!

Lunch time hari tu, agak ramai jugak la. People non stop datang. So sesiapa yang nak makan asam pedas meletops, leh datang sini ea. Lepas tu leh lepak kat Pantai Remis ☺☺

#KAMPUNGKU




4 comments:

  1. yumms. nanti nak repeat lagi. tapi kena pakai baju sesuai lah. terik oi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terik. Hari tu sebenarnye kami beralih tempat..sampai bersilau..last2 duk kt kawasan belakang..redup sikit 😅

      Delete
  2. Walaupun lokasi kedai nih on the way nak balik ke rumah mertua, baru sekali pernah makan di sini. Memang sedap.

    ReplyDelete
  3. Dah bookmark nak pergi sini nanti :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...