Monday, 15 June 2020

Lunch @ Restaurant Sana Sini D'Pulze Cyberjaya

#sebelumpkp

Banyak entry kedai makan yang tertunggak yang I terjah sebelum PKP hari tu. Time musim PKP ni, memang dah xde makan luar la. Rindu sangat nak makan kat luar. Tapi coz belum berani nak bawak anak-anak makan luar sekali, so kita tunggu bila semua dah redha sedikit. So ni restaurant I sempat terjah sebelum PKP. I bawak 2 anak I time tu. First time datang ke kedai ni. I sengaja datang sini coz I tau ada mini playground. So saja nak bagi anak-anak I main kejap lepas window shopping sedikit. 


I memang suka pg ke D'Pulze Cyberjaya tapi ikutkan banyak lagi kedai makan dalam D'Pulze yang I belum cuba lagi. Restaurant Sana Sini ni di floor (LG) yang sama dengan Jaya Grocer. Belah hujung, berdekatan dengan mesin ATM semua. Time kami datang hari tu, weekdays, and orang pun x ramai. Kawasan dia agak besar juga. Kalo nak buat party, memang sesuai jugak la. Yang syok dekat sini, ada FREE Ice cream EVERYDAY tau. Popcorn pun ada. 


Dari segi menu, I tak snap la pulak versi dekat. Hehe. Tapi hari tu, kami order Ginger Beef Kueh Tiaw & Fish n Chips. Air dia pulak, jenis Cup besar-besar tu. Xde nye small-small cup ni. Terbeli 2 lak tu so bawak balik la gamaknya. Service agak laju jugak kat sini. Makanan pun cepat je sampai. Ada macam-macam jenis makanan yang boleh diorder disini. Nasi Goreng, Noodles, jenis menu lauk pauk pun ada. 

FISH N CHIPS

GINGER BEF KUEH TIAW

I orderkan Fish n Chips untuk anak-anak I tapi last-last diaorang x makan pun. Tapau terus. Diaorg lagi suka menu I, Kueh Tiaw tu. Habis licin kami makan. Menu yang ni memang sedap. Portion dekat sini boleh tahan gak. For me, quite huge jugak la. Tu yang boleh bertiga makan tu. Lepas makan, terus diaorang ambil ice cream. Ntah berapa kali refill ntah. Tapi choices dia x banyak la. Tapi for me, its a plus point. Tak banyak restaurant yang ada this kind of service tau. Ada Free ice cream bagai. So memang sesuai untuk bawak anak-anak n family datang sini. 

RUANG YANG AGAK BESAR DAN CATCHY. WARNA WARNI

ADOI..ANAK SAPA TU..HEHE


Setakat ni belum sempat nak repeat lagi. Tak sure la time PKPP ni, mini playground dia buka ke x. Kebarangkalian tak bukak la kan. So apa pun, kalo korang datang ke D'Pulze Shopping Center Cyberjaya ni, boleh la singgah ke Restaurant Sana Sini. 

Chow
#staysafe





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...