Tuesday, 27 August 2019

MinNature di The Summit USJ (Temporary Closed)

Walaupun now tempat ni dah temporary closed, based on website dia tapi I still nak story juga pengalaman kami time di MinNature Summit USJ. 

Time awal musim cuti sekolah tahun ini, kami ambil cuti sehari untuk tengok wayang sama-sama. Anak-anak yang kecil2 kami hantar ke tadika. So pagi-pagi lagi I, husband dan Ziyad dah plan nak ke Summit untuk tengok wayang. Dalam wayang tu, tak sampai 10 orang pun. Hahaha. Kami dah siap-siap membeli tiket so senang jer x payah nak beratur. Ni first time jugak I datang ke Summit selepas diaorang buat renovation besar-besaran. Tapi still tak ramai orang walaupun musim cuti sekolah. 

So selepas tengok wayang semua, I terpandang, eh MinNature la. I dah lama tahu pasal tempat ini tapi tak sangka betul-betul sebelah kawasan wayang tu. So bila dah sampai sana, I terus ajak husband masuk. Lagi pun, saja nak bagi Ziyad seronok. At least ada la aktiviti dia time cuti sekolah. So kami pun masuk. Harga ticket RM15 untuk yang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur dari 4-12. Ini untuk pemegang MyKad ye. Boleh tengok range harga dia dekat website. Hopefully akan dibuka balik la dan harapnye close untuk sementara saja. Hari tu time kami datang, tak ramai orang pun walaupun I rasa tarikan dia menarik. 




Masuk-masuk aje diaorang akan bagi kertas cause, rupanya kena mencari hidden items dalam tu. Ala-ala macam treasure hunt jugak la. So di setiap seksyen, kena cari watak atau benda. Ingatkan senang, tapi serious susah wei. Selalu akan terjumpa watak atau benda2 lain. Tapi agak detail jugak la diaorang buat. Walaupun tempat dia xde la besar mana, tp for me, quite nice. 


Ziyad memang semangat bab-bab nak mencari ni. Tekun dia sampai dia tak puas hati coz tak jumpa-jumpa. Kami dapat jumpa half je dari list tu. I yang jenis x berapa nak nampak sangat benda2 kecik ni, memang payah nk jumpa. Yang I jumpa, semua xde dalam list. hahaha. Watak2 avengers memang banyak. Kena alert semua tempat.

Jom usha gambar-gambar dalam MinNature ni ye. 














ZOMBIE?? TRAIN TO BUSAN??

Menarik kan. For us, memang unique sangat konsep dia. Dan pembuatan dia juga agak teliti. Tapi rasa boleh dipelbagaikan lagi di masa akan datang. Konsep in itself dah memang interesting. Tapi mungkin kena mencari lokasi yang lebih menarik untuk tarik more pelanggan datang. 

ONE HAPPY KIDDO

Hope for the best for the team of MinNature!! Hopefully will reopen soon.
Chow!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...